18.10.11

Budaya Kerja Orang Denmark

Bersama Harrie, supervisor
Pada tahun 2010, Forbes.com melaporkan orang Denmark ialah orang yang paling gembira di dunia. Salah satu faktor utama mereka gembira adalah kerana budaya kerja. Setelah beberapa lama di Denmark, saya terdedah dengan budaya kerja dan hidup orang Denmark yang baik untuk diperhatikan dan dicontohi.

Orang Denmark kurang formal

Semasa kuliah berjalan, saya terkejut juga dengan stail pakaian pensyarah. Dengan muka yakin, beliau pakai jeans 3/4 dan mengajar. Itu yang perempuan. Yang lelaki dengan T-shirt dan 'sweater' saja.

Rupa-rupanya macam itulah budaya mereka. Jika anda hendak hadir temuduga kerja di sini, tak perlulah memakai tali leher, kot dan sebagainya. Orang Danish akan berfikir anda "salesman". Cukup dengan jeans, baju kemeja dan kasut. Pakai pakaian 'leisure' saja. 

Orang Denmark 'enjoy' bekerja

Mereka amat menggemari apa yang mereka kerjakan. Pernah seorang pengutip sampah di temuduga oleh satu syarikat televisyen. Dia tidak merasa hina hanya kerana dia bekerja sebagai pengutip sampah. Orang ramai akan bertegur sapa dengannya dan menganggap pekerjaannya penting.

"Work life balance"

Ini merupakan satu budaya yang amat menarik minat saya. Jarang sekali mereka berada di tempat kerja selepas jam 4 atau 5 petang. Selepas kerja, mereka akan bersenam di gim, atau mengambil anak-anak dari sekolah dan tidak kurang juga beriadah di taman-taman yang menghijau di kota Copenhagen ini. 

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di sini juga merasainya. Setelah dia pulang, tidak wajib baginya mengangkat telefon dari pejabat. Mentaliti mereka, sekiranya tidak mengangkat telefon, itu bermakna pekerja tersebut sudah pulang ke rumah. Kalau di Malaysia, esoknya pasti ditegur bos kerana tidak mengangkat telefon. =)

"Work life balance' juga merupakan faktor bagi majikan untuk memilih pekerja. Mereka mahu melihat bakal pekerja mereka bukan hanya seorang yang rajin bekerja tetapi mempunyai aktiviti-aktiviti yang lain selepas waktu kerja. Mereka melihat pekerja mereka sebagai seorang manusia secara keseluruhannya.

Ketepatan Masa

Budaya ketepatan masa di Denmark amat saya puji. Jika pukul 10 pagi anda berjanji, mereka akan tiba awal 5 hingga 10 minit. Jika anda lewat, itu sudah memberikan persepsi yang kurang enak. 

Jika kelas bermula pada jam 8 pagi, maka pensyarah akan mulakan kelas pukul 8 pagi meskipun kehadiran belum penuh.

Aktiviti-aktiviti luar dan persatuan

Di Denmark terdapat beratus-ratus kelab dan persatuan untuk menepati hobi dan minat rakyatnya. Balik sahaja dari tempat kerja, mereka akan bermain, pergi ke kelas memasak dan melakukan pelbagai hobi yang lain. Hidup mereka bukan hanya tertumpu pada kerja tetapi pelbagai lagi aktiviti yang dapat mewarnai kehidupan, mengurangkan stress dan gembira untuk bekerja kembali.
Budaya berbincang

Di sini, anda berhak untuk bersuara untuk memberikan pendapat meskipun di hadapan anda ialah bos-bos besar. Orang Denmark ini saya boleh katakan sosialis. Jadi meskipun bos, tak semestinya kita perlu rasa ada batu penghalang untuk dijadikan kawan dan melontarkan idea. Satu kebiasaan bagi seorang bos untuk turun ke pantri dan membancuh kopi lalu bersembang dengan para pekerjanya.

Kesimpulan

Saya amat memuji budaya ketepatan masa dan 'work-life balance' rakyat Denmark.

p/s: Sumber tulisan ini ialah daripada beberapa ceramah kareer yang saya hadiri. Ceramah-ceramah ini disampaikan oleh orang Denmark dan expatriat yang bekerja di sini. Saya masih mahu pulang dan bekerja di tanah air.

8 comments:

NooR AzLen BinTi HaRoN on October 18, 2011 at 6:47 PM said... [Reply to comment]

assalammualaikum

mmg patut kita contohi budaya "menepati masa"..

Insyaallah jika kita terap nilai menepati masa ini tak akan wujud stigma "janji Melayu"

Salahuddin Harith on October 18, 2011 at 11:24 PM said... [Reply to comment]

@NooR AzLen BinTi HaRoNwaalaikumussalam,

benar.seharusnya orang yang mengaku Muslim harus menjadi yang terbaik. salah satunya dengan menepati masa.

musafir kehidupan on October 19, 2011 at 9:27 AM said... [Reply to comment]

MasyaAllah. Terasa bersemangat untuk mencontohinya..

naihusna on October 21, 2011 at 6:40 PM said... [Reply to comment]

Assalamualaikum,

Saya juga ada pengalaman bekerja selama 3 bulan di Norway. Cara hidup orang2 Scandinavia ni memang lebih kurang sama agaknya. Apa yang saudara ceritakan kat atas memang berlaku sepanjang saya bekerja di sana. Paling ketara, menepati masa. Kalau dah set meeting pukul 9 pg selama sejam, memang tepat-tepat habis meeting tu sejam. Yang mana baik, kita ikutlah.

Anonymous said... [Reply to comment]

peh . seronok brader kalau dapat worklife balance macamtu kalau dekat Malaysia ni. Kalaulah . ;)

Salahuddin Harith on October 22, 2011 at 2:10 AM said... [Reply to comment]

@naihusnawaalaikumussalam,memang benar. diorang amat menepati masa. sampai ada expatriat german pun kagum dengan ketepatan masa diorang. dalam kelas pun saya seronok. kelas sejam, tapi 45minit habis. jadi, pensyarah seterusnya boleh masuk dan mengajar tepat pada masa nya

Salahuddin Harith on October 22, 2011 at 2:11 AM said... [Reply to comment]

@Fakustatikpopulasi kita padat di Malaysia...mereka di Denmark ni baru 5.5juta lebih kurang. dah sebati kehidupan diorang utamakan keluarga. saya terkejut juga. baru pukul 2pm dah penuh supermarket. ;)

Irzz Wani on August 7, 2012 at 9:04 PM said... [Reply to comment]

Yep..setuju.Seronok bekerja di sana.Rindu suasana di Bergen,Norway..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template