12.12.09

Jalan-jalan Cameron Highland

Alhamdulillah, setelah lama kepingin hendak menghirup udara segar tanah tinggi Cameron, cuti baru-baru ni, berjaya juga ke sana dengan keluarga. Ini lawatan luar kawasan ke-2 Yayasan Harisiah (yayasan keluarga) selepas melihat tazkirah Allah di bumi Acheh.

Pasar di tepi Equitorial

Gambar sebelum membeli-belah di pasar. Dekat pasar ni, memang puas hati membeli sayur-sayuran. Campur-campur berbelas jenis paket sayur baru 10 ringgit.

Beli timbang pun lagi murah untuk satu-satu jenis sayur. Jangan lupa gunakan kemahiran tawar-menawar. Kira orang dapur, mesti suka tahap petala ketujuh.

Dekat pasar ni, benda-benda selain dari sayur, lebih baik beli kat pasar malam yang dibuka pada hari sabtu petang dan hari ahad pagi. Kalau tak silap, sepanjang cuti sekolah ni, dia akan buka tiap-tiap hari.

Pasar Malam

Pasar malam ni memang tempat terbaik untuk membeli segala benda. Kira segalanya terdapat di sini. Harga pun murah-murah.

Jika anda mahu membeli cenderamata seperti keychain dan yang seangkatan dengannya, belilah di sini. Satu berharga RM1. Kat tempat lain agak tinggi harganya.

Kaktus, sayur, teh strawberi, coklat strawberi, jem, strawberi celup coklat, bantal, u name it. InsyaAllah semuanya tersedia di sini. Cuma sediakan wang secukupnya. No money no bargain.

Penginapan

Terdapat banyak pilihan penginapan di sini. Nak hebat, nak sederhana, nak ekonomi segalanya ada. Kami memilih dua rumah apartment dilengkapi perabot (peti ais, dapur gas, pinggan-mangkuk, televisyen). Eh, takda kipas dan air cond ke? Haah memang takda. Bayu Cameron sudah cukup untuk membuatkan badan anda menggigil.

Waktu malam, saya cuba berjalan kaki di sekitar bandar Brinchang. Brinchang dilanda gerimis malam tersebut. Pakaian saya seperti kebiasaan, t-shirt dan slack. Ingat boleh tahan. Rupa-rupanya, dah hampir jadi ice cube, balik semula apartment ambil baju sejuk. Haha.

Makanan

Makanan memang pelbagai. Ada cendawan goreng, brokoli goreng (bagus untuk pemakan potassium tegar), kopi strawberi yang sodap (sob2 terharu kesedapannya) dan macam-macam. Duit saya mengalir macam air dekat pasar malam tu.

Tempat menarik

Selain dari membeli dan belah duit kertas jadi duit syiling (wow amazing), anda boleh ke pusat penternakan rama-rama, cactus point, ladang teh Bharat, ladang teh Boh dan ladang strawberi.

Kesimpulan

Cameron memang baik untuk dijadikan percutian keluarga. Datanglah untuk merasai kedinginan tanah tinggi di bumi Malaysia ini. Bercutilah di Malaysia. Segala-galanya ada di sini!

p/s: nak upload banyak gambar, tapi internet connection mengecewakan. Terima kasih kerana sungguh-sungguh membaca.

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Solah, bestnya bercuti..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template