16.6.09

Kapitalisme Barah kepada Ekonomi


Percaya atau tidak, krisis ekonomi yang melanda sekarang biarpun menunjukkan tanda-tanda akan pulih, bakal berlanjutan dan menyebabkan ekonomi semakin parah. Kenapa?

Secara analoginya, ekonomi itu seolah-olah organisma yang sihat. Namun organisma ini menghidap barah. Barah tersebut merupakan sistem kapitalis. Dan, kaedah perawatan sekarang dengan menggunakan kemoterapi iaitu dengan menyuntik wang hutang untuk menyelamatkan hutang lama hanya memburukkan lagi keadaan.

Sebenarnya, kaedah terbaik ialah melalui pembedahan. Bagaimana? Pembedahan dengan memisahkan sistem kapitalis dan menanam sistem perbankan Islam. Setelah berdekad lamanya, sistem kapitalis dan komunis menunjukkan kegagalan dalam ekonomi. Nah, Islam sebagai agama yang syumul, mempunyai sistem ekonomi yang bukan berlandaskan ketamakan seperti kapitalis tetapi berasaskan kebajikan dan taa'wun (bertolong-bantu).

Mungkin ada yang kurang mengerti apa yang berlaku sebenarnya disebalik krisis ekonomi sekarang. Sebenarnya, krisis ekonomi sekarang disebabkan oleh sistem Ponzi yang diasaskan oleh Madoff. Apa itu sistem Ponzi? Sistem Ponzi memberikan pinjaman kepada mereka-mereka yang tidak layak. Dan semestinya sistem Ponzi ini mendokong kapitalisme yang mengamalkan laissez faire et laissez passer, biarkan sesiapa saja buat apa yang mereka suka dan semuanya akan berjalan sendirinya.

Sengaja pihak institusi kewangan bukan perbankan mengamalkan sistem Ponzi untuk mengaut keuntungan dan percaya kepada pertambahan nilai aset setiap tahun. Apabila peminjam-peminjam ini tidak mampu bayar (seperti yang diramal), pinjaman itu dipakej semula. Atau lebih dikenali sebagai refinance.

Hakikatnya, tak boleh bayar juga. Akhirnya, menambun hutang lapuk. Dan, ekonomi Amerika merudum. Negara yang tinggi kebergantungan ekonomi kepada Amerika mengalami kemelesetan. Pada September 2008, sektor kewangan Amerika kerugian 3.6 trillion dolar. Banyak bukan? Sedangkan Senat Amerika hanya meluluskan 3.1 juta dolar jumlah belanjawan Persekutuan Amerika pada tahun 2009. Begitulah alkisahnya.

p/s: Sistem perbankan Islam berkembang pesat tahun demi tahun. Namun, sekiranya perbankan Islam menggunakan acuan kapitalis iaitu hanya mahu mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kebajikan, sistem perbankan Islam tidak mampu menyelamatkan krisis ekonomi dunia.

Kita umat Islam, seharusnya mendokong sistem perbankan Islam. Pinjaman-pinjaman yang kita buat untuk membeli rumah, kereta dan lain-lain adakah secara Islam? Jika tidak, it's never too late to mend.

2 comments:

aizuddin mohd noor on June 17, 2009 at 12:21 AM said... [Reply to comment]

satu penulisan yg menarik..menggunakan bahasa perubatan dan ekonom..mudah difahami..tahniah solah..

...btul sistem kapitalis memupuk sikap tamak, materialistik dlm masyarakat..

ak harap st hari nant malaysia mengamalkan sistem perbankan islam sepenuhnya..dimana matawang disandarkan pada dinar emas dan sistem riba dihapuskan sepenuhnya..

thanks solah..teruskan menulis..

Salahuddin Harith on June 17, 2009 at 10:14 AM said... [Reply to comment]

to din

terima kasih kerana memberi komen
ya sistem perbankan Islam sepatutnya disokong, namun, mungkin yang kurang sensitif isu ini dan ramai orang Islam yang memilih pinjaman secara konventional.

Alasannya mudah, lebih murah berbanding pinjaman secara Islam. Nah, bila kegawatan ekonomi berlaku, barulah tahu mana baik buruknya. Yang memilih pinjaman konventional, perlu membayar lebih pula.

Alhamdulillah, bank-bank sekarang semakin sedar akan kemurnian sistem Islam. Nah, lihatlah sampai HSBC dan Hong Leong pun ada Islamic banking

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template