Semalam, sebelum 2009 melabuhkan tirainya, berpusu-pusu orang keluar untuk merayakan tarikh ketibaan tahun baru 2010. Di mana? Pelbagai tempat. Ada di depan tv, ada di Dataran Merdeka, ada di KLCC, ada yang ke luar negara menyambutnya. Saya pula membuat kerja tambahan menjadi peneman penunjuk jalan, orang yang bakal membina masjid =).
Cuba bertanya kembali kepada diri, perlukah kita ke tempat sedemikian? Apa signifikannya? Apa yang kita dapat? Lupakah azam 1 Muharram kita?-itupun jika ada.
Kebetulan tarikh 1 Jan dan 1 Muharram berdekatan. Seolah-olah satu ujian daripada Allah untuk melihat manusia mana, di dalam bulan Allah haramkan berperang ini, masih ingat kepada pengorbanan hijrah Rasulullah.
Hijrah Rasul
Ingat lagi bagaimana sahabat-sahabat Muhammad s.a.w yang terseksa dengan sekatan ekonomi kaum Quraisy terhadap mereka di bumi Makkah? Ada yang merebus batu-batu untuk melapik perut yang lapar. Ada yang menjadikan rumput-rumput sebagai makanan. Besar pengorbanan Nabi dan para sahabat.
Nabi Muhammad sebagai pemimpin yang empati, mencari tempat berlindung. Di Taif baginda tidak disambut mesra. Di Habsyah, sahabat-sahabat yang di Makkah, diseksa lebih teruk. Akhirnya, kota bercahaya Madinatul Munawwarah menerima golongan Muhajirin yang sehelai sepinggang berhijrah. Penuh kekurangan, penuh kedaifan.
Sehinggakan sahabat baginda Muhammad, Shuhaib ar-Rumi disekat daripada melakukan hijrah dengan harta kekayaannya. Beliau merayu agar ditinggalkan nyawanya sahaja dan ambillah segala kekayaannya. Allah menurunkan satu ayat (al-Baqarah:207) atas pengorbanan sahabat Rasulullah ini.
Hijrah Kita
Dalam kita duk melaungkan Hijrah, ada lagi kes tersumbat tandas awam. Apabila di selidik, mayat di dalam saluran puncanya.
Dalam kita menggemakan Hijrah, ada lagi kisah mayat dicampak di dalam tong sampah. Merengek-rengek sebelum menghembuskan nafas dunia kembali ke TuhanNya.
Memang benar, bukan esok 2 Jan kes pembuangan bayi meningkat. Dosa itu akan dilihat beberapa bulan lagi. Mungkin di suku kedua tahun 2010, kes akan meningkat?
Akhirnya
Alhamdulillah, saya tengok kesedaran semakin menebal di dalam dunia yang penuh kebejatan sosial ini. Usaha masyarakat, badan bertanggungjawab dan badan bukan kerajaan membanteras maksiat seharusnya memberikan ketukan di kepala orang-orang yang sukar disentuh hatinya.
Ingatlah hijrah Rasulullah dan para sahabat. Payahnya. Sukarnya. Kerana mempertahankan Islam, iman, sanggup direbus hidup-hidup, sanggup dihempap batu, sanggup disula. Baru 1 Muharram berlalu, 1 Januari menjelma. Signifikan 1 Muharram itu lebih besarkan?.
Usah disambut 1 Januari dengan penuh kemaksiatan. Berkumpul dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan, terkinja-kinja menanti detik 12 tengah malam, tergedik-gedik mengikut gerak tari artis-artis.
p/s: Entri dinukilkan hasil inspirasi daripada Ustaz Dasuki A.R. Khutbah di Masjid Kota Damansara penuh tegas dan lantang. Amy Search siap pakai jubah putih lagi mari sembahyang. =)

4 comments:
salam menziarah..
terima kasih atas perkongsian dan teguran..
terima kasih kerana ziarah :e:
Nak buat mcm mana, kalo masih ada program sebegitu dibenarkan berjalan oleh kerajaan,sudah tentulah akan masih ada kemaksiatan.Mana mungkin ada konsert menyanyi,tp xada penonton langsung?Iye lah,iman kita mampu mengawal diri.Tp mampukah iman kita menghalang org lain?Teguran dan nasihat boleh diberi,tetapi sejauh mana berkesan jika promosi kemaksiatannya begitu gempak sekali..Kesimpulannya, patutkah kita sokong kerajaan yg sebegini???Mmg kerajaan masih ada jasanya kpd kita, tetapi dlm Islam yg hak xboleh dicampur dgn batil..Kalo bercampur dgn batil,maka batillah keseluruhannya..Haha..Apa aku tulis nih???
anonymous ni macam kenal je...
hehe
terima kasih atas sokongan tak bertepi :c:
Post a Comment