26.1.10

Tahniah KISAS: Sekolah Berprestasi Tinggi

Alhamdulillah KISAS atau nama sebenarnya Kolej Islam Sultan Alam Shah, terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi semalam. KISAS atau lebih dikenali sebagai Bumi Waqafan dikalangan warganya, dipilih atas kriteria berikut:
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
KISAS dinamakan Bumi Waqafan, kerana tapak sekolah ini diwakafkan oleh Sultan Alam Shah untuk dijadikan sekolah agama. Tujuan murni Sultan ialah untuk melihat sekolah ini mampu melahirkan para profesional dan alim ulama. Pejabat KISAS sekarang dahulunya merupakan Istana Jemaah tempat Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafudin Idris Shah diputerakan.

Dengan bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), KISAS mempunyai kuasa autonomi untuk:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
p/s: Harapan saya, disamping kejayaan yang KISAS tempa saban hari, kekalkanlah 5 perkara unik yang berada di KISAS. Teacher, Friends, Ukhuwwah, Tarbiyyah dan Biah Solehah. Amin.

Tahniah KISAS!
Continue Reading

25.1.10

Tips: Elakkan Sumber Makanan Mengantuk


Orang kata, breakfast like a King, lunch like a prince, dine like a pauper. Apalah maksudnya tu kan? Maksudnya pepagi kita makan banyak, lunch secara sederhana dan kurangkan mengambil makanan pada waktu malam.

Orang pun kata, breakfast ni penting untuk tenaga memulakan kerja. Tapi, perasan tak kalau breakfast mengantuk la pulak, lesu bahkan tidur dengan tanpa rasa bersalah di dalam dewan kuliah.

Kenapa?

Haaa. Tu sebab, kita tak pilih breakfast yang tepat. Kita sinonim makan nasi lemak, nasi minyak, roti canai dan sebagainya. Makan makanan yang tinggi lemak sebegini akan menyebabkan badan menjadi lesu. Masakan tidak, makanan sebegini lambat diproses untuk menjadikan tenaga.

Sebenarnya makanan berlemak sebegini diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Sebelum mereka bersawah, berladang dan melakukan kerja-kerja berat mereka menyantap dahulu sajian sedemikian.

Makanan yang sepatutnya kita makan semasa breakfast bagi mengelakkan kelesuan ialah:
  1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga
  2. Fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga
  3. Buah-buahan
  4. Air mineral
  5. Susu memberi anda banyak tenaga
Continue Reading

23.1.10

Bongkak: Usah Jadi Qarun


"Wow, Crocs kot. Baju Pierre Cardin. Kaya betul kau." ujar Faisal.

"Well, you know me. Kalau setakat Crocs ni, aku bawak masuk tandas kot. Tak main lah selipar Bowling. Nak main boling pun kena halau."

Amboi, bongkaknya dia ni. Monolog Faisal.

Allah mengurniakan nikmat kekayaan kepada segelintir manusia agar mereka yang diberikan amanah ini memakmurkan bumi Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk harta kekayaan dan memperlekeh golongan yang kurang berada.

Usah mendabik dada dengan kelebihan harta yang anda ada. Usah mencontohi insan bernama Qarun

Siapa Qarun ni?

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 76 yang bermaksud:

Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang sasa.

Kayakan Qarun ni? Anda sekaya dia ke? Mungkin tidak, tapi ada antara kita yang mempunyai kelebihan harta mula mencontohi sifat Qarun.

Allah berfirman pada ayat yang sama (al-Qasas:76)
"Janganlah engkau bermegah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah"
Terkadang saya mengamati, orang-orang kaya sering bermegah-megah dengan harta kekayaannya. Sehinggakan menunjuk-nunjuk dan merendahkan status harta orang lain.

Harta ni merupakan alat yang Allah kurniakan untuk meningkatkan lagi rasa kehambaan kepada-Nya. Bukan untuk menindas dan menunjuk-nunjuk.

Kerana kebongkakan Qarun, Allah memperkenankan doa Nabi Musa a.s supaya bumi menelannya. Kisah Qarun ni, jika anda membacanya, insyaAllah anda tak berani bongkak dengan harta kekayaan kita.

Alhamdulillah, saya ucapkan Barakallah kepada kenalan saya saudara Sah yang sifat dermawannya begitu mengagumkan.

