17.12.09

Kamera Terlebih Termantop


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah puji buat Tuhan yang menciptakan hati.

Doalah sentiasa agar ditetapkan hati kita supaya tidak diracuni sifat mazmumah yang bakal membengkang-bengkokkan agama kita dan lebih teruk lagi agama orang lain.


Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Andai Allah s.w.t. dan para malaikat berselawat kepada baginda, sudah pasti kita umat Nabi Muhammad yang beriman seharusnya memperbanyak selawat.

Di dalam entri ini, saya akan memperkenalkan kamera yang termantop daripada segala-gala kamera di jagat raya ini. Kamera apakah itu?

Bukan kamera DSLR. Bukan juga Lumix dari Panasonic. Jauh sekali Olympus yang terkenal dengan model-model tahan lasaknya. BenQ lagi susah nak cari makan di sini.

Ini ialah kamera litar tertutup yang seharusnya kita install segera buat diri. Harganya percuma. Tidak perlu mencari di kedai-kedai. Kamera litar tertutup ini sudah tersedia. Ibarat nyanyian Mestica

"Destinasi cinta yang kucari sebenarnya terlalu hampir, hanya kabur kerana dosa di dalam hati"

Begitulah jua kamera ini yakni "kamera" Allah. Kamera ini sudah dekat dengan kita.

Bacalah ayat al-Quran ini:

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Allah, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar" (al-Mulk:13)

p/s: Para sahabat Rasulullah menjadikan tema "takutkan Allah ketika sendirian ataupun ramai" sebagai formula hidup. Dan itulah yang menyelamatkan mereka daripada kebinasaan iman.

1 comments:

en_me on December 21, 2009 at 7:04 PM said... [Reply to comment]

me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm singgah dr me dikejauhannns

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template