18.1.10

Ya, Kita Perlukan Tuhan


Anak siapa yang tak berbaju tu? Mak ayah dia tak jaga ke?

Ni yang naik angin satu badan ni, kambing ni sedap hati je makan pucuk pisang aku..Grrrr..

Pernahkan anda terdengar luahan rasa sebegini?

Cuba kita renungkan. Bagaimana jika anak-anak yang tidak dijaga dengan baik? Pastilah anak-anak dibiar berkeliaran tak berbaju, berhingus meleleh, berbau semacam, berdaki dan lain-lain. Boleh gambarkan? Itulah hakikat jika anak-anak yang tidak dijaga dengan baik.

Allah s.w.t berfirman ketika Nabi Musa bertemu dengannya di Bukit Tursina:
"Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada Ilah melainkan Aku, maka abdikanlah diri kepada Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Taha:14)
Begitulah jua hakikatnya diri kita. Kita merupakan hamba kepada Tuan segala-galanya di jagat raya ini. Iaitu Allah Azza Wajalla. Tanpa Maha Bijaksana Tuhan yang mengaturkan sunnatullah alam, sudah pasti tunggang terbalik alam ini. Allah menjaga alam ini dengan

Tidak perlu jauh untuk memandang. Pandang diri kita. Meskipun kita banyak membuat noda. Banyak alpa kepada Allah, Allah tetap menjaga kita.

Allah beri kita nikmat akal, beri nikmat makan, beri nikmat menghirup udara, beri kita cubitan kasih supaya kembali kepadaNya dan macam-macam nikmat. Sesungguhnya Allah tidak lupakan kita.

Terkadang saya melihat ramai orang yang Allah kurniakan kepandaian yang tinggi. Mereka-mereka ini Allah pilih untuk mengambil kursus-kursus kritikal (perubatan, kejuruteraan, dan lain-lain).

Tapi orang-orang ini banyak melanggar arahan Allah. Solat Subuh tak..Hisap rokok..Minum Arak..Clubbing..Mencarut..

Ibaratnya, kebijaksanaan mereka yang superb ini, tidak mampu untuk bijaksana bagi mematuhi arahan Allah.

Namun, sifat ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah mengatasi segalanya. Allah tetap membenarkan orang-orang ni senang lenang hidup di atas dunia. Ya Allah, Engkau Tuhan Kami. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Nah, berfikirlah wahai sekalian hamba-hamba Allah. Kita memerlukan Tuhan. Marilah kita kembali kepada-Nya yang pasti menjaga kita.

Ketenangan itu pasti di bawah lembayung kasih Allah. Selangkah kita rapat, insyaAllah beribu hampirNya Allah pada kita. Mari cepat sebelum terlambat.

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Mmg amat sedih sekali dgn adanya sebahagian kwn2 kita yg terlibat dgn arak, clubbing, zina, dsb..Sedih sbb kita sygkan shbt2 kita ini..Mereka ialah kwn yg baik dari segi nilai keakraban dan kemesraannya..Itulah yg kita syg sgt kalau2 keakraban kita hanya sementara di dunia ini dan terpisah apabila di akhirat kelak..Bukanlah bermakna kita ini sahaja yg akan msk syurga dan mereka ini msk neraka..Tetapi jalan yg kita lalui menuju ke akhirat nanti agak berbeza dari segi halal dan haramnya serta dosa dan pahalanya..Kita bukan penghukum, tp kita adalah pemberi peringatan tentang apa yg ditegah dan diperintah oleh Allah..Oleh itu duhai sahabat2 kesayangan, marilah sama2 kita berubah sedikit demi sedikit meninggalkan kemunkaran dan seterusnya menambahkan pula amal kebaikan..Syukurlah dgn segala kurnia Allah kpd kita selama ini dgn menjadi hamba kpd-Nya..Menyembah-Nya dan bukanlah menyembah hawa nafsu yg diransang oleh syaitan..kalian tetap saudara seagamaku waluamcmanapun perilaku kalian..Semoga kita bertemu pd satu titik persamaan yg diredhoi Allah suatu masa nanti..Ameen..Uhibbukum fillah..

Salahuddin Harith on January 22, 2010 at 10:45 AM said... [Reply to comment]

To anonymous
fikrah anda sungguh mantap..saya tersentuh membacanya..terima kasih memberikan komen yang berkualiti =)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template