23.3.09

Noktah ini.Tunggu Sekejap...

Kehidupan penuh dengan warna-warni. Ada suka dan tidak kurang juga duka yang datang menjelma. Begitulah kehidupan. Jika anda pembaca setia blog ini (sekalung bunga penghargaan), sudah lama nukilan minda, luahan rasa tidak tertulis di blog buat tancapan mata pembaca sekalian. 1 minggu yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang mengajar banyak ilmu pengetahuan. Sebenarnya informasi dan ilmu itu merupakan 2 perkara yang berbeda.

Seperti kata-kata Slawson and associates: "Information is not knowledge, knowledge comes from the interpretation of information. While we are constantly bombarded with data and information, what we want is knowledge and wisdom, i.e., the ability to understand and apply the facts."

Minggu lepas bertandang ke PUSPEN Bachok @ lebih dikenali dengan Pusat Serenti Bachok untuk menyelami perasaan dan kehidupan pelatih-pelatih di sana. Ranjau kehidupan mereka yang penuh liku menyedarkan kita bahawa dunia tidak diisi oleh golongan yang tertentu sahaja. Masyarakat memerlukan kita. Apalah erti hidup jika tidak memberi. Bukankah tangan yang di atas lebih baik daripada tangan di bawah?

Seterusnya ke aktiviti Managing A Stall. Membuka sebuah gerai yang sekadar cukup syarat.Hanya, semata-mata untuk lulus Subjek Entrepreneurship. Alhamdulillah, segala taktik perniagaan yang ada berjaya dipraktikkan untuk memudahkan kerja berniaga dan hasilnya dapatlah untung RM59.30 seorang (semua 5 orang usahawan muda) dengan modal RM1145.85. Salah satu taktiknya ialah membaca ayat 1000 dinar. Secara hakikat, membuka gerai adalah satu cara terbaik untuk mendedahkan kita tentang pengurusan peniagaan. Pengurusan kewangan (debit dan kredit), promosi, marketing, selling dan analisis semua itu elemen perniagaan yang penting.

Serentak dengan itu, pertandingan volleyball juga berlangsung bersama perlawanan tenis, netball dan futsal. Alhamdulillah emas berjaya digondol untuk volleyball. Harga sebuah kemenangan dibayar dengan kecederaan dilutut dan sunburn (mana taknya, main di bawah blazing sun, pukul 12 tengah hari).

Keesokannya melawat kilang perusahaan keropok lekor (Permatang Badak) dan Batik Village (Balok). Mendengar perkongsian ilmu daripada mereka memantapkan lagi informasi tentang selok-belok perniagaan. Antaranya, beza keropok lekor Terengganu dan Pahang. Di Terengganu, keropok lekornya diperbuat daripada 100% isi ikan manakala di Pahang isi dan tulang ikan digunakan. Kerana itulah kesedapan dan populariti Keropok Lekor Losong lebih tersohor. Sudah menjadi kemestian, harga keropok lekor Pahang lebih murah daripada keropok lekor Terengganu.
Di Batik Village kami diajar proses-proses dalam pembuatan batik. Sebenarnya, ini kali ke-2 saya ke situ, makanya saya kurang berminat untuk mendengar informasi yang sama. =)

Selepas ini noktah terpaksa diletak buat sementara untuk memberi laluan kepada peperangan ke-12 semenjak berkecimpung dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi. Makanya terimalah NOKTAH dariku buat sementara. Tunggu sekejap, jangan melupakan blog ini. Datanglah kembali nanti.


Continue Reading

14.3.09

Darilah IM ke Kuala Gandah

Berlenggang berlenggang, lenggang tali lenggang. Kalau baik hati tentu orang pun sayang. Darilah IM ke Kuala Gandah. Naiklah gajah sepak dek rusa...
Syukur dipanjatkan ke hadrat Rabbul A'lamin memberikan nikmat kelapangan untuk menyaksikan keajaiban alam. Oh, ini keajaiban alam. Aku mempercayainya. Kami berenam menaiki 2 buah Kelisa meluncur laju membelah alam ke arah Kuala Gandah, tempat di mana, berlindungnya gajah-gajah yang fat, but still beautiful. Subhanallah.

