
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar para tetamu sekalian. Alhamdulillah anda diberikan kekuatan untuk menziarahi blog ini dan mengutip manfaat biarpun sedikit.
Tidak ada yang saya harapkan melainkan kita semua bertamu di sini sejenak ibarat usrah maya. Lengkap-melengkapi dalam menegakkan yang haq dan menghalang yang batil.
Solat berjemaah seperti yang kita sedia maklum lebih pahalanya berbanding dengan solat berjemaah.
Namun, dalam entri ini mari kita sama-sama memandang solat berjemaah di masjid menerusi teropong yang berbeza.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang berulang-alik menuju ke masjid, Allah s.w.t akan menyediakan untuknya tempat yang mulia di syurga setiap kali dia berulang alik ke masjid (al-Bukhari dan Muslim).
Terdapat sebuah hadis lagi:
Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian menuju sebuah masjid untuk menunaikan solat fardu, diantara langkahnya itu ada yang menghilangkan dosa dan ada yang mengangkat kedudukannya. (Muslim)
Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian menuju sebuah masjid untuk menunaikan solat fardu, diantara langkahnya itu ada yang menghilangkan dosa dan ada yang mengangkat kedudukannya. (Muslim)
Menakjubkan bukan? Betapa besarnya rahmat Allah, belum sampai ke masjid untuk menunaikan solat, sudah diampunkan dosa.
Fastabiqul Khairat! (Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan)
p/s: Maaf kerana lambat mengupdate entri di blog ini. Nasib baik lah sahabat saya Bro. S tegur,
mana entri baru ni?
mana entri baru ni?
Asif, akhi. Internet di kolej kediaman ni, memang mendokong amalan procrastination. Library jugak terbaek!


2 comments:
salam..
btul2 solah..
nternet kt kolej ak pn xtau nk ckp pe..
last2 bli broadband jgk..
xde la laju sgt,,tp better la..
hehe
~to hadi
ni masalah broadband celcom, hadi..mungkin terlampau ramai pengguna broadband di sini. Nak online, kenalah lepas subuh. Waktu lain, baiklah ke perpustakaan
Post a Comment