Janji Allah itu pasti. Bagi mereka yang ikhlas menderma, Allah akan tambahkan nikmatnya.

p/s: Doakan saya berjaya lulus dalam peperiksaan yang bermula Isnin ni. Terima kasih.
Continue Reading

22.1.10

Tabloid iluvislam Edisi Pertama : Kini Di Pasaran

Syukur yang tidak terhingga, setelah akhbar pengenalan iluvIslam yang dilancarkan Disember lepas, hari ni 22 Januari 2010 merupakan tarikh bersejarah untuk kelahiran edisi pertama Tabloid IluvIslam.

InsyaAllah edisi kedua akan diterbitkan pada 19 Februari dan dengan izin Allah, pada bulan Mac, akhbar tabloid ini, akan diterbitkan pada setiap minggu.

Yang paling menarik minat saya ialah sisipan iluvikon iaitu memperkenalkan 5 pengasas iluvIslam yang 2 orang daripadanya merupakan rakan sekelas saya sewaktu tingkatan 5 dahulu. Tahniah bro. Usaha anda berdakwah ni amat tinggi nilainya.

Akhbar kali ini mengupas isu "Fahaman Islam: Mengapa Kita Berbeza?". Artikel-artikel yang menarik termasuklah, "Hadiah paling berharga", "Apa akan terjadi jika dunia tanpa azan", "Sebut Allah: Mengapa Sensitif" dan lain-lain lagi.

Akhbar ini hanya berharga RM2. InsyaAllah pelaburan anda akan bermanfaat.

Dapatkan dikedai-kedai berdekatan. InsyaAllah dimana ada Sinar Harian ada akhbar terbitan Karangkraf ini.

Continue Reading

20.1.10

Sahabat: Saya Sayang Kamu Kerana...


Sahabat. Skopnya meluas. Jika dikembangkan, ibu ayah boleh menjadi sahabat, isteri boleh dijadikan sahabat, anak-anak pun boleh. Dan, percaya atau tidak, syaitan pun boleh kita jadikan sebagai sahabat. Pilihlah yang mana satu pilihan kalbu.

Sesungguhnya, hidup kita di dunia bukan seorang. Tidak mungkin kita dapat hidup tanpa orang lain. Tidak mungkin kita bertahan hidup bersendirian. Mungkin boleh hidup. Namun, bahagiakah? Tiada berteman. Tiada bersahabat?

Dengan bersahabat, kita rasa bahagia. Masakan tidak. Ada orang yang bertanya khabar, menasihati, membakar semangat, berkongsi pendapat dan lain-lain

Sahabat membawa pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Jika anda fikirkan, kebanyakan pelajar, akan meluangkan masa yang lama bersama kawan-kawan berbanding dengan keluarga.

Jika sekolah berasrama, yang senior itulah abang, yang junior itulah adik. Warden yang garang tulah ayahanda, guru wanita itulah ibunda.

Senior saya disekolah dulu menyambut kami dengan ungkapan "Ahlan Wasahlan" yang membawa maksud jadilah ahli kami dan bersenang-lenanglah. Sangat mendamaikan.

Saya masih tersentuh. Jika bertemu sahabat-sahabat lama sekolah, pasti kami akan berpelukan, meskipun sudah lama berpisah. Dan, sahabat-sahabat sekarang tidak perlu bertanya: Solah, siapa tu?

Pemilihan rakan untuk menjadi sahabat itu amat penting. Rasulullah s.a.w bersabda:

Sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang, maka bertanyalah kepada jirannya (sahabatnya)

Nah, pentingkan memilih sahabat? Sahabat yang baik ialah mereka yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah. Kita bina ukhuwwah itu atas dasar iman. Saling lengkap melengkapi-takmil wa istikmal.

Sahabat saya disekolah dulu berpesan:

Semakin lama kita berkawan dengan seseorang, semakin kita kenal baik buruknya. Terimalah seadanya. Janganlah kamu mengeluh dan menyebarkan keburukan sahabat kamu. Lengkapkan kelemahannya. Tolonglah dia menunjukkan kekuatannya.

Sahabat yang baik ialah mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah. Imbalan ikatan ini ialah naungan di akhirat.

"Ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. 2 lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"

Sudahkah anda mempunyai sahabat? Binalah persahabatan atas dasar iman. Cinta-mencintai kerana Allah. Lengkap melengkapi.

Ungkapan Uhibbukafillah (Saya sayang kamu kerana Allah) sungguh mennyentuh jiwa.