Bertolak sekitar 9 pagi selepas membuat jejak kasih di Gerai Pak Lah, kami tiba di Kuala Gandah sekitar 1115 pagi. Selepas mendaftar untuk memberi makan gajah, menaiki gajah dan mandi bersama gajah pada pukul 2 petang, kami melawat Deerland yang terletak 6km dari pusat perhilitan gajah.

Deerland-Di sinilah tercipta memori di mana salah seorang daripada kami disepak dek rusa kerana teragak-agak untuk memberikan makanan. Namun, pujian harus dihamburkan terhadap beliau, kerana dialah orang yang paling berani mendekati haiwan jinak tersebut. Di Deerland juga, kami melihat Hedgehog (sonic the hedgehog,familiarkan?), merak mengigal untuk flirt dengan betina tapi tak dilayan (sadis tul), beruang matahari yang buat tunjuk perasaan, kasuari yang makan tak berhenti dan lain-lain.

Kemudian kami kembali ke pusat pemuliharaan gajah dan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti yang telah dinukilkan sebentar tadi. Baiklah, cakap banyak tak guna jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam.





Continue Reading

12.3.09

Terkadang Dunia Tidak Adil


Seusai bersauna di dalam bas selama 2 jam perjalanan dari Temerloh ke Kuantan, perbaringan merupakan tempat ideal bagi melepaskan lelah. Biarpun penat, hati sedikit lega kerana posting di hospital sudah tamat semester ini. Tetapi, dunia terkadang tidak adil. Kumpulan posting kali ini selalu dirundung malang.

Posting 1: Therapeutic Drugs Monitoring. Balik pukul 4pm. Sedangkan kumpulan lain pulang sebelum Zohor. Nasib baik rojak Cenderawasih membuahkan sedikit kelegaan. Perbincangan di gerai Rojak hari itu boleh banyak update cerita-cerita baru. Kalau ada Continuous Professional Development Point, boleh dapat 2 points ni. =)

Posting 2: Total Parenteral Nutrition. Dikepalai oleh Miss Beh. Habis pukul 4pm. Berkumpul dalam bilik yang tidak kondusif untuk suasana pembelajaran. Memang noise to signal ratio tinggi tahap giga. Sampai Miss Beh pun tegur, penat dah ke? Memang penat, mental macam kena hempap batu besar. Budak-budak yang duduk dekat belakang dah panas punggung. Tak sabar-sabar nak balik ke teratak masing-masing.

Posting 3: Drug Information Service. Segalanya tampak manis dipandang dan sedap didengar. Saat pulang, segalanya berubah, dari suasana igloo menjadi sauna. Kondisi bus semakin efektif untuk pembakaran lemak. Akibat terlampau terseksa dengan hawa padang pasir tersebut, kami menumpang igloo Mesra Petronas. Buat macam ala-ala kedai kopi. Namun, dah penglipur laranya penglipur lara yang sama di rojak Cenderawasih, topik perbincangan masih yang sama. Cumanya, pendengar dan penambah cerita bertambah ahlinya.

Begitulah alkisah posting semester ini untuk subjek Clinical Pharmacy 2. Fikir-fikir balik, mungkin akibat kafarah dosa sesi-sesi kedai kopi tersebut. Sama-samalah beristighfar dan meminta ampun daripada orang yang berkenaan dan Allah s.w.t. Moga sama-sama dikurniakan secebis keinsafan untuk menguatkan iman yang lemah.
Continue Reading

10.3.09

Tersungkur buat Kesekian Kalinya



Hari Ahad yang tenang dan senang. Maklumlah, Isnin keesokannya masih bercuti menyambut Maulidur Rasul. Satu transformasi sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka. Teknik penceritaan keagungan perjuangan Rasulullah melalui Sabri Yunus dan Ebby Yus begitu menarik untuk ditonton. Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad. Waa'la alihi Wasohbihi Wasallim. Semoga sambutan tersebut bukan dilakukan sebagai suatu adat, tetapi legasi Muhammad Khatimul Anbiya tersemat di hati.

