10.1.10

DOTA?


Alhamdulillah. Hari Ahad yang tenang ini, saya bersyukur meskipun ramai manusia yang bersikap introvert (self-centred), masih ramai lagi manusia yang sanggup menghulurkan bantuan tatkala manusia lain amat memerlukannya. Masih ada manusia yang meskipun tiada pertalian darah, memerah keringat dan buah fikiran untuk kemaslahatan umat. Alhamdulillah.

Saya bersyukur. Dalam dunia yang terbakar dengan kejahilan dan kebobrokan akhlak manusia, masih ramai pemuda yang bersekang mata menghidupkan malam dan mengisi siang dengan amal ibadah serta perkara-perkara yang bermanfaat.

Entri DOTA bukan merujuk kepada game Defense of The Ancient, tapi Dunia Orang Tanpa Arah. Tiada jati diri. Just follow the flow. Tak kisahlah salah ke tak, dia main ikut saja.

Contoh: "Nah sebatang. Kau try dulu. Best tahap petala ni, shial."
"Lawanya doh perempuan tu, ko pila ngorat. Ada beran?"

Kita nampak tak kalau orang kurang prinsip hidup, dia akan ikut sahaja ajakan-ajakan yang cenggini. Lagi satu, saya kurang gemar orang yang mengamalkan perkataan shial, doh (bodoh?), bull shit, babi dalam ayat-ayat mereka. Macam rendah moral saja. Apa pendapat anda?

Cuba amati kisah di bawah:

One foggy night at sea the captain of the ship saw what looked like the lights of another ship heading towards him. He had his signalman contact the other ship by light.

The message was: "Change your course 10 degrees to the south"

The reply came back: "Change your course 10 degrees to the north"

Then the captain answered: " I am the captain, so you change your course 10 degrees to the south"

Reply: "I am a seaman first class-change your course 10 degrees to the north"

This last exchange really infuriated the captain, so he signaled back: "I am a battleship-change your course 10 degrees to the south"

Reply: "And I am a lighthouse. Change your course 10 degrees to the north!"

Itulah kisahnya, apa yang anda dapat dari kisah ini?

p/s: Bagi saya, ada prinsip yang apabila dibahas, semua orang akan ikut. Rasulullah telah bersabda bahawa jika kamu berpegang dengan al-Quran dan As-sunnah, kamu tidak akan sesat buat selama-selamanya. Itulah prinsip kita kat dunia.

Ilmu fardhu ain perlu kuat. Ilmu akhirat dan dunia ni luas. Timbalah ilmu, supaya kita punya arah tuju.

9 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

"DOTA tu game DUNIA ORANG TAKDA AWEK"
http://nurf1907.blogspot.com/2010/01/dota-tu-apa-weh.html

Anonymous said... [Reply to comment]

boring

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya sokong awk solah..Kalo xde prinsip, mesti kita just ikut saja ape2 yg telah menjadi tradisi org2 terdahulu(senior) walaupun perkara itu tidak tepat.. Nobody is perfect, so kalo kita dah jumpa sesuatu yg jelas tentang halal & haramnya, pandai2lah buat pilihannya.. Lgpun dunia akhir zaman ini, perkara btol selalunya dianggap "PELIK".. So, kalo kita xde prinsip yg kuat, maka kita akan hanyutlah dek arus masa kini yg agak liberal melebihi batasan syara'..
~Awek cun solehah~

Anonymous said... [Reply to comment]

Betul tu awek cun di atas! Sy sokong 100%.. Kita perlu ada prinsip diri yg jitu.. Jgn mudah diprovokasi oleh mereka yg "bebas".. Kita pertahankan stand kita sbg muslimah utk m'jaga batasan antara bro dan sis.. Ukhuwah bukannya pd kemesraan berbicara antara bro dan sis..Kami sis muslimah amat sokong sekiranya bro xdtg melihat sis muslimah bersukan yg lasak.. Walopun kami menutup aurat, pergerakan & kelincahan kami boleh menyebabkan aurat kami terdedah..Islam suruh kami menjaga aurat,bukan sekadar menutup sahaja..Lgpun kami agak malu jika dilihat bro ketika sedang bersukan..
~Awek muslimah~

Salahuddin Harith on January 10, 2010 at 8:02 PM said... [Reply to comment]

to anonymous 1
saya pun baca juga satu majalah ni, dia cakap DOTA sama dengan Dunia orang takda Awek...Saya modify jadi Dunia Orang Tanpa Arah

to anonymous 2
boring mungkin ini bukan Dota Guide for Rhasta

to awek cun solehah dan awek muslimah
ni mesti sahabat-sahabat sekelas ni...betul cakap kalian..batas pergaulan perlu dijaga...saya pun lihat, ada yang cross the border...ada yang jadi penyokong, lebih-lebih pula, sehingga pemain naik segan...

dalam entri ni, saya merujuk kepada prinsip secara keseluruhan...dan prinsip itu berteraskan al-Quran dan as-Sunnah..saya juga lemah dan terkadang alpa..sahabat-sahabat, pimpin tanganku kearah redho-Nya. Di lembayung Allah jua kedamaian..

Anonymous said... [Reply to comment]

hati kesepian memerlukan teman, hidup tidak berhaluan tatkala keseorangan. itulah pentingnya teman lelaki beriman

^awek sepi^

Salahuddin Harith on January 11, 2010 at 5:39 PM said... [Reply to comment]

to awek sepi
betul2..nak istiqamah sorang2 sukar dengan masa sekarang yang penuh dengan ujian ni...perlu ada rakan-rakan yang sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang rapat dengan-Nya :t:

gma said... [Reply to comment]

u r a good motivator solah..i'm so impress

Salahuddin Harith on January 12, 2010 at 7:13 PM said... [Reply to comment]

to gma, saya masih lemah..banyak ruang yang saya perlu perbaiki,namun, bergelar manusia..dan Muslim secara spesifiknya, kita memegang title daie, mendokong ayat al-Quran: menyuruh makruf, mencegah munkar...

sama-sama kita bantu-membantu memperbaik diri..itulah ukhuwwah yang sesungguhnya. dibina atas iman...:l:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template