Jadikan sahabat satu generator menuju Allah.

p/s: Gambar IluvIslam tu lirik nasyid. Siapa tahu?
Continue Reading

18.1.10

Ya, Kita Perlukan Tuhan


Anak siapa yang tak berbaju tu? Mak ayah dia tak jaga ke?

Ni yang naik angin satu badan ni, kambing ni sedap hati je makan pucuk pisang aku..Grrrr..

Pernahkan anda terdengar luahan rasa sebegini?

Cuba kita renungkan. Bagaimana jika anak-anak yang tidak dijaga dengan baik? Pastilah anak-anak dibiar berkeliaran tak berbaju, berhingus meleleh, berbau semacam, berdaki dan lain-lain. Boleh gambarkan? Itulah hakikat jika anak-anak yang tidak dijaga dengan baik.

Allah s.w.t berfirman ketika Nabi Musa bertemu dengannya di Bukit Tursina:
"Sesungguhnya Aku ialah Allah, tiada Ilah melainkan Aku, maka abdikanlah diri kepada Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku." (Taha:14)
Begitulah jua hakikatnya diri kita. Kita merupakan hamba kepada Tuan segala-galanya di jagat raya ini. Iaitu Allah Azza Wajalla. Tanpa Maha Bijaksana Tuhan yang mengaturkan sunnatullah alam, sudah pasti tunggang terbalik alam ini. Allah menjaga alam ini dengan

Tidak perlu jauh untuk memandang. Pandang diri kita. Meskipun kita banyak membuat noda. Banyak alpa kepada Allah, Allah tetap menjaga kita.

Allah beri kita nikmat akal, beri nikmat makan, beri nikmat menghirup udara, beri kita cubitan kasih supaya kembali kepadaNya dan macam-macam nikmat. Sesungguhnya Allah tidak lupakan kita.

Terkadang saya melihat ramai orang yang Allah kurniakan kepandaian yang tinggi. Mereka-mereka ini Allah pilih untuk mengambil kursus-kursus kritikal (perubatan, kejuruteraan, dan lain-lain).

Tapi orang-orang ini banyak melanggar arahan Allah. Solat Subuh tak..Hisap rokok..Minum Arak..Clubbing..Mencarut..

Ibaratnya, kebijaksanaan mereka yang superb ini, tidak mampu untuk bijaksana bagi mematuhi arahan Allah.

Namun, sifat ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah mengatasi segalanya. Allah tetap membenarkan orang-orang ni senang lenang hidup di atas dunia. Ya Allah, Engkau Tuhan Kami. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Nah, berfikirlah wahai sekalian hamba-hamba Allah. Kita memerlukan Tuhan. Marilah kita kembali kepada-Nya yang pasti menjaga kita.

Ketenangan itu pasti di bawah lembayung kasih Allah. Selangkah kita rapat, insyaAllah beribu hampirNya Allah pada kita. Mari cepat sebelum terlambat.

Continue Reading

17.1.10

Deli France: RM9.90 only!


Deli France menawarkan penjimatan melalui set makanannya. Kini, anda boleh makan:

Lasagna (Daging atau Ayam) @ Spagheti (Daging atau Ayam)

+

Mushroom Soup

+

Bread

+

Root Beer

dengan harga RM9.90 nett dari jam 12pm ke atas.

Selalunya, ada 10% servis caj + 5% cukai kerajaan. Kini, hanya RM9.90 anda boleh menikmati sajian di atas. Memang berbaloi-baloi.

Jadi, buat warga Kuantan, anda boleh ke Deli France berdekatan anda iaitu di Megamall.

p/s: Ada promosi menarik di Rasamas setiap Rabu 6-9pm...Nak tahu? tunggu entri terbaru dari saya insyaAllah.
Continue Reading

14.1.10

Tips: Bertatih Menjadi Baik

Assalamualaikum...hati (qalbun) merupakan seketul daging yang memerlukan pengorbanan dan kekuatan yang tinggi untuk menjaganya. Jika baik hati maka baiklah amalannya, jika hati buruk, maka buruklah amalannya.

Untuk menjadi baik, kita perlu melatih dan memaksa hati menjadi baik.

Saya mengerti sukar untuk menjadi baik setiap masa. Manusia yang bersifat lemah, tidak terlepas dari melakukan dosa.

Baru angkat mata sikit dah tengok aurat orang. Baru sebentar duduk berbual, tidak sedar berbicara yang bukan-bukan. Masa ambil wuduk, tidak sedar membazir air.

