1.12.09

Kelahiranmu Menyentuhku

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan yang maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Baru sahaja saya pulang dari mustashfa (hospital) setelah lebih kurang 12 jam berkampung di sana demi menanti kelahiran seorang bayi.

Hari ini, tanggal 1/12/2009, lahirlah Abdullah Syafie ke dunia. Bayi seberat 2.73kg ini lahir pada jam 1130am. Moga kelahiranmu Syafie, mengislahkan suasana dan menjulang tinggi perjuangan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan agama yang diredhoi ini yakni agama Islam.

Abdullah Syafie selepas beberapa jam dilahirkan. Diselimuti kain hijau dan kepala dilitupi kain putih mulus. Eh! Hijau Putih. Tiada unsur politik ya.

p/s: Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan ibu dan anak ini. Terima kasih buat teman-teman (Bro. M dan Bro. S), Allahuyubarik fikuma

~terpandang satu kata-kata yang menarik di dinding wad.

"Making the decision to have a child, it is momentous. It is to decide forever to have your heart walking around outside your body"


6 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

1/12? Haha. same la besday kte syafie. syafie dan shamel. cool. Dah besar nanti jd mcm abg eh. ke uncle? abg ah!

Honeyz on December 1, 2009 at 11:45 PM said... [Reply to comment]

salam~

comei la baby tu.. cute! lena je dia tido ek..
mm, tp kan.. satu soalan.. nape x mention ni anak kepada siapa?
sekali bc, mcm cite kelahiran zuriat sendiri lak
tp setahu sy (walaupn x kenal), tuan blog ni x berumahtangga lg kan? xkanla tu zuriat sndiri lak. hehe.
ke mmg sengaja x mention sbb nk tunggu de yg bertanye? ha, ni sy dah bertanye.. bayi comel milik siapakah itu... =D
apepun, tahniah buat ibubapa kepada bayi comel ni ^_^
semoga kelak dia menjadi insan soleh yang sentiasa berjuang menegakkan agama yg diredhoi Allah ni.. aamiiin...

p/s: x perasan pulak kain warna hijau n putih tu leh dikaitkan dgn unsur politik.. sbb duk tgk baby yg lbh =D

Rizzuan Shah on December 2, 2009 at 9:21 AM said... [Reply to comment]

salam.
saya pun nak tanya macam honeyz tanya gak. :-P tuan blog ni belajar dimana yer?.. nanti jgn lupa melawat blog TKSB yer. http://wanshah87.blogspot.com

hanisuia on December 2, 2009 at 9:30 AM said... [Reply to comment]

wah... solah dah teruja dengan baby baru. bila nak ada yang sendiri punya? sampaikan tahniah pd ibu bapa bayi ni. moga bayi ni dewasa kelak menjadi da'ie dalam menyebarkan kalimah agung.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli on December 2, 2009 at 3:25 PM said... [Reply to comment]

semoga bayi nie jadi pepmimpin perjuangan islam bile besar nanti, insyaallah.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Salahuddin Harith on December 2, 2009 at 3:48 PM said... [Reply to comment]

to semua
ini anak sedara saya yang ke-16...melengkapkan 12 anak sedara lelaki...terima kasih atas doa kalian

saya belajar di UIAM...insyaAllah, bulan 4,2010 grad..

bila nak ada anak sendiri ya?insyaAllah satu masa nanti...=)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template