Sahabat. Skopnya meluas. Jika dikembangkan, ibu ayah boleh menjadi sahabat, isteri boleh dijadikan sahabat, anak-anak pun boleh. Dan, percaya atau tidak, syaitan pun boleh kita jadikan sebagai sahabat. Pilihlah yang mana satu pilihan kalbu.
Sesungguhnya, hidup kita di dunia bukan seorang. Tidak mungkin kita dapat hidup tanpa orang lain. Tidak mungkin kita bertahan hidup bersendirian. Mungkin boleh hidup. Namun, bahagiakah? Tiada berteman. Tiada bersahabat?
Dengan bersahabat, kita rasa bahagia. Masakan tidak. Ada orang yang bertanya khabar, menasihati, membakar semangat, berkongsi pendapat dan lain-lain
Sahabat membawa pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Jika anda fikirkan, kebanyakan pelajar, akan meluangkan masa yang lama bersama kawan-kawan berbanding dengan keluarga.
Jika sekolah berasrama, yang senior itulah abang, yang junior itulah adik. Warden yang garang tulah ayahanda, guru wanita itulah ibunda.
Senior saya disekolah dulu menyambut kami dengan ungkapan "Ahlan Wasahlan" yang membawa maksud jadilah ahli kami dan bersenang-lenanglah. Sangat mendamaikan.
Saya masih tersentuh. Jika bertemu sahabat-sahabat lama sekolah, pasti kami akan berpelukan, meskipun sudah lama berpisah. Dan, sahabat-sahabat sekarang tidak perlu bertanya: Solah, siapa tu?
Pemilihan rakan untuk menjadi sahabat itu amat penting. Rasulullah s.a.w bersabda:
Sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang, maka bertanyalah kepada jirannya (sahabatnya)
Nah, pentingkan memilih sahabat? Sahabat yang baik ialah mereka yang membantu kita mendekatkan diri kepada Allah. Kita bina ukhuwwah itu atas dasar iman. Saling lengkap melengkapi-takmil wa istikmal.
Sahabat saya disekolah dulu berpesan:
Sahabat yang baik ialah mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah. Imbalan ikatan ini ialah naungan di akhirat.
Sudahkah anda mempunyai sahabat? Binalah persahabatan atas dasar iman. Cinta-mencintai kerana Allah. Lengkap melengkapi.
Ungkapan Uhibbukafillah (Saya sayang kamu kerana Allah) sungguh mennyentuh jiwa.
Jadikan sahabat satu generator menuju Allah.
p/s: Gambar IluvIslam tu lirik nasyid. Siapa tahu?

Semakin lama kita berkawan dengan seseorang, semakin kita kenal baik buruknya. Terimalah seadanya. Janganlah kamu mengeluh dan menyebarkan keburukan sahabat kamu. Lengkapkan kelemahannya. Tolonglah dia menunjukkan kekuatannya.
Sahabat yang baik ialah mereka yang dapat mengingatkan diri kita kepada Allah. Imbalan ikatan ini ialah naungan di akhirat.
"Ada 7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. 2 lelaki yang berkasih-sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya"
Sudahkah anda mempunyai sahabat? Binalah persahabatan atas dasar iman. Cinta-mencintai kerana Allah. Lengkap melengkapi.
Ungkapan Uhibbukafillah (Saya sayang kamu kerana Allah) sungguh mennyentuh jiwa.
Jadikan sahabat satu generator menuju Allah.
p/s: Gambar IluvIslam tu lirik nasyid. Siapa tahu?

6 comments:
salam solah.. terima kasih atas peringatan..
"Semakin lama kita berkawan dengan seseorang, semakin kita kenal baik buruknya. Terimalah seadanya. Janganlah kamu mengeluh dan menyebarkan keburukan sahabat kamu. Lengkapkan kelemahannya. Tolonglah dia menunjukkan kekuatannya."
~br je lepas terasa ngn seseorang.. lupakan saja.. =)
to wirdiana
terima kasih menjadi pembaca tetap di sini
ya...dengan kawan-kawan ni, kita kena husnuzon banyak...itulah serendah-rendah ukhuwwah...
ada seorang alim ulama berkawan dengan seorang yang sudah lari dari jalan Allah...si alim ini tetap mahu ketemu dengan kawannya untuk membawanya ke arah kebaikan...
ada orang bertanya kepadanya: kenapa nak sibuk-sibuk?
si alim menjawab..dia sahabatku...aku mencintai dia kerana Allah...maka aku ada amanah untuk membawanya kembali kepada jalan Allah
Saya sayang kamu juga solah...
~Misteri Nusantara~
sahabat ibarat miracle!
hmmm, saya pun baru saja terpikir nak tulis pasal sahabat nie. saya pernah mendengar ungkapan, "Kamu ialah siapa sahabat kamu".
Bermakna, jika kita hendak mengetahui tingkah laku seseorang, lihatlah perangai sahabatnya. MUngkin selalunya kita susah hendak masuk dgn org yg fikrah berlainan.
to misteri nusantara
terima kasih sayang saya :t:
to nursarah
ya..sahabat ibarat miracle
to aaffan aka mocha ghost
betul kita susah masuk dengan orang yang banyak perbezaan dengan kita, tapi insyaAllah, kita semua hamba Allah, kita sujud pada Tuhan yang satu, mungkin sukar..cuma kena cari titik persamaan...n the ice will be broken..
Post a Comment