Maka, nak taknak proses penjagaan hati ini memerlukan usaha berterusan. Untuk itu, saya kongsikan amalan-amalan yang simple tapi berkesan.

Andai sama-sama kita istiqamah, insyaAllah, hati kita akan menjadi baik dan bersih. Dan, lebih ajaib, kita terdorong untuk menambah amal.

Contoh amalannya ialah:

  1. Memberi salam apabila bertemu rakan-rakan
  2. Senyum
  3. Sedekah seminggu seringgit
  4. Membaca ayat al-Quran (Ini senjata ampuh nak membersihkan hati, malas sangat, baca satu ayat sehari)
  5. Berzikir (secara lisan boleh, secara dalam hati boleh. Nah...terserah. InsyaAllah rasa ketenangan)
  6. Berdoa ditetapkan iman, tidak ditarikkan hidayah, pinta hati baru jika hati sudah tidak takut melakukan dosa dan doa yang baik-baik.
  7. Istighfar (Hayati istighfar ibarat dikatakan oleh Rabiatul Adawiyah "Istighfar atas istighfar")
  8. Selawat ke atas nabi (selepas solat boleh diamalkan membacanya sekali paling kurang)
  9. Jaga solat 5 waktu.

Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan yang simple tapi berkesan. Yang di atas jika sama-sama kita istiqamah, insyaAllah kita akan diberikan kekuatan untuk menambah amal ibadah.

Sebagai penutup, saya kongsikan satu hadis yang mafhumnya:
Hati itu boleh berkarat sepertimana karatnya besi. Maka, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w bertanya apakah yang dapat membersihkannya? Rasulullah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati.
Sama menghayati, sama mendidik hati
Continue Reading

13.1.10

Kenny Rogers: Buy One Free One


Alhamdulillahillazi Ata'mana Wasaqana Waja'lana Minal Muslimin

Saya baru sahaja bersama gerombolan pelajar-pelajar UIA dan pensyarah ke Kenny Rogers bagi menikmati hidangan set quarter ayam + side dish + muffin dengan harga hanya RM15.90. Penuh Kenny Rogers tu macam lautan merah.

Bila beli set quarter ayam hari ini, anda akan dapat another set of this quarter ayam

(Buy 1 Free 1).

Jadi, harga lepas tax 15 % ialah RM19.10. Bahagi 2: RM9.55. Memang berbaloi-baloi.

Nak air free, minta air suam. Beli soft drinks, RM5.50. Boleh refill.

Syaratnya mudah: Datang dengan berpakaian merah. Baju merah ke, seluar merah ke, jam merah ke, kasut merah ke, apa-apa aja la.

p/s: Jika pembelian melebihi RM60, anda berhak untuk mendapat kupon istimewa bernilai RM2-RM1000. It depends on your rezeki. Boleh guna kupon tu on the spot.
Continue Reading

12.1.10

Kunci Bahgia: Syukur & Qanaah


Aku tak suka orang yang pakai macam korang. Budget malaikat. Nak studi, pergi library, masuk kuliah. Bukan kat sini. Kat sini takda ketenangan. Takda kedamaian.

Aku bungkam. Tak berani mengangkat muka.

Apa duduk-duduk tak campur laki perempuan ni? Bodoh. Ayat Kursi hafal tak? Surah Yasin hafal? Takkan? Yang tahu mencarut, mencarut.

Aku tetap diam. Mengumpulkan kekuatan untuk berbicara.

"Sister, kalau kita ada depression boleh jadi gila ke?". Aku bersuara.

"Tak, orang yang ada depression akan develop depressive disorder." jawab pensyarahku.

Itu peristiwa yang berlaku di wad psikiatri (wad orang gila) tadi. Aku diam kerana bayangan sejarah depression yang aku alami keeps gushing into my mind. Alhamdulillah, sekarang dah sembuh.

Antara penawarnya, syukur dan Qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada)

Manusia sering berasa tidak tenteram. Meskipun sudah ada rumah besar, duit berkepuk-kepuk, isteri jangok (comel), kereta mewah, masih juga tercari-cari ketenangan yang abadi.

Mari bermuhasabah tentang konsep syukur. Rasa syukur ini menyebabkan kita rasa tenang, damai, aman. Jika elemen ini diterapkan dalam hidup, pasti berganda-ganda Allah akan tambah nikmat kepada kita.

Tak percaya?

