28.2.09

Maafin Aku ya Ma



InsyaAllah Solah nak pergi Kuala Lumpur minggu ni. Kenapa? tutur mak ku. Nak jumpa dengan maklah. Cuti lama lagi ni. Mungkin masa kita ke Acheh baru berjumpa mak. Itulah antara dialog-dialog penuh harapan aku mahu bersua muka dengan mak tercinta. Kehilangan ayah tersayang yang meninggalkan legasi buat kami berlapan cukup mengajar aku menghargai ibunda tercinta. Biarlah orang cakap aku anak mak sekali pun, tapi keredhaan ibu aku tetap utamakan. Mak seorang yang hebat. Tegas tapi penuh berhikmah.

Akhirnya, aku terkurung dalam banglo 2 tingkat hari ini. Sendiri tapi berteman. Berteman dengan kerja-kerja yang perlu dihantar minggu hadapan. Berteman dengan kesepian akibat semua orang menghadiri Interfaith Dialog. Niat di hati hari ni mahu berehat. Esok mahu ke Vistana menghadiri Save&Invest seminar seharian. Punyalah nak pergi seminar tu, sampai kelas bahasa Mandarinku ditangguhkan. Sebab percuma, kalau tak kena bayar RM80. Peluang keemasan sebegini tidak harus disia-siakan. Dah lama menunggu peluang menghadiri seminar begini. Hari itu ceramah 'Mengapa Orang Cina Berjaya dalam Bisness' dekat UMP bertindan dengan kelas. 2minggu lagi ada karnival keusahawanan di Shahputra, melepas lagi. Dah namanya pelajar farmasi, kelasnya penuh.

Dalam hati, perasaan bercampur-baur. Sepi ada, sedih ada, jealous ada, sesal ada, bosan ada, lapar ada dan macam-macam lagi. Masak maggi ok jugak ni. Hmm, aku ingin pulang. Maafin aku ya Ma.


Continue Reading

25.2.09

Takyahla Tengking..Rileks Sudah



Baru sahaja melengkapkan jadual perlawanan bola tampar semalam. Saya, El-izz (nak pronounced Eliza pun boleh saja), Zull, Piran, Latpi, Wadi (the main players)...Hadi, Adi dan Ezzad (pemain pembantu) mewakili batch kami (the fifth batch) untuk berentap dengan batch-batch lain dalam pertandingan Inter-batch Volleyball.

Hanya johan yang mendapat medal. Manakala yang lain dapat mengeratkan silaturrahim. Keputusannya, kami mendapat tempat ke-2 selepas kalah dengan 4th year dan menang dengan another 2 batches. Menang bukan kerana bakat besar yang kami ada, tapi kerana semangat berpasukan dan kerjasama sesama kami. Apa yang penting? Kerjasama.

Puas juga dapat menang walaupun hadir dengan status underdog. Hanya El-izz yang berkaliber yang lain-lain tu melengkapkan ahli kumpulan sahaja. Memang kemenangan yang diidam-idamkan setiap kumpulan. Namun, tidak perlu sampai meninggikan suara antara satu pasukan. Biasalah, berebut-rebut mengambil bola yang satu. Tak perlu sampai menjerit let go selepas tidak berjaya mengambil bola. Hakikatnya, semasa bermain setuju atau tidak, kita tak dengar sangat jeritan orang-orang di sekeliling kita. Sebab tu 'team chemistry' penting. Nasib baik orang yang ditujukan jeritan kurang menyenangkan tu mendamaikan suasana dengan berkata bagus ****** selepas ****** berjaya mengambil bola dengan baik.

Saya melihat benda ni akan berhenti setakat itu, namun, perkara yang sama berlaku untuk kali kedua tapi dari mulut pemain lain, dalam team yang sama. Hmmm. Datanglah seorang pemain team tu yang agak lambat, biasalah, budak-budak lelaki selalu memerli-merli...Tapi tengkingan diam daripada mulut seorang tu meranapkan segala perlian-perlian tersebut. Menarik memang menarik. Fikir-fikir balik nak husnuzon, mungkin nak kembalikan fokus kumpulan terhadap permainan, namun, perkataan lain boleh dipilih. Bahasa Melayu kaya dengan kosa kata saya rasa. Hmmm, entahlah, apapun adat permainan memang ada yang menang, ada yang kalah,tak pulak menang jadi arang yang kalah jadi abu, so, takyahla tengking-tengking, rileks sudah.


Continue Reading

23.2.09

Duta Village Tempat Berkampung



Bertentang dua pasang mata di khalayak ramai. Suasana hingar-bingar dengan tawaran-tawaran istimewa para peniaga petang Jumaat itu. Namun, kedua-dua kawan tersebut punya dunia yang tersendiri. Membuat halangan untuk bicara ditutur. J: Ala, joinla Solah, A nak balik malam Ahad, kau tumpanglah dia. Bahasa sepi melatari sejenak memberi masa untuk memproses maklumat. S: Baiklah.

