Lantera Hidup

Posted by Salahuddin Harith under

Rembang petang yang menyenangkan. Nur mentari menjengah masuk ke dalam bilik melalui celah-celah tingkap yang terbentang terbuka. Di dalam bilik yang terbahagi kepada empat bilik kecil itu, bacaan ayat suci al-Quran melatari segenap pelusuk ruang.

Tuk tuk tuk

"Eh Syarafi, masuklah." Suhail menjemput rakan biliknya itu.

"Suhail, maafkan aku kalau tindakanku tempoh hari kurang menyenangkan. Aku stress juga sekarang ni. Peperiksaan kali ini agak mencabar. Dulu, aku boleh bersabar. Mungkin iman aku sakit."

Suhail terus menggapai tangan Syarafi, "Maafkan aku juga. Apa yang kau lakukan merupakan suatu yang mulia. Teramat mulia."

Kedua-dua mereka menitiskan air mata. Suhail tahu Syarafi diuji. Maruahnya tercalar. Kerana mahu membantu rakan yang lain untuk menyiapkan tugasan, Syarafi memberikan tugasannya untuk dibuat rujukan.

Namun, akibat kekangan masa, rakan yang lain tidak sempat meng'edit' habis-habisan tugasan Syarafi. Akibatnya, pensyarah berjaya menghidu unsur plagiat lantas menghukum mereka. Namun, Syarafi tetap melayan baik rakannya itu. Tetap membantu rakannya menerangkan pelajaran yang tidak difahami.

"Bagaimana untuk menjaga hati, Suhail?" Syarafi memecah keheningan yang syahdu.

"Engkau lebih arif Sya. Pada pendapat aku, hati yang sakit ibarat benang yang bergumpal. Perlu sabar dan perlahan dalam merungkaikan setiap gumpalan benang-benang tersebut. Dan, hati yang sakit, perlu makan ubat. Ubat sinonimnya pahit. Kecualilah ada coating." Suhail berjenaka.

"Haha. Ada-ada sajalah. Coating, untuk masking the taste of the unpleasant tablet. Betul Suhail. Aku mengerti bahawa ubat itu pelbagai. Namun, terasnya zikrullah."

"Aku sokong. Zikrullah dapat membajai iman di hati. Dan zikrullah termasuklah menghadiri majlis ilmu, solat, tasbih, tahmid, takbir dan lain-lain amal soleh. "

Syarafi mengangguk. Mudah sahaja sifirnya. Nak iman yazid (bertambah), kena tambah amal soleh atau istiqamah dengan amal soleh yang ada.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Oh, Abe Asrul. Gano?" Suhail menyapa.

"Mari ah main bola. Dah pukul 6 ni."

Syarafi dan Suhail mengangguk dan menyahut "Jom". Senyuman terukir manis di wajah mereka.

~Hati merupakan lantera hidup. Suburkanlah dengan ilmu. Bajainya dengan zikrullah. Ia mengingatkan kita jalan diredhoi Allah. Imanlah harta yang paling berharga. {Ayat nasyid ni, sapa boleh nyanyi, sila jaga pitching. =)}

Berteduh di Kebun Cinta

Posted by Salahuddin Harith under ,

Assalamualaikum. Selamat datang kembali sahabat-sahabat sekalian. Marilah berteduh sebentar di kebun cinta ini. Sama-sama bermuhasabah diri membenarkan pintu-pintu hati diketuk agar pabila pintu itu terbuka, nur menerobos masuk ke dalam hati kita sekalian.


Ibarat wasiat Imam Malik kepada Imam Syafi'i:


"Allah telah memasukkan nur atau cahaya ke dalam hatimu, dan janganlah engkau padamkan dengan kegelapan maksiat."


Sahabat-sahabat sekalian, pinjamkan diri anda untuk sama-sama menghayati hadis yang masyhur ini.


Suatu hari, datang seorang pemuda kepada Rasulullah SAW dan berkata:

"Ya Rasulullah, berikan aku nasihat."

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah."

Pemuda itu bertanya lagi: "apakah ada lagi nasihat yang lain?”

Rasulullah menjawab. "Jangan kamu marah”

Sekali lagi lelaki itu bertanya.

Rasulullah SAW tetap menjawab. "Jangan kamu marah”

Wahai sahabat-sahabatku, saya mahu memperingati diri saya dan diri sahabat sekalian perkara yang sama Rasulullah ingatkan pada kita:


Jangan kamu marah


Sahabat, betapa sabarnya Rasulullah dalam mengembangkan agama Islam ini. Andai Rasulullah marah-marah, benci-benci, pasti perjalanan dakwah itu berhenti dan kita tak mengecapi 2 nikmat yang besar yakni Iman dan Islam hari ini.


Sahabat, apabila memegang title hamba apatah lagi mukmin, selayaknya kita diuji. Ujian yang pelbagai. Dikutuk dialam maya dengan kata-kata mengguris rasa, dicemuh dihina dibelakang kerana tindak salah dan menjadi topik hangat untuk dihina di merata-rata.


Pastinya, hati yang menanggung luka teruk. Terkadang amarah membara dan hati yang terluka melukakan kembali.


Sahabat, siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT bersamanya saat diduga?


Siapakah antara kita yang yakin bahawa Allah SWT itu bersamanya saat marah melebihi thresholdnya?


Maka dihujungnya, iman jua yang menghulur tangan membantu kita untuk merasai bahawa Allah swt ada bersama, tika sabar. Apabila kita sabar, Allah SWT bersama kita! Dan manusia beriman sahaja yang mampu merasakannya.


Sahabat, siapa yang tidak merasa Allah bersama ketika sabar?


Siapa yang rasa bahawa sabar itu sia-sia dan tindak lemah?



Justeru, usah bertanya mengapa diri tidak boleh sabar. Usah teliti diri, emosi dan tindak sumbang songsang orang dan lain-lain. Muhasabahlah iman kita. Bila tidak mampu bersabar, final diagnosisnya ialah iman kita sakit. Kerana imanlah kita yakin bahawa Allah bersama kita.


Sahabat, renungilah kisah Saidina Ali Karramallahu Wajhah. Beliau tidak memenggal kepala Yahudi yang meludahnya ketika peperangan, walaupun berada di atas Yahudi tersebut.


Kerana apa, sahabat? kerana dia takut, dia membunuh Yahudi itu bukan kerana Allah, tetapi kerana marah. MasyaAllah...


~Saya tersentuh pabila kita diuji sebegini. Hinggakan sanggup hilang pertimbangan melukakan dan terluka dengan kata-kata luar alam. Sahabat-sahabat, ayuh berteduh di kebun cinta. Rasailah teduhan yang menyenangkan agar dapat membebat hati yang berdarah. Ayuh menjadi tukang kebun menyuburkan pohon-pohon rendang. Usah menjadi serangga perosak.


Sahabat, la taghdob. Janganlah marah ya.


Usah menabur nista yang membimbangkan