Bacalah ayat al-Quran surah Ibrahim:7
Jika kamu bersyukur kepada-Ku, maka Aku akan tambahkan (nikmat-nikmat) kepada kamu, dan sesiapa yang kufur, sesungguhnyanya azab-Ku amat pedih
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah, akan menimbulkan rasa bahagia. Masalahnya kebanyakan manusia meletakkan status bahagia dengan pandangan materialistik. Lagi banyak duit lagi banyak bahagia. Betul ke?

Jelmaan rasa syukur itu ialah sifat qanaah. Cukup dengan apa yang ada. Cuba bayangkan kita memiliki sifat qanaah. Tidaklah kita dengki dengan kelebihan yang ada pada orang lain. Takdalah sifat takabur dan riak bersarang di hati. Tidaklah rasa tidak puas hati dengan apa yang ada. Bahagiakan ada sifat qanaah?

Bersyukurlah...insyaAllah anda bahagia =)
Continue Reading

10.1.10

Pamasi Fc-Juara!

Alhamdulillah, untaian syukur dipanjat kepada Rabbul Jalil kerana mengizinkan Pamasi Fc menggondol kejuaraan bola sepak antara fakulti di UIA Kuantan petang tadi. Kejayaan ini sukar untuk saya ungkap dengan kata-kata. Masakan tidak, inilah kali pertama kami menjadi juara!

Wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar di muka para pemain. Para penyokong memang sudah berbondong-bondong memenuhi tempat penyokong sebelum tiupan wisel lagi. Kami semua amat menantikan detik Pamasi FC menjadi juara. Dan, akhirnya…sepakan penalti daripada Kapten pasukan, Shahmin Hasan menjelmakan emas kejohanan buat kami.

Pamasi FC mengalahkan Medic FC melalui sepakan penalti 4-2

Tahniah buat semua para pemain, Amirul, Shahmin, Aizudin, Latfi, Adi, Mustakim, Ejad, Yob, Abqari, Mahmud, Asyraf dan pemain-pemain simpanan. Kerja keras dan semangat berpasukan anda membuktikan bahawa kita boleh. Pamasi FC boleh!

Saya memuji kecekapan penjaga gawang, saudara Amirul kerana terpaksa mengeluarkan jurus-jurus terbang untuk menyelamatkan keadaan. Syabas Bro! Two thumbs up

Akhirnya tahniah yang tiada penghujungnya buat semua. Ini kejayaan Pamasi FC! Ini kejayaan IPhA! Ini kejayaan Fakulti!

Tahniah. Alhamdulillah. Terima kasih wahai Tuhanku.

Continue Reading

DOTA?


Alhamdulillah. Hari Ahad yang tenang ini, saya bersyukur meskipun ramai manusia yang bersikap introvert (self-centred), masih ramai lagi manusia yang sanggup menghulurkan bantuan tatkala manusia lain amat memerlukannya. Masih ada manusia yang meskipun tiada pertalian darah, memerah keringat dan buah fikiran untuk kemaslahatan umat. Alhamdulillah.

Saya bersyukur. Dalam dunia yang terbakar dengan kejahilan dan kebobrokan akhlak manusia, masih ramai pemuda yang bersekang mata menghidupkan malam dan mengisi siang dengan amal ibadah serta perkara-perkara yang bermanfaat.

Entri DOTA bukan merujuk kepada game Defense of The Ancient, tapi Dunia Orang Tanpa Arah. Tiada jati diri. Just follow the flow. Tak kisahlah salah ke tak, dia main ikut saja.

Contoh: "Nah sebatang. Kau try dulu. Best tahap petala ni, shial."
"Lawanya doh perempuan tu, ko pila ngorat. Ada beran?"

Kita nampak tak kalau orang kurang prinsip hidup, dia akan ikut sahaja ajakan-ajakan yang cenggini. Lagi satu, saya kurang gemar orang yang mengamalkan perkataan shial, doh (bodoh?), bull shit, babi dalam ayat-ayat mereka. Macam rendah moral saja. Apa pendapat anda?

Cuba amati kisah di bawah:

One foggy night at sea the captain of the ship saw what looked like the lights of another ship heading towards him. He had his signalman contact the other ship by light.

The message was: "Change your course 10 degrees to the south"

The reply came back: "Change your course 10 degrees to the north"

Then the captain answered: " I am the captain, so you change your course 10 degrees to the south"

Reply: "I am a seaman first class-change your course 10 degrees to the north"

This last exchange really infuriated the captain, so he signaled back: "I am a battleship-change your course 10 degrees to the south"

Reply: "And I am a lighthouse. Change your course 10 degrees to the north!"

