26.1.10

Tahniah KISAS: Sekolah Berprestasi Tinggi

Alhamdulillah KISAS atau nama sebenarnya Kolej Islam Sultan Alam Shah, terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi semalam. KISAS atau lebih dikenali sebagai Bumi Waqafan dikalangan warganya, dipilih atas kriteria berikut:
  • Pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Melahirkan personaliti unggul.
  • Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
  • Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
  • Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.
KISAS dinamakan Bumi Waqafan, kerana tapak sekolah ini diwakafkan oleh Sultan Alam Shah untuk dijadikan sekolah agama. Tujuan murni Sultan ialah untuk melihat sekolah ini mampu melahirkan para profesional dan alim ulama. Pejabat KISAS sekarang dahulunya merupakan Istana Jemaah tempat Sultan Selangor sekarang, Sultan Sharafudin Idris Shah diputerakan.

Dengan bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), KISAS mempunyai kuasa autonomi untuk:
  • Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
  • Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
  • Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
  • Memanjangkan waktu persekolahan.
  • Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
  • Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
  • Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
  • Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
  • Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
  • Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
  • Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
  • Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
p/s: Harapan saya, disamping kejayaan yang KISAS tempa saban hari, kekalkanlah 5 perkara unik yang berada di KISAS. Teacher, Friends, Ukhuwwah, Tarbiyyah dan Biah Solehah. Amin.

Tahniah KISAS!

7 comments:

Ibu Ammar on January 26, 2010 at 6:18 PM said... [Reply to comment]

tahniah..

luvly mya on January 26, 2010 at 6:43 PM said... [Reply to comment]

congratez!!

rijalnaif on January 26, 2010 at 8:12 PM said... [Reply to comment]

Sekolah yang termasuk kriteria di atas juga ialah STF,SDAR,SSAS,MCKK,TKC,SSP, MOZAC,SEMESRA dan xlupa SMSAH....huhu

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz on January 26, 2010 at 8:17 PM said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, bangga kerana pernah menjadi warganya=)

ISZA on January 26, 2010 at 9:50 PM said... [Reply to comment]

tahniah dari saya juga

aizuddin mohd noor on January 27, 2010 at 6:45 PM said... [Reply to comment]

tahniah kisas!!

Anonymous said... [Reply to comment]

tahniah.. KISAS BOLEH!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template