Begitulah permulaan langkah-langkah kaki berbekas di pasiran pantai Duta Village untuk Induction Course IPhA. Bernaung di bawah Biro Akademik dan Profesional, penulis cuba untuk memberikan yang terbaik. Hasilnya, program tersebut menjadi suatu yang penuh dengan memori bahagia.

Apa yang tak bahagianya, berkursus di tepi pantai dengan puputan bayu laut yang menyegarkan. Ditambah pula dengan desiran ombak menghempas gigi pantai. Ah, asyiknya. Ah, Subhanallah. Program kali ini ialah kali ke-2 dilaksanakan di luar universiti. Ramai juga yang menjadi peserta terutamanya adik-adik tahun 1. Seronok dapat lihat 'energy level' adik-adik ni tak putus-putus terutamanya masa Treasure Hunt. Kita yang dah menebal lemak ni, punyalah berat nak berlari atas pasir. Namun, atas semangat berpasukan kuteruskan berlari. Walaupun bermula agak lembap, kami berjaya mendapat tempat ke-2 dalam treasure hunt. Biar berputih tulang jangan berputih mata!

Seronok juga dapat menaikkan martabat pantun. Pantun jarang menjadi persembahan dalam 'function-function'. Makanya, saya mengambil inisiatif untuk mengetengahkan pantun untuk persembahan kumpulan bertemakan IPhA. Tersipu-sipu Bro. Syahrir menjawab pantun-pantun jualan adik-adik manis bertiga. Huhu. Kata dinda manis: kekanda asyik menjeling-jeling ke arah dinda berdua, jangan begitu, kita berpantun ya? Seluruh dewan gamat dengan ketawa dan hakim juga terhibur. Hasilnya, kami mendapat tempat ke-2 untuk persembahan. Hebat juga biro Akademik dan Profesional. Ingat tempat berkumpul mamat-mamat dan minah-minah skema saja.

Keseluruhan, biro kami mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan buat Mainboard kerana menganjurkan program yang berjaya ini walaupun hanya 5 orang committee. Diharapkan, Induction seterusnya, dapat dibuat di luar dan dibuat seawal mungkin selepas Annual General Meeting. Two thumbs up for all!

Continue Reading

16.2.09

Starbucks Terang Lagi Bersuluh...


Cerita dari Gaza sayup-sayup kedengaran detik ini. Namun, Alhamdulillah ramai masih meneruskan usaha boikot yang memberikan impak yang besar kepada kroni-kroni Israel ini. Ada yang tak minum dah milo dan nescafe semata-mata mahu memboikot. Pujian saya berikan kepada semua. Teruskan usaha anda untuk memboikot. Astaghfirullah, semalam terbeli Ambi Pur. Dalam pengetahuan saya jenama Sara Lee itu yang perlu diboikot. Apabila dah buka packaging Ambi Pur ni, sedihnya, ini produk Sara Lee. Solusinya, kenalah guna pewangi lain selepas ni. Takut pula menjadi iklan bergerak. Nasib baik, saya tinggal berdua saja dalam bilik. Penyembur pewangi tu diletakkan ditempat yang agak tersorok. Antara produk lain di bawah Sara Lee ialah Ridsect. Hebatnya Yahudi ni, branding dia mengalahkan produk-produk kita. Boleh cek dekat link senarai jenama-jenama yang perlu kita boikot. Linknya: www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Salah satu daripada produk yang terang-terangan memberikan sumbangan kepada Israel ialah Starbucks. Saya ada kepilkan gambar tentang ucapan Harold Schultz, Chairman & Chief Global Strategies.

Antara petikan ucapannya

"Without you my valued customer, I would not be able to raise hundreds of millions of dollars each year to support Israeli citizens from terrorist attacks and keep reminding every Jew in America, to defend Israel at any cost"

Boleh baca selanjutnya dengan klik dekat gambar tersebut.

Inilah antara caranya untuk menolong Muslimin di bumi Anbiya' Palestin. Kuasa pembeli amat besar. Bukan saya yang kata, malah PM kita Pak Lah pun mengesyorkan pengguna Malaysia untuk tidak membeli barangan penjual yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.



Continue Reading

15.2.09

Penawar Stress



Pernahkah anda merasa tertekan atau stress? Memang tipu tahap giga kalau kata tak pernah. Jika tidak, mengapa Allah s.w.t mencipta hormon cortisol untuk membantu manusia melawan stress. Hormon cortisol tinggi pada pagi hari, kerana itulah kita lebih segar untuk memulakan hari baru.

Baru sahaja semalam exam berakhir, ada suka, ada duka, manis, masin, pahit, payau, dan semua jenis rasa berbaur. Bagi yang menjawab dengan penuh gemilang, tahniah diucapkan. Buat yang membuat kesilapan, minimakan kesilapan tersebut pada ujian yang akan menjelma.

Sedar atau tidak, musim examlah stress menjulang. Bagi penulis, paper Pharmaceutical Analysis 2 yang paling stress. Notanya pun berkajang-kajang, kajang pak Malau pun ada tempat nya, kajang berlipatlah jawabnya nota-nota Pharm Analysis hari tu. Tak larat nak membacanya.