Itulah kisahnya, apa yang anda dapat dari kisah ini?

p/s: Bagi saya, ada prinsip yang apabila dibahas, semua orang akan ikut. Rasulullah telah bersabda bahawa jika kamu berpegang dengan al-Quran dan As-sunnah, kamu tidak akan sesat buat selama-selamanya. Itulah prinsip kita kat dunia.

Ilmu fardhu ain perlu kuat. Ilmu akhirat dan dunia ni luas. Timbalah ilmu, supaya kita punya arah tuju.
Continue Reading

8.1.10

Apakah Personaliti Anda?

Setiap hari kita berjumpa dengan ramai orang. Ada orang yang kita selesa, tidak kurang juga yang menyebabkan satu badan jadi panas. Bagaimana nak menangani individu-individu ini? Sebelum nak orang memahami kita, kita seharusnya faham diri kita dan seterusnya memahami diri orang lain.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan empati? Empathy involves understanding another's heart, mind and spirit. To gain empathy for another person, we must listen to them with our eyes and hearts, as well as our ears.

Tapi kebanyakan orang tidak menjadi pendengar yang baik. Mereka sibuk menapis maklumat yang dituturkan menurut persepsi diri sendiri. Sepatutnya mereka mendengar dan memahami orang lain punya permasalahan. Seperti meletak diri kita di tempat orang yang bertutur.

Jadual di bawah menunjukkan jenis personaliti orang, dan bagaimana cara-cara menangani mereka:

PERSONALITY TYPE

CHARACTERISTICS

HOW TO DEAL?

TANK

Forceful Personality; tend to go to tirades

Hold on to your opinion or intention

Be brief;

Interrupt the attack

SNIPER

Make nasty personal comments in public

Stop speaking

Look directly at sniper

Ask direct question

GRENADE

Hide anger until they cannot take it anymore; scream

Get their attention

Quickly get to the underlying problem

KNOW-IT-ALL

Extremely knowledgeable

Closed minded

Think nobody else is as good as them

Know your information

Present your view hypothetically

THINK-THEY-KNOW-IT-ALL

Exaggerate

Gloss over unknown details

Ask for clarification on specifics

YES

Want to please

Promise unrealistic things

Help them manage time

Make them commit to finish things

MAYBE

Cannot or will not make a decision

Help them build a decision-making process

NOTHING

Refuse to speak up

Try to guess what is bothering them

Ask open-ended questions

NO

Focus on the negative

Use them to find potential problems in a plan of action

Bring up negative items before they do

WHINER

Constantly complain

Focus on positive



p/s: Jadi, apa personaliti anda? Siapa disekeliling anda yang ada ciri-ciri di atas? Berjayakah anda menanganinya?
Continue Reading

7.1.10

Tergigit Dengan Sirah



Kini tiba minggu ke-5 semester terakhir saya. Itu bermakna, saya sudah ke wad untuk berjumpa pesakit. Makanya, masa perlu dibunuh untuk menukilkan entri di blog ini. Kali ini, saya ingin menulis tentang budaya membaca.

Membaca memberikan anda ilmu yang berterusan. Dengan ilmu, kehidupan kita lebih bermakna. Tidaklah kita merasakan fikiran kita kosong, dan jati diri kita lemah. Malah, dengan membaca, anda akan melihat sesuatu perkara dengan lebih matang.

Bahan bacaan itu pelbagai. Ada biografi, komik, majalah, buku ilmiah, jurnal, surat khabar dan sebagainya. Ada orang berpendapat, hendak mengenal orang, kita lihat apa bahan bacaannya.

Kalau orang beli majalah Mempelam (bukan nama sebenar), pasti dia suka meng'update' kisah-kisah artis kat Malaysia ni. Kalau orang beli majalah Solusi, pasti orang ini ada usaha untuk memperbaik diri.

Dalam banyak-banyak bahan bacaan, novel selalunya orang cari. Ombak Rindula, Cinta Adam dan Hawa, Rooftop Rant dan banyak lagi. Kalau buku-buku sains Sosial, memang sikitlah pembacanya.

Percaya atau tidak, Sirah itu genre dia tidak lari banyak dari novel. Penceritaan tentang kisah Rasulullah, para sahabat, ilmuan Islam amat menarik untuk dibaca. Gaya bahasa yang santai tapi bermanfaat bisa menggigit hati-hati pembaca.

