22.1.10

Tabloid iluvislam Edisi Pertama : Kini Di Pasaran

Syukur yang tidak terhingga, setelah akhbar pengenalan iluvIslam yang dilancarkan Disember lepas, hari ni 22 Januari 2010 merupakan tarikh bersejarah untuk kelahiran edisi pertama Tabloid IluvIslam.

InsyaAllah edisi kedua akan diterbitkan pada 19 Februari dan dengan izin Allah, pada bulan Mac, akhbar tabloid ini, akan diterbitkan pada setiap minggu.

Yang paling menarik minat saya ialah sisipan iluvikon iaitu memperkenalkan 5 pengasas iluvIslam yang 2 orang daripadanya merupakan rakan sekelas saya sewaktu tingkatan 5 dahulu. Tahniah bro. Usaha anda berdakwah ni amat tinggi nilainya.

Akhbar kali ini mengupas isu "Fahaman Islam: Mengapa Kita Berbeza?". Artikel-artikel yang menarik termasuklah, "Hadiah paling berharga", "Apa akan terjadi jika dunia tanpa azan", "Sebut Allah: Mengapa Sensitif" dan lain-lain lagi.

Akhbar ini hanya berharga RM2. InsyaAllah pelaburan anda akan bermanfaat.

Dapatkan dikedai-kedai berdekatan. InsyaAllah dimana ada Sinar Harian ada akhbar terbitan Karangkraf ini.

15 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

wahh!!bagusnye..

Salahuddin Harith on January 22, 2010 at 10:47 AM said... [Reply to comment]

to dizzydude
jom dapatkan
hari tu macam pisang goreng panas...kena cepat ni...saya kena siapkan assignment sepantas kilat ni..sebelum keluar membeli :t:

.:: MuJahiDaH ::. on January 22, 2010 at 1:59 PM said... [Reply to comment]

wah, mcm menarik jer.. mesti byk input dpt mcm mjlh solusi jgk kan?
insyaallah, nnt outing ke kuantan p cari... :)

Salahuddin Harith on January 22, 2010 at 3:20 PM said... [Reply to comment]

to mujahidah
susah nak cari...kembara saya tadi sejam juga baru ketemu...dekat kuantan parade ada dekat food court bawah..

Jard The Great on January 22, 2010 at 9:02 PM said... [Reply to comment]

kat mana nk carik? aku berminat!

Salahuddin Harith on January 22, 2010 at 11:27 PM said... [Reply to comment]

to jard the great
kena cari kat kedai yang jual sinar harian..nak meningkatkan peratusan nak jumpa, pi kedai buku-buku agama, insyaAllah ketemu

wirdiana on January 23, 2010 at 10:36 PM said... [Reply to comment]

Salam solah..
bagusnya dah dapat.. tolong pos.. =)
buat kali yang kedua, kena mengembara utk dapatkan ia..
esok misi pencarian diteruskan.. InsyaAllah..

Salahuddin Harith on January 24, 2010 at 6:56 AM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam wirdiana

saya pun beli kat orang yang sudah membacanya =)
alhamdulillah, semua ipt di lembah klang sudah ada ejennya
cuba contact
Mohd Farhan Firdaus Jamil
0134679372
Nur Farhana Abd Rahman
0133567664
diorang ni ejen di UiTM Shah Alam

mamawana on January 24, 2010 at 9:36 AM said... [Reply to comment]

Bagys banget....Mama mesti pilih......

mamawana on January 24, 2010 at 9:37 AM said... [Reply to comment]

Bagus banget gitu.......

Wirdiana on January 24, 2010 at 11:32 AM said... [Reply to comment]

Terima kasih solah..
UiTM Shah Alam - UiTM Puncak Alam dlm 30-45min.. =(
InsyaAllah akan cuba juga..

Salahuddin Harith on January 24, 2010 at 12:49 PM said... [Reply to comment]

sama-sama wirdiana
insyaAllah, lembah klang lebih mudah access nya...moga dipertemukan...pencarian tu pasti bermakna..bagus kupasan isu kali ni..baru faham macammana lahirnya golongan syiah, muktazilah, khawarij, salafi dll..

Salahuddin Harith on January 24, 2010 at 12:50 PM said... [Reply to comment]

to mamawana...dapatkan ya...mesti mau!

Wirdiana on January 26, 2010 at 7:28 PM said... [Reply to comment]

Alhamdulillah.. dah dapat semalam..
buka2 je terus nampak nama "seseorang" itu..
"Solaharith, Fakulti Farmasi UIAM" =)

Salahuddin Harith on January 26, 2010 at 10:15 PM said... [Reply to comment]

to wirdiana
tajam betul penglihatan...:j:
alhamdulillah, dapat dah ya...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template