Stress punya stress mencarilah jalan nak kurangkan stress. Selalunya 2 jalan saja, makan banyak dan tidur. Huhu, memang double effect. Menternak lemak yang sudah tersedia menebal. Sebenarnya ini ialah cara-cara nak mengurangkan stress Petua 10B:

Bertenang, Berurut (jangan pergi rumah urut pulak!), Bernafas dengan dalam, Berehat dan mendengar muzik, Berkata: Relakslah atau relaks sudey!, Beriadah (kalau kalah boleh tambah stress), Beribadat, Bersenam, Bercakap dengan seseorang dan Berfikiran positif.

Dalam banyak-banyak ini, pilihlah yang mana satu ke, dua ke, pilih semua pun takpa. Tepuk dada tanya selera. Apapun, dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang. Berwudu', Berdoa, Bersujud (mengadu pada Tuhan) antara B yang boleh menjadi subset kepada Beribadah. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan. Setelah kabus berlalu, pasti secerah pawana!

Continue Reading

12.2.09

Aku Cinta Padamu


Saga cinta agung. Merah membara membakar seluruh jiwa raga. Wah, hebat betul kuasa cinta. Kalau tak hebat, tutup lama dah periuk nasi penyanyi-penyanyi yang mendendangkan lagu-lagu jiwang yang membuai perasaan.

Eh, sedar tak sedar, hari Sabtu ni Valentine Day. Mesti ramai couple of the year yang bercadang nak meraikan hari kekasih ini bersama-sama. Meninggalkan memori-memori indah untuk dinikmati dan dikenang di hari yang mendatang.

Namun, bukankah sambutan hari Valentine terang-terangan hukumnya haram seperti yang dikeluarkan oleh Jakim pada 2005. Lama dah tu, tapi tak sedar-sedar. Malah, ada pihak yang menghalalkan sambutan Valentine dengan menyalurkan rasa kasih-sayang bukan sahaja kepada ehem ehem tapi juga kepada keluarga. Apa pun alasan nya, matlamat tidak menghalalkan cara. Sambutan Valentine tetap haram kerana mengagungkan ritual agama Kristian.

Jom singkap sejarah kembali:

Banyak pendapat tentang sejarah hari Valentine ini. Namun, di sini saya kongsikan 1 sahaja. Mana tahu yang 2 lagi, ada orang nak sumbangkan ke.

Hari Valentine diambil sempena nama paderi di Sepanyol yang menduduki carta nombor 2 terhangat selepas Pope. Itu tatkala pemerintahan Ratu Elizabeth. St Valentine (paderi Katolik) menyatakan hasratnya hendak menamatkan zaman bujangnya. Dia hendak berkahwin dengan pengamal Protestan. Protestan and Katolik are not compatible each other, sorry. In addition, paderi tidak dibenarkan berkahwin. Panas bumi Cordova mendengar ceritera St Valentine ni.

Tindakan berkahwin ini dimurkai Ratu. Maka dipenjaranya St Valentine. Tetiba, ratu ni mengistiharkan 14 Februari sebagai hari kekasih.

Terang-terang mechanism of action hari Valentine ni mengagungkan ritual Kristian. Aqidah kena jaga beb.


Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Diorang memang panas pinggul kerana mereka takut orang Islam kembali kepada ajaran sebenar, pasti kegemilangan tamadun Islam kembali menyinar.


Hukum Islam terang lagi bersuluh melarang umatnya meniru budaya dan cara hidup orang kafir.

Rasul Khatimul Anbiya' pernah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Renung-renungkanlah!
Continue Reading

9.2.09

Berperang Dengan Rasa Malas

Waduh..Waduh..Waduh...perasaan malas amat menebal untuk duduk berjam-jam mengadap nota-nota peperiksaan yang menyucuk mata. Bila fikir-fikir, kerja sudah dalam genggaman, gaji boleh tahan juga jika nak dibandingkan dengan orang lain. Lulus sudah, lagi 3 semester saja pun. Dah matlamat pun lulus, usaha pun ala kadar sajalah. Orang lain 'stay up' sampai 2-3 pagi, kita ni dah masuk REM mode dah. Lacrimal sac pun dah tertutup sampai berkati-kati bijih mata terbentuk.

Tapi, takkan nak sia-sia kan kehidupan dekat universiti, gedung ilmu. Tempat seluruh jagat raya manusia berkumpul untuk menelaah pelajaran. Tempat nak menajamkan mana kebolehan yang tidak tajam. Tempat mengumpul memori-memori indah dan tidak kurang juga pahitnya.

Namun, perasaan malas tu juga yang merangkul tempat pertama. Jadi, bagaimana ini? Tanya kanan, jawabnya: biasa saja. Tanya kiri: kau rilek sudey!...Em, entahlah, masa perlu dimanfaatkan. Masa ibarat pedang, sekejap saja dia boleh mencantas kita.


Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template