Justeru, kerana tidak kenal, maka tidak cinta, bacalah juga Sirah junjungan besar Muhammad s.a.w, supaya hati dididik untuk mencintai Nabi.

Ada 3 bahan bacaan yang baik untuk dibaca:


1) Al-Raheeq al-Makhtum (The Sealed Nektar) karangan Sheikh Mubarak Furi
2) Muhammad: Based on Early Sources karangan Martin Lings/Muhammad Abu Bakr Syrajudin
3) Fiqh Sirah (3 Jilid) karangan Sheikh Sai'd Ramadhan al-Buuty

p/s: Saya pun belum membaca buku-buku berkenaan, insyaAllah satu masa yang lapang nanti.

Continue Reading

4.1.10

Menfleksibelkan Hati


Assalamualaikum

Hari ini saya nak memperkatakan tentang organ terpenting iaitu hati. Penting woo mesti kena baca!

Hati ini saya ibaratkan seperti bejana. Tapi yang ajaibnya, bejana ini fleksibel. Fleksibel jika dilatih untuk fleksibel. Jika tidak dilatih, bejana (hati) tersebut akan keras. Apabila keras, sudah tidak fleksibel untuk menerima teguran dan nasihat.

Kerana hati ini fleksibel, kita kena isi dengan air-air hikmah. Secara tuntas, kita harus isi benda-benda yang baik sahaja ke dalam hati. Yang buruk-buruk kita guna HEPA filter. Barulah bejana tadi menakung manisan bukan tuba.

Kenapa pentingnya hati yang fleksibel?

Sebab, kita semua ini sudah dewasa. Apabila dewasa, ego kita tinggi. Susah untuk bertolak-ansur. Sukar untuk berlapang dada. Payah untuk menerima pendapat orang lain. Ada sahaja tak kena.

Benda ini terjadi kerana kita tidak latih hati untuk fleksibel. Kerna, hati kita tidak dilatih untuk menerima.

Kerana itulah, kita harus berlapang dada. Iaitu salamatus sadr. Dengan berlapang dada, kita mudah terduduk dibangku muhasabah, membenarkan teguran dan nasihat datang mengetuk hati kita. Tidak mudah melenting, biarpun terasa keperitannya.

Tidak Menunggu Sempurna

Dan, kita selalu mempersoalkan:

Diri sendiri tak betul, ada hati nak ajak-ajak orang...

Cam bagusla dia ni, macam tuuut...

Hafal al-Quran pun tak, Maahad Tahfiz lagi tak pernah jejak, nak kata good, tak...(cam pantun 3 kerat lak)

Kawan-kawan, ingat tak apa yang dikatakan oleh Allayarham Sheikh Mustapha Masyhur:

Islah nafsak, wad’u ghairak

Ramai orang salah faham kata-kata ini dengan menafsirkan seperti berikut:

“Perbaiki diri dulu, baru ajak orang lain”

Sebenarnya, benda ni concurrent..not one after another...kena buat serentak yakni baiki diri dan ajak orang lain. Lagipun, tak pulak ayat tu jadi "Islah nafsak, thumma ud'u ghairak".Thumma beerti kemudian.

Kenapa ya?

Sebab manusia tidak akan sampai taraf sempurna. Allah yang Maha Sempurna.

Kesimpulan

1) Fleksibelkan hati. Jangan mudah melenting dengan teguran dan nasihat orang. Diorang tegur, sebab sayang. Caring is Loving kaaan?

2) Bersikap toleransi. Kita selalu berbeza pendapat. Ada yang nak itu, orang lain nak ini. Cuba renung kata-kata John F. Kennedy ni, "If we cannot now end our differences, at least we can make the world safe for diversity".

3) Semua orang adalah daie. Kita ni hidup kena tolong-menolong atas perkara kebaikan. Makanya, semua orang perlu ingat-mengingati. Barulah kita menuju khaira ummah.
Continue Reading

3.1.10

Geng Blogger...Hot Stuff!

Ini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog anda ke serata Malaysia. Setelah nuffnang, Gengblogger lebih 'user-friendly' untuk para bloggers mempromosikan blog dalam bahasa ibunda yakni Bahasa Melayu. Bahasa 1 Malaysia.

Dengan menurut 3 langkah mudah iaitu

1) Daftar
2) Login ke GengBlogger
3) Ping Blog Anda

insyaAllah, ada insan-insan yang tergerak hati untuk melawat blog anda. Semalam baru saja, saya mendaftar...siap tak upload gambar. Tapi dah 13 orang datang dari Gengblogger. Mudahnya.

