
Assalamualaikum w.b.t.
Saya cuba dan terus mencuba untuk mencuri masa bagi menulis seketika. Untuk menulis, formulanya (anda perlu banyak membaca).
Kini saya menulis tentang pelaburan matawang Dinar.
Sejarah
Dinar berasal daripada perkataan Denarius iaitu matawang Romawi. Dirham pula berasal daripada perkataan Drachma iaitu matawang parsi.
Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w, syiling dinar dan dirham ini terus terusan diguna oleh umat Islam sehinggalah Khalifah Malik bin Marwan (zaman Khilafah Umayyah) memerintahkan agar ditempa dinar dan dirham dengan corak baru pada tahun 75 Hijrah.
Dinar dan Dirham di Malaysia
Pada 12 Ogos 2010, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan dinar dan dirham untuk negeri Kelantan.
Dinar dan Dirham ini ditempah khas di Emirates Gold Dubai mengikut piawaian yang ditetapkan oleh World Islamic Mint (WIM).
Harga Dinar dan Dirham
1 Dinar berharga = RM610 manakala 1 Dirham berharga = RM 14
Anda boleh menyemak harga semasa dinar dan dirham di laman web
http://islamicmint.com.my/ dan di http://www.dinarkel.com/
Saiz Dinar emas yang dijual ialah
1/4 Dinar : RM 152.50
1/2 Dinar : RM305
1 Dinar : RM610
2 Dinar : RM1220
1 Dinar bersamaan 4.25 gram dan merupakan syiling emas 22 karat (91.6% emas)
1 Dirham bersamaan 2.975 gram dan merupakan syiling perak tulen (99.9% perak)
Di manakah mahu membeli dinar emas kelantan ini?
Jika anda tinggal di KL atau Selangor, anda boleh mendapatkannya di cawangan ar-Rahnu di:
1) Ar-Rahnu Kajang
2) Ar-Rahnu Rawang
3) Ar-Rahnu Jalan Raja Laut, KL
Jika anda tinggal di Kelantan...beli sahaja di ar-Rahnu yang terdapat di Kelantan
Dimanakah anda mahu menjual dinar emas ini kembali?
Jual sahaja di cawangan ar-Rahnu yang anda beli dinar emas tersebut.
Kesimpulan
Dinar dan Dirham merupakan matawang yang tidak terhakis dek inflasi.
Cuba bayangkan dulu 1 biji karipap berharga RM0.20 tapi sekarang 1 biji karipap berharga RM0.40.
Itu terang lagi bersuluh, wang Ringgit kita dihakis inflasi.
Tapi dengan Dinar dan Dirham berbeza. Jika 1 Dirham boleh membeli 1kilo daging sekarang, 10 tahun nanti dengan 1 Dirham kita akan dapat membeli 1 kilo daging juga.
Bagi yang mahu melabur, silakan. Selamat melabur.

