Saya terpanggil untuk membicarakan pelaburan yang dilancarkan oleh CIMB Islamic iaitu Max Invest Save. Walaupun pelancarannya sejak lewat tahun lepas, namun, promosinya masih berjalan hingga 30 April ini. Apakah promosinya?
Promosinya ialah anda akan mendapat lebihan unit sebanyak 15-30% daripada jumlah unit yang anda beli. Satu unit berharga RM1.00.
Contoh: Jika anda melaburkan wang sebelum 30 April ini sebanyak RM1,000 maka anda berpeluang untuk mendapat bonus sebanyak RM150-RM300. Peratus lebihan unit bergantung kepada 4 produk atau 4 tempoh pelaburan yang anda pilih sama ada 15 tahun (15%), 20 tahun (20%), 25tahun (25%) dan 30tahun (30%).
Jika anda melaburkan wang anda sebelum 30 April ini juga di mana-mana cawangan CIMB, anda berkelayakan untuk mendapatkan kelebihan ini sampai hujung tahun.
Contoh: Sebelum 30 April, anda melaburkan RM1,000 dan anda memilih produk 15tahun. Maka anda akan mendapat lebihan unit sebanyak, 15% atau RM150. Selepas 30 April hingga 31 Disember tahun ini, anda melabur lagi RM1,000. Makanya, anda akan mendapat 15% lagi iaitu RM150 lagi. Untungkan?
Konsep pembahagian keuntungan ialah berdasarkan mudharabah. Pembahagian keuntungannya ialah 95% (Pendepositor @ kita) dan 5% (bank)
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Saya sudah mengikut plan pelaburan ini untuk tempoh matang 15 tahun. Anda bila lagi?
p/s: untuk maklumat lanjut sila klik http://www.cimbclicks.com/maxinvest_why.htm



2 comments:
Nak melabur jugak tapi duit dah habis kat W***. Harap2 lain kali ada lagi promosi seumpamanya.
Solah to abufaris
InsyaAllah...mesti ada...pelaburan dalam unit trust rupanya untuk mereka yang mengamalkan cost averaging dan long term...nak kaya cepat..susah la..CIMB Invest ni fleksibel...bermula dengan RM50...murah sangat..
Abang Perdous, Prius bila nak lancar kat Malaysia?
Post a Comment