Alhamdulillah, untaian syukur dipanjat kepada Rabbul Jalil kerana mengizinkan Pamasi Fc menggondol kejuaraan bola sepak antara fakulti di UIA Kuantan petang tadi. Kejayaan ini sukar untuk saya ungkap dengan kata-kata. Masakan tidak, inilah kali pertama kami menjadi juara!
Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar di muka para pemain. Para penyokong memang sudah berbondong-bondong memenuhi tempat penyokong sebelum tiupan wisel lagi. Kami semua amat menantikan detik Pamasi FC menjadi juara. Dan, akhirnya…sepakan penalti daripada Kapten pasukan, Shahmin Hasan menjelmakan emas kejohanan buat kami.
Pamasi FC mengalahkan Medic FC melalui sepakan penalti 4-2
Tahniah buat semua para pemain, Amirul, Shahmin, Aizudin, Latfi, Adi, Mustakim, Ejad, Yob, Abqari, Mahmud, Asyraf dan pemain-pemain simpanan. Kerja keras dan semangat berpasukan anda membuktikan bahawa kita boleh. Pamasi FC boleh!
Saya memuji kecekapan penjaga gawang, saudara Amirul kerana terpaksa mengeluarkan jurus-jurus terbang untuk menyelamatkan keadaan. Syabas Bro! Two thumbs up
Akhirnya tahniah yang tiada penghujungnya buat semua. Ini kejayaan Pamasi FC! Ini kejayaan IPhA! Ini kejayaan Fakulti!
Tahniah. Alhamdulillah. Terima kasih wahai Tuhanku.


6 comments:
best tgk match td..cOngrate pamasi =)
best-best...sampai asyik refleks bangun dari tempat duduk...:a:
huhu emin kapten..klu gni bleh mari lwn team mhs la plok ye..arrange frenly game..futsal pun jd..biar kawe plok tunjuk cmne nk skor gol..hehe..
woh...kapten cakap on, kami buleh jah...biso demo men striker weh...kito tengok sapo score dulu...kawe ko demo :j:..hehe
tima ksh solah atas sokongan padu!
sama-sama...bagi sokongan meskipun pemain nombor 10 tak perasan kita di situ..hehe gurau din
Post a Comment