Solah, ajarlah aku macammana nak buat nuffnang tu. Itu persoalan yang dah banyak kali saya dengar dari kawan saya. Jawapan saya: sila klik alamat www.nuffnang.com.my dan ikut arahan seterusnya =). Nak buat tutorial cakap mulut tak ada 'visual' memang suatu benda yang mencabar.
Terkadang kita sudah diberikan jalan, kita kena bersedia untuk try and error, dan dihujani dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Ibarat petikan khutbah baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Quran dan Sunnah itu, jika kita berpegang teguh padanya, pasti tidak akan sesat selamanya. Dan, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba. Try and error tu, sifoo html saya yang ajar. Terkebil-kebil juga saya nak memahamkan coding html. Terima kasih, Mar.
Maka, nuffnang ini memang cara mudah untuk membuat duit. Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli secara percuma, dan menunggu untuk permohonan anda diterima. Selalunya, blog yang ramai pengunjung akan mudah diterima oleh nuffnang. Kenapa? Ini kerana, advertisers akan meletakkan ads dekat blog yang ramai pengunjung supaya produk mereka laris.
Selepas itu, anda perlu copy html code iklan dan letakkan di dalam layout blog anda. Sila tekan Add ad (bintang kuning dalam gambar kat atas) dekat page nuffnang dan ikut arahan-arahan yang mudah seterusnya. Nuffnang akan ajar di mana anda patut meletakkan html code di layout blog anda. Mudah bukan?
Dengan adanya iklan-iklan ini, anda akan menerima wang sebanyak RM0.25 (jika anda glitterati) setiap kali ada orang klik pada iklan anda. Bayangkan kalau 10 orang klik sehari? Dah RM2.50. Lepas dah makan pagi anda, kalau nasi lemak kopi O. Kalau sarapan di KFC tak dapatlah saya menolong. Memang mudah buat duit melalui Nuffnang. Cabarannya, untuk pengunjung klik, dan nak tarik pengunjung. Itu usahanya kena lebih banyak dan istiqamah. Sebab tu saya sayang, walaupun dah nak exam ni. Bolehlah bantu saya dengan mengklik iklan nuffnang di blog ini. Hehe.
Kelebihan nuffnang
Anda dapat tahu trafik blog anda. Berapa ramai sehari, seminggu, sebulan, dan setahun. Dari mana? Siapa? Dia cari apa? Dia nuffnanger juga ke?
Dapat promosi percuma dalam 'network' nuffnanger. Boleh gunakan tool innit dalam nuffnang untuk meuar-uarkan blog anda ke asia tenggara. Selalunya, tool innit ni lebih berguna untuk blog berbahasa Inggeris. Selalulah nang orang, takpun, nak lebih popular, selalulah dang orang. Hehe.
Dapat tahu efektif atau tidak, iklan yang ada pada blog kita. Ini, nuffnang tolong ratekan dengan bintang. Lagi banyak bintang, lagi berkesan iklan anda. Bilangan bintang akan diupdate setiap seminggu.
p/s: Saya menulis kerana sayang nak meninggalkan periuk nasi saya ni. Dan, biar matlamat saya menulis blog sebagai nasihat kepada diri yang alpa ini menjadi istiqamah. Sebab, hati yang tidak mendengar peringatan, mudah menjadi hitam. Dan makin lama makin hitam dan mudah memantulkan sinar hidayah.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang nuffnang boleh bertanya di ruangan komen. Terima kasih.