Malam Ahad menantikan detik bersejarah Dato' Lee Chong Wei merangkul kejohanan all-England buat kali pertama. Namun, musuh ketatnya, jangan dipandang enteng. Rekod pertemuan 10-3 berpihak kepada juara 3 kali all-England Lin Dan ke atas Chong Wei cukup menggoyah keyakinanku. Permulaan perlawanan tampak iras wajah tertekan Dato' dalam meminimakan kesalahan. Hasilnya cukup lumayan kerana Dato' sedar bukan mudah mengutip mata daripada Lin Dan. Kebanyakan mata yang diperoleh Dato' hasil daripada kesilapan Lin Dan. Yang menggusarkan penulis, Lin Dan masih tenang dan belum mengeluarkan jurus-jurus smash yang tak terjangkau dek lawan. Ternyata, luka lama kekalahan di Beijing masih belum dibebat kemas. Dato' tewas lagi pada set 1.




Set ke-2 Lin Dan mula mengeluarkan jutsu smashnya. Malah, permainan jaring beliau melebihi apa yang mampu dibuat oleh Dato' sendiri. Akhirnya, rekod kemenangan Lin Dan ke atas Chong Wei bertambah satu lagi menjadi 11. Dato' masih buntu untuk menyaingi Lin Dan. Namun, perlawanan malam itu memang berprofil tinggi. Pujian buat Dato' kerana menunjukkan persembahan yang lebih baik dari Olimpik Beijing. Nampaknya 2 Dato' tewas minggu lepas. Dato' Nicol juga tewas di Berjaya Times Square. Apapun. mereka telah memberikan yang terbaik buat negara. Dato' Nicol dan Dato' Chong Wei sudah banyak berusaha untuk sampai ke tahap ini. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


Continue Reading

8.3.09

Nak Simpan di Mana ya?

Assalamualaikum dan zao an. Hari ini terdetik untuk menulis tentang simpanan dan pelaburan. Sebelum nak membuat pelaburan, mestilah dimulakan dengan simpanan dahulu. Pertama-tama sekali, simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada income anda. Jika 20-30% lagi bagus. Menyimpan memerlukan disiplin yang kuat. Untuk memastikan anda patuh kepada undang-undang kendiri, lakukan potongan tetap melalui arahan bank. Ada bank yang mengambil caj yang amat sedikit. Contohnya, Bank Islam mengenakan caj RM20 untuk arahan bank sekali seumur hidup. Justeru, wang anda akan auto-debit ke dalam akaun simpanan anda. Pastikan juga anda menyimpan sedikit untuk digunakan semasa kecemasan. Makanya, anda ada 2 akaun. Satu untuk simpanan dan satu untuk kecemasan.

Selepas anda menyimpan secukupnya, anda bisa sahaja memasukkan wang simpanan anda ke dalam fixed deposit account. Mudah bukan? Fixed deposit account menjanjikan pulangan yang lebih daripada saving account.

Mesti ada yang sedar, kadar inflasi bakal mengikis keuntungan yang kita peroleh daripada simpanan kita tadi. Makanya, pelaburan adalah satu jalan keluar yang bijak. Sebelum melabur, pastikan kesahihan jenis pelaburan yang kita hendak taburkan duit kita. Jangan main tangkap muat sahaja. Nanti menangis tak berlagu. Ada 3 jenis pelabur. Low risk investors ialah mereka yang melabur dalam bond dan fixed deposit. Medium investors ialah mereka yang melabur dalam unit trust. Contoh yang tidak asing lagi ialah Public Mutual. Aggressive investors ialah mereka yang terus melabur dalam stock market. Anda di golongan yang mana?

Pastikan anda membuat 'research' anda sendiri tentang pelaburan yang anda mahu laburkan duit anda. Dapatkan khidmat nasihat orang yang benar-benar ahli di dalam pelaburan tersebut. Dan yang paling penting, pastikan pelaburan dan simpanan anda selaras dengan Syariah Islam. Kerana, setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka neraka Jahannamlah yang layak baginya.

Wassalam, zai jian.


