![]() |
| Tumbuh kerna kasih-Nya (pic~deviantart) |
Tut tut. Bunyi itu keluar dari corong pembesar laptop serentak dengan terbitnya tetingkat chat di Facebook.
(Salwani): Salam Ina. Tengah buat apa tu?
(Salina): Waalaikumussalam. Tengah 'chat' dengan Wani.
(Salwani): Loyar buruk ya. Haha. By the way, Ina, aku ada masalahlah. Boleh tolong solve tak?
(Salina): Oh, bila ada masalah, cari Ina ya. Macam pegawai keselamatan pula. InsyaAllah, Allah pasti menolong. Ceritalah.
(Salwani): Macam ni Ina. Aku tak boleh cope belajar di France ni. Bayangkan, kuliah dalam French. Aku tak faham apa-apa. Nak belajar dengan kawan-kawan, aku seorang saja Melayu di universiti ni. Buntulah. Macammana aku nak pass exam ni.
(Salina): Wani, inilah tanda Allah kasih. Dia uji Wani.
(Salwani): Kasih? Apa maksudnya? Wani terseksa sangat dengan ujian ni. Menangis saja tiap hari.
(Salina): Ya, Allah kasih akan kita. Dengan ujian, Dia panggil balik kita supaya kembali kepada-Nya. Allah rindu kita berdoa, merintih, menangis, meratap meminta kepada-Nya.
(Salwani): Aku dah berdoa, Ina. Agar dipermudahkan urusan aku kat sini. Namun, setiap hari aku rasa down. Kawan-kawan lain pick up dalam kelas. Aku nganga sorang-sorang.
(Salina): Itu tanda tarbiyyah, Wani. Allah nak upgrade sifat sabar dan tawakal dalam diri. Dengan ujian, baru mapan iman. Betul tak Wani?
(Salwani): Logik jugak. Dengan ujian baru iman jadi kuat. Tanpa ujian kita berada di zon yang selesa, lantas berdikit-dikit lupa akan Tuhan.
(Salina): Haah, betul-betul. Lagi satu, kitakan hamba. Hamba hanya mampu berusaha, Allah yang mentakdirkan segala sesuatu. Jika apa yang kita usahakan tidak tercapai, kita kena redha dan beriman dengan Qada' dan Qadar Allah. Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
(Salwani): Betullah Ina. Kitakan hamba. Pemikiran kita terbatas. Setakat ini, aku tak mampu fikir apa hikmahnya Allah uji dan campak aku sorang-sorang di France ni. Pasti, ada hikmahnya.
(Salina): Kembali senyumlah Wani. Orang Mukmin harus strong. Allahkan bersama orang-orang Mukmin.
(Salwani): Tq Ina. Tak sia-sia aku chat dengan hang. Bila nak lawat aku dekat France ni? Denmark tu bukan jauh mana.
(Salina): Sama-sama. InsyaAllah, cuti winter nanti ya. Ina pun cuti lama sampai New Year. Apa-apa Ina roger balik.
(Salwani): Orait. Ilalliqa' ukhti. Assalamualaikum
(Salina): Ma'assalamah. Waalaikumussalam.
Salina menutup tetingkap chat Facebook. Dia meng'update' status:
Sabda Rasulullah S.A.W.: Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.Semuanya ada kebaikan.Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur. Maka itu baik baginya. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.Maka itu juga baik baginya. (Imam Muslim) near Copenhagen, Denmark



8 comments:
assalammualaikum
nice story.
Allah uji kita tanda kasihNYA pada kita.
'aku tersenyum. ceh'
assalamualaikum,nak tanya....kat Denmak lecture dalam english ke atau dalam bahasa denmak?
@Anonymouswaalaikumussalam, saya international student jadi dalam bahasa Inggeris. dalam course description untuk course-course yang kita ingin pilih untuk elektif, ada tulis sama ada dalam English atau Danish.
saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran di Denmark...Phd dalam Management/Business...tapi bila buat research di Copenhagen University website...course dalam business tidak ditawarkan ......en. Solah boleh bagi pendapat?
@Anonymousbagus-bagus. copenhagen universiti tak ada faculti ekonomi dan bisnes.
yang ada sipi-sipi management dan ekonomi di fakulti LIFE
http://www.life.ku.dk/English/research/7_core_competences.aspx
majoriti pelajar malaysia di LIFE ada 5-6 orang.
yang betul-betul ada phd untuk business dan management di Roskilde Universiti.
http://www.phdportal.eu/students/browse/programme/26932/phd-programme-in-business-and-management.html
business school yang terkenal di sini ialah Copenhagen Business School
http://www.cbs.dk/en/Research/PhD-Programmes
harap membantu.
terima kasih en solah...semoga en. solah beroleh kejayaan di sana.
@Anonymoussama-sama, moga-moga kita dapat bertemu di denmark sebagai rakan-rakan pelajar
Post a Comment