27.2.10

Busuknya Bau Badan

Scene 1

"Ya Allah 'semerbak' nya dia ni." Monolog Sumardi. Dari jauh dia memandang satu lembaga yang dia kenali. Nak tegur, karang perang dunia ke-3 tercetus pula.

Scene 2

Malam itu, Sumardi duduk di ruang tamu. Alif menyertainya. Lembaga tu pun ada sekali. Memang zass. Bau semerbak itu cukup sinonim dengan neuron Sumardi. Kalah aroma ikan masak lemak cili padi di hadapan mereka.

Sumardi membuka mulut (aroma 'semerbak' itu masuk dalam alveolus), "Uhuk, uhuk". "Aduh, macammana nak cakap ni." getus Sumardi. "Lama-lama, chronic bronchitis aku."Tambah Sumardi.

Scene 3

Lembaga itu mendirikan sembahyang Subuh berjemaah pagi itu. Sumardi yang dalam keadaan mamai masuk ke dalam saf. Baik punya parking tepi lembaga tersebut. Baru sesaat terus Sumardi segar dengan aroma 'semerbak' tersebut. Ngap. Ngap. Sumardi mengalami sesak nafas. Belum sampai 10 saat, Sumardi rebah dek kerana aroma itu. Sungguh membunuh.

Bau Badan

Badan berbau ni memang satu benda yang memalukan. Dan, orang sekitar sukar untuk meluahkan perasaan mereka terhadap anda. Oleh itu, demi tanggungjawab sosial, kita perlu groomkan diri kita.

Rasulullah saw, Nabi Terulung kita begitu mementingkan kebersihan. Baginda sanggup berbelanja untuk membeli bau-bauan harum. Dalam kitab-kitab fekah bab taharah (kebersihan) tidak akan dilupakan, kerana kebersihan ini penting.

Antara cara menghilangkan bau badan ialah:
  1. Tukar baju anda selalu. Sekali sudah pakai kalau memang badan anda berbau.
  2. Beli minyak wangi yang sesuai dengan kulit anda. Sebab minyak wangi + peluh kekadang boleh menyebabkan orang pengsan.
  3. Selalu mandi. Paling kurang 3 kali sehari.
  4. Guna deodoran walaupun ke mana sahaja anda pergi
  5. Gosok gigi dan masukkan air ke dalam hidung
  6. Kerap basuh baju

p/s: Banyak lagi petua untuk menghilangkan bau badan. Siapa tahu? Mari kongsikan.

6 comments:

Unknown on February 27, 2010 at 8:30 PM said... [Reply to comment]

tips tambahan:
1. pakai sabun antibakteria (dettol/protex/lifeboy)
2. cukur bulu ketiak (serius)
3. banyak makanan yang berserat dan rendah kalori (sayuran dan buah-buahan)
4. minum banyak air putih

♥ciK-t0ge ♥ on February 28, 2010 at 12:13 AM said... [Reply to comment]

btoL2..
saTu Lagi kuraNgkaN maKan makaNan yG byK guna bwG putiH..
:P
maLu Lah kaLo badaN berbaU..
*suke baU wangi2*

Anonymous said... [Reply to comment]

...bau badan sndiri mmg xkan perasan..(sbb da lali)...jadi,,kalu ad orang tegur...itu adlh shbt yg terbaik....tapi tegur2 pun bia berhemah..jgn la kutuk2...kang die majuk ....jadi downy yg sparuh pnutup plak jadiknyer..zasss...;D

Salahuddin Harith on February 28, 2010 at 7:25 AM said... [Reply to comment]

to zephyr

macam promoter sabun lah pulak..gurau2...betul tu..

to cik toge
kurangkan makanan yang berbau, macam bawang putih, petai dan sebagainya..makanan begini jatuh hukum makruh jika banyak memakannya

to anonymous

susah nak tegur sebenarnya..jadi semua orang kena ambil cakna benda ni..kena sound, bukan satu pengalaman yang baik..

Anonymous said... [Reply to comment]

hahah, btol la ko ckp, situasi ko tu mmg xble bla.
bdn bau ni mmg problm, yg ak tau tlg a pkai deodoran, bkn sbrg jenis, yg sesuai dgn anda.

kalo anda prasan, sbenanye kite ble tau bile bdn kite berbau, so pandai2 la, xyah la nk suh mak berleter bau nk mandi n so on... hahah

::Guess::

Salahuddin Harith on February 28, 2010 at 4:18 PM said... [Reply to comment]

to guess

bila nak ada google account ya? memang kita perasan badan kita berbau, tapi dah lama-lama rasa macam selesa dengan bau badan meskipun, orang lain dah nak pengsan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template