Secara tuntas, Gengblogger ialah usaha yang murni untuk mempromosikan blog dengan menggunakan sedikit usaha.

Apa yang ditunggu lagi. Layarilah gengblogger.com atau klik pada banner Gengblogger di blog saya ini

p/s: Nampaknya, blog saya semakin kurang pengunjungnya. Minta saranan dari rakan-rakan. Terima kasih.
Continue Reading

1.1.10

1 Januari vs 1 Muharram


Semalam, sebelum 2009 melabuhkan tirainya, berpusu-pusu orang keluar untuk merayakan tarikh ketibaan tahun baru 2010. Di mana? Pelbagai tempat. Ada di depan tv, ada di Dataran Merdeka, ada di KLCC, ada yang ke luar negara menyambutnya. Saya pula membuat kerja tambahan menjadi peneman penunjuk jalan, orang yang bakal membina masjid =).

Cuba bertanya kembali kepada diri, perlukah kita ke tempat sedemikian? Apa signifikannya? Apa yang kita dapat? Lupakah azam 1 Muharram kita?-itupun jika ada.

Kebetulan tarikh 1 Jan dan 1 Muharram berdekatan. Seolah-olah satu ujian daripada Allah untuk melihat manusia mana, di dalam bulan Allah haramkan berperang ini, masih ingat kepada pengorbanan hijrah Rasulullah.

Hijrah Rasul

Ingat lagi bagaimana sahabat-sahabat Muhammad s.a.w yang terseksa dengan sekatan ekonomi kaum Quraisy terhadap mereka di bumi Makkah? Ada yang merebus batu-batu untuk melapik perut yang lapar. Ada yang menjadikan rumput-rumput sebagai makanan. Besar pengorbanan Nabi dan para sahabat.

Nabi Muhammad sebagai pemimpin yang empati, mencari tempat berlindung. Di Taif baginda tidak disambut mesra. Di Habsyah, sahabat-sahabat yang di Makkah, diseksa lebih teruk. Akhirnya, kota bercahaya Madinatul Munawwarah menerima golongan Muhajirin yang sehelai sepinggang berhijrah. Penuh kekurangan, penuh kedaifan.

Sehinggakan sahabat baginda Muhammad, Shuhaib ar-Rumi disekat daripada melakukan hijrah dengan harta kekayaannya. Beliau merayu agar ditinggalkan nyawanya sahaja dan ambillah segala kekayaannya. Allah menurunkan satu ayat (al-Baqarah:207) atas pengorbanan sahabat Rasulullah ini.

Hijrah Kita

Dalam kita duk melaungkan Hijrah, ada lagi kes tersumbat tandas awam. Apabila di selidik, mayat di dalam saluran puncanya.

Dalam kita menggemakan Hijrah, ada lagi kisah mayat dicampak di dalam tong sampah. Merengek-rengek sebelum menghembuskan nafas dunia kembali ke TuhanNya.

Memang benar, bukan esok 2 Jan kes pembuangan bayi meningkat. Dosa itu akan dilihat beberapa bulan lagi. Mungkin di suku kedua tahun 2010, kes akan meningkat?

Akhirnya

Alhamdulillah, saya tengok kesedaran semakin menebal di dalam dunia yang penuh kebejatan sosial ini. Usaha masyarakat, badan bertanggungjawab dan badan bukan kerajaan membanteras maksiat seharusnya memberikan ketukan di kepala orang-orang yang sukar disentuh hatinya.

Ingatlah hijrah Rasulullah dan para sahabat. Payahnya. Sukarnya. Kerana mempertahankan Islam, iman, sanggup direbus hidup-hidup, sanggup dihempap batu, sanggup disula. Baru 1 Muharram berlalu, 1 Januari menjelma. Signifikan 1 Muharram itu lebih besarkan?.

Usah disambut 1 Januari dengan penuh kemaksiatan. Berkumpul dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, terkinja-kinja menanti detik 12 tengah malam, tergedik-gedik mengikut gerak tari artis-artis.

p/s: Entri dinukilkan hasil inspirasi daripada Ustaz Dasuki A.R. Khutbah di Masjid Kota Damansara penuh tegas dan lantang. Amy Search siap pakai jubah putih lagi mari sembahyang. =)
Continue Reading
Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template