14.1.10

Tips: Bertatih Menjadi Baik

Assalamualaikum...hati (qalbun) merupakan seketul daging yang memerlukan pengorbanan dan kekuatan yang tinggi untuk menjaganya. Jika baik hati maka baiklah amalannya, jika hati buruk, maka buruklah amalannya.

Untuk menjadi baik, kita perlu melatih dan memaksa hati menjadi baik.

Saya mengerti sukar untuk menjadi baik setiap masa. Manusia yang bersifat lemah, tidak terlepas dari melakukan dosa.

Baru angkat mata sikit dah tengok aurat orang. Baru sebentar duduk berbual, tidak sedar berbicara yang bukan-bukan. Masa ambil wuduk, tidak sedar membazir air.

Maka, nak taknak proses penjagaan hati ini memerlukan usaha berterusan. Untuk itu, saya kongsikan amalan-amalan yang simple tapi berkesan.

Andai sama-sama kita istiqamah, insyaAllah, hati kita akan menjadi baik dan bersih. Dan, lebih ajaib, kita terdorong untuk menambah amal.

Contoh amalannya ialah:

  1. Memberi salam apabila bertemu rakan-rakan
  2. Senyum
  3. Sedekah seminggu seringgit
  4. Membaca ayat al-Quran (Ini senjata ampuh nak membersihkan hati, malas sangat, baca satu ayat sehari)
  5. Berzikir (secara lisan boleh, secara dalam hati boleh. Nah...terserah. InsyaAllah rasa ketenangan)
  6. Berdoa ditetapkan iman, tidak ditarikkan hidayah, pinta hati baru jika hati sudah tidak takut melakukan dosa dan doa yang baik-baik.
  7. Istighfar (Hayati istighfar ibarat dikatakan oleh Rabiatul Adawiyah "Istighfar atas istighfar")
  8. Selawat ke atas nabi (selepas solat boleh diamalkan membacanya sekali paling kurang)
  9. Jaga solat 5 waktu.

Banyak lagi sebenarnya amalan-amalan yang simple tapi berkesan. Yang di atas jika sama-sama kita istiqamah, insyaAllah kita akan diberikan kekuatan untuk menambah amal ibadah.

Sebagai penutup, saya kongsikan satu hadis yang mafhumnya:
Hati itu boleh berkarat sepertimana karatnya besi. Maka, sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w bertanya apakah yang dapat membersihkannya? Rasulullah menjawab: membaca al-Quran dan mengingati mati.
Sama menghayati, sama mendidik hati

9 comments:

Pakaian Adat Melayu Riau on January 14, 2010 at 9:19 AM said... [Reply to comment]

nicepost.. sangat bermanfaat.... :D

Pakaian Adat Melayu Riau on January 14, 2010 at 9:20 AM said... [Reply to comment]

aku dah follow blog awak tu.. gantian yah.. :D
keep spirit.. keep blogging.. :D

Salahuddin Harith on January 14, 2010 at 9:41 AM said... [Reply to comment]

terima kasih atas sokongan...orang riau di bumi kuantan?

Anonymous said... [Reply to comment]

Oh! Betapa ramai yg membiarkan hati dikotori sedangkan ia dilahirkan dlm keadaan yg amat suci dan bersih seperti kain yg putih.. Masih belum terlambat utk kita bertaubat memohon ampun drpd Allah krn sebesar2 dosa kita, Maha Besar lg pintu keampunan Allah.. Taubat & taubatlah sepanjang masa.. Berusahalah setekunnya utk meninggalkan segala dosa yg kita pernah lakukan.. Seorang yg soleh dan bertaqwa bukanlah seorang yg tiada dosa.. Tetapi mereka ialah org yg berusaha melakukan kewajipan/kebaikan kpd Allah serta berusaha meninggalkan dosa/larangan Allah setekun2nya.. Terima kasih blogger yg byk menulis ke arah kebaikan manusia sejagat..
~Pengunjung senyap~

Salahuddin Harith on January 15, 2010 at 7:41 AM said... [Reply to comment]

to pengunjung senyap..
terima kasih atas sokongan yang tidak bertepi...betul seperti yang dikatakan, kita lahir putih bersih..setitik noda maknanya setitik bintik hitam di hati.

satu dosa yang kecil mampu tidak membangunkan seseorang untuk mengerjakan qiyamullail...

kerana itu, istighfar perlu diamalkan..sedangkan Rasulullah yang ma'sum banyak beristighfar, apetah lagi kita manusia yang tidak bertaraf rasul ni..

Anonymous said... [Reply to comment]

Waaa bagus topik nie , haah nak jaga hati bukannya senang.

Salahuddin Harith on January 17, 2010 at 3:05 PM said... [Reply to comment]

to touya
memang payah...lalai dari mengingati Allah sekejap sahaja..syaitan akan menjadikan hati kita sebagai sarang...sesungguhnya syaitan merupakan musuh kamu yang nyata.

morsmode on July 30, 2010 at 5:36 PM said... [Reply to comment]

hmm..
byk dosa sy nih..
ish.

Anonymous said... [Reply to comment]

help me a lot
thanks...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template