7.12.09

Tips Mencipta Kejayaan Berganda


(pengasas awal iluvIslam)

Alhamdulillah kepada Allah s.w.t Zat yang Maha Agung kerna Dia bukan kejadian dan tiada siapa yang menjadikan-Nya.

Selawat dan salam ke atas Khatimul Anbiya' yang cukup sabar dalam menegakkan agama Islam di muka bumi Allah ini.

Melihat di sekeliling, berbagai-bagai cerita yang hebat didengar. Sehingga terperasan, orang yang sama sahaja yang berjaya saban kali.

Contoh: Saudara Imran Koyube. Antara pengasas laman web iluvIslam. Dia dikenali ramai di sekolah sebagai pelajar terbaik. Calon penerima biasiswa Tun Abdul Razak satu ketika dulu. Peserta Olympiad Kebangsaan, Pingat gangsa dalam Kuiz Fizik Kebangsaan dan banyak lagi anugerah yang beliau kecapi.

Selepas tamat persekolahan, beliau menerajui penubuhan laman web iluvIslam. Dan kini, laman web tersebut menjadi satu fenomena di kalangan umat dunia. Baru-baru ini, dengan kerjasama Karangkraf, saudara Imran berjaya menerbitkan akhbar IluvIslam pula.

Lihat, berjaya yang terus-terusan. Lantas bagaimana untuk mencipta rentetan kejayaan?

1. Think Tanker

Menurut Napolean Hill dalam bukunya Think and Grow Rich, salah satu strategi untuk berjaya ialah mempunyai satu kumpulan "think tanker" yang terdiri daripada kenalan-kenalan berjaya.

Lihat pemimpin hebat seperti Tun Mahathir Mohamad dan Dato' Seri Najib Abdul Razak. Mereka mempunyai kumpulan pemikir yang hebat.

Ini bertepatan dengan pepatah Inggeris yang berbunyi

"Sekiranya kamu ingin terbang gah bersama helang, janganlah bersama ayam belanda"

2. Success Breeds Success

Ini istilah yang dipopularkan oleh pakar motivasi Anthony Robins. Maknanya, pabila seseorang mencapai kejayaan, dia lebih mudah untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

3. Role Model

Ini juga penting. Role Model perlu betul. Krisis identiti anak kecil dan remaja sekarang yang menjadikan artis sebagai Role Model, menyebabkan golongan muda begitu suka berhibur dan rosak akhlaknya.

Sedangkan terang lagi bersuluh, uswatun hasanah kita ialah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Betapa baginda merupakan pemimpin yang paling berjaya dalam sejarah ketamadunan manusia. Legasi beliau mencapah sehingga seantero dunia merasai nikmat Iman dan Islam.

p/s: Nah, anda bagaimana? Ada tips atau kisah yang ingin dikongsikan bersama? Silakan...

3 comments:

Dr Rynn on December 7, 2009 at 7:18 AM said... [Reply to comment]

motivasi yg sangat hebat ~

cita-cita tak tercerna tanpa cita
hidup tak bermakna tanpa kasih
kasih tak manis tanpa kawan =)

mari cari kejayaan berganda2 setiap hari ..amin

Haziah Salleh on December 7, 2009 at 7:32 AM said... [Reply to comment]

Nice one! hurm~ i like the english proverb~ hehe em lagi satu aku penah bace in many books is the concept "don't be afraid to dream big~"

Mmg aku prasan org yg berjaye kadang2 dreams drg mmg macam beyond reach~ unthinkable~ But they're so focus in reaching the impossible pastu perservere pastu bile gagal drg resilient and never stop doing it again~ and finally the impossible becomes possible...

\(^^)/ em~ nk dream for 4# la sem ni~ hehe weyh aku still kagom ngan ko!!!

Salahuddin Harith on December 8, 2009 at 1:36 PM said... [Reply to comment]

~to zarina

marilah sama-sama kita menjadi orang berjaya di dunia dan di akhirat

~to haziah

hehe.pepatah inggeris tu dan jadi melayu macam tak sedap pulak..tapi the meaning is good

yaa..think big like apa yang dipesan oleh Donald Trump dalam The Apprentice.

takde apa-apalah sangat haziah nak dikagumkan..haziah lagilah, best participant national Pharmacy Quiz..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template