Continue Reading

6.3.09

Sayonara for a While


Hari Rabu yang lalu, berakhirlah sudah sesi PBL (Problem Based Learning). Sesi ketiga ini, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi majlis. Makanya, kerja aku itu gampang banget. Dalam mandarinnya, hen rong yi. Hanya memastikan semua orang on track sebelum tiba pada hari pembentangan. Alhamdulillah, atas kerjasama semua (Syahrir, Zul, Ali, Hafiz, Azizah, Atiqah, Hind dan Ainna), pembentangan kali ini berjaya memecahkan rekod PBL menjadikannya PBL tersingkat tetapi masih penuh dengan perbincangan yang begitu ilmiah.

Bila terkenangkan kembali semua sesi-sesi PBL ni, dari masalah NSTEMI (Myocardial Infarction), DM with KD (Diabetes mellitus with kidney disease) dan COPD (chronic obstructive pulmonary disease) ni, rasa nak tulis gaya dan ragam seorang-seorang.

Zull: Amboi, notanya berkajang-kajang. At first sight, malasnya nak baca nota dia, tapi bila tengok balik memang berinformasi sungguh. Kira Zul ni membantu banyak dalam perbincangan. Rajin membaca dan memberi maklumat. Rahsianya, nescafe bertin-tin. :)

Syahrir: Dia ni mesti datang dengan rajah-rajah nak menerangkan apa yang hendak disampaikan. Orang kuat Edu lah katakan. Tapi, sian pula tengok tak dapat bentang masa PBL 2 walaupun dah prepare baik punya. Kena offer diri nak bentang sebab dah tak sabar-sabar nak kongsi maklumat.

Ali&Hafiz: Yang 2 orang ni memang terkenal dengan sikap cool mengalahkan orang lain. Kekadang Ali ni suka duduk ooo sana ooo sini. Nampak macam 'menganjing' tapi sebenarnya memang dia appreciate the knowledge. Yang Hafiz pulak, memang sami'na waato'na. Memang dari dulu macam tu. Walau tak dapat hadir pun kekadang tu (tanggungjawab besar), perutusan (nota) dia mesti dibaca oleh memanda menteri yang dilantik. Selalunya si Syahrir. Hafiz, ada belanja Syahrir tak ni?

Yang sister ni taknak komen banyaklah cuma terkenang muka Hind yang terkebil-kebil nak fahamkan Bahasa Melayu bila aku cakap BM laju dengan dia. Maklumlah, bahasa Inggeris aku tak fluent mana. Sekurang-kurang dia berlatih cakap Melayu. Azizah pulak asyik kena psiko dengan bro Rudi. Tak tahulah kenapa. Hmm, seronok juga berPBL. Dapat integrate knowledge tentang anatomy, physiology, pathophysiology, pharmacology, pharmacokinetics, clinical pharmacy dan macam-macam lagi. Senang masuk ilmu bila berbincang macam ni. Sem depan katanya ada satu lagi PBL. So, Sayonara for a while lah.


Continue Reading

2.3.09

Vistana Save&Invest


This illegal program was brought to us by IPhA, specifically Mr. President. How illegal was it? Ah-Ha...Further questions please ask directly to Mr. President. No intermediary. I don't want to be his spoke person.

There were 14 of us joining this programme with various intentions but mainly, it was about dined free at hotel. Sadly, we just ate at Zam-zam Corner, situated just opposite Satay Zul. Sound familiar right? :) Actually, the knowledge about saving and investing in order to achieve financial freedom should be the limelight here. In a nutshell, we gained a lot of knowledge regarding AKPK (what is it?), PIDM (whoa, too many short form huh?) and others.

Thus, these are some tips in getting started in finance.
  1. Financial planning is important to give you a better quality of life.
  2. It is essential for you to begin saving your money NOW. Eventhough you are still a student, please put aside 10% of your income. If you can't, 5% is good enough. The sooner you begin to save, the greater benefit you earn.
  3. You will earn more interest if your investment pays interest on a monthly instead of yearly compounded basis. Many savings account do this. Example: CIMB Islamic al-Mudharabah account and BIMB al-Mudharabah. As for example: When you saved RM10000 for 10 years at 5% per annum, you will get RM16,289. But, if the interest is monthly basis you will get RM16.401. (0.42% per month) Can you believe that?
So, do not hesitate to begin saving now. Pepatah Melayu mengatakan, Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
p/s: It is not how much you earn; it is how you spend what you earn


Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template