"Wow, Crocs kot. Baju Pierre Cardin. Kaya betul kau." ujar Faisal.
"Well, you know me. Kalau setakat Crocs ni, aku bawak masuk tandas kot. Tak main lah selipar Bowling. Nak main boling pun kena halau."
Amboi, bongkaknya dia ni. Monolog Faisal.
Allah mengurniakan nikmat kekayaan kepada segelintir manusia agar mereka yang diberikan amanah ini memakmurkan bumi Allah. Bukan untuk menunjuk-nunjuk harta kekayaan dan memperlekeh golongan yang kurang berada.
Usah mendabik dada dengan kelebihan harta yang anda ada. Usah mencontohi insan bernama Qarun
Siapa Qarun ni?
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Qasas ayat 76 yang bermaksud:
Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang sasa.
Kayakan Qarun ni? Anda sekaya dia ke? Mungkin tidak, tapi ada antara kita yang mempunyai kelebihan harta mula mencontohi sifat Qarun.
Allah berfirman pada ayat yang sama (al-Qasas:76)
Harta ni merupakan alat yang Allah kurniakan untuk meningkatkan lagi rasa kehambaan kepada-Nya. Bukan untuk menindas dan menunjuk-nunjuk.
Kerana kebongkakan Qarun, Allah memperkenankan doa Nabi Musa a.s supaya bumi menelannya. Kisah Qarun ni, jika anda membacanya, insyaAllah anda tak berani bongkak dengan harta kekayaan kita.
Alhamdulillah, saya ucapkan Barakallah kepada kenalan saya saudara Sah yang sifat dermawannya begitu mengagumkan.
Janji Allah itu pasti. Bagi mereka yang ikhlas menderma, Allah akan tambahkan nikmatnya.
p/s: Doakan saya berjaya lulus dalam peperiksaan yang bermula Isnin ni. Terima kasih.

"Janganlah engkau bermegah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang bermegah-megah"Terkadang saya mengamati, orang-orang kaya sering bermegah-megah dengan harta kekayaannya. Sehinggakan menunjuk-nunjuk dan merendahkan status harta orang lain.
Harta ni merupakan alat yang Allah kurniakan untuk meningkatkan lagi rasa kehambaan kepada-Nya. Bukan untuk menindas dan menunjuk-nunjuk.
Kerana kebongkakan Qarun, Allah memperkenankan doa Nabi Musa a.s supaya bumi menelannya. Kisah Qarun ni, jika anda membacanya, insyaAllah anda tak berani bongkak dengan harta kekayaan kita.
Alhamdulillah, saya ucapkan Barakallah kepada kenalan saya saudara Sah yang sifat dermawannya begitu mengagumkan.
Janji Allah itu pasti. Bagi mereka yang ikhlas menderma, Allah akan tambahkan nikmatnya.
p/s: Doakan saya berjaya lulus dalam peperiksaan yang bermula Isnin ni. Terima kasih.

4 comments:
penah gak dengar cerita qarun masa skolah2 dulu.. tapi orang cakap istilah harta karun tu berasal dari cerita si qrun nilah...
Memang menarik cerita Qarun. Harta punya banyak smpaikan kunci2 peti hartanya saja hampir tak terdaya oleh seorang yang gagah utk memikulnya. Baru kunci, belum harta sebenar lagi.
Semoga berjaya Solah. Insyallah
Selamat study. Moga sukses.
Moga Allah membukakan pintu-pintu hati manusia bersifat Qarun ini, kembali ke jalanNya.
p/s Selamat menempuh imtihan, Solah. Najah bittaufiq, insyaAllah.
Post a Comment