14.12.09

Tips Membeli PDA


Entri dinukilkan atas pertanyaan rakan sekelas mengenai PDA atau nama penuhnya personal digital assistant.

Selama lebih kurang 5 bulan memakai Diamond 2 keluaran HTC, saya secara keseluruhannya berpuas hati atas khidmat yang ditawarkan biarpun niat hati untuk bertukar kepada Blackberry. Namun, setelah menimbangtara, Diamond 2 lebih sesuai dan lebih fungsinya dari Blackberry.


Kelebihan

Kini dengan PDA, saya tidak lagi perlu membawa beg berisi buku-buku ke hospital, tidak lagi perlu risau sesat di bandar-bandar besar (kerana perkhidmatan GPS), mengetahui arah kiblat, waktu solat, turun naik bursa saham, email, wifi, kamera, games, software kewangan dan banyak lagi fungsi yang amat memudahkan kehidupan saya.

Justeru, kerana PDA bukan merupakan pembelian macam beli nasi lemak, saya sediakan tips ini untuk anda. (PDA paling murah di pasaran setakat yang saya tahu ialah RM999)


Keperluan atau kemahuan

The Biq question is “Do I need it?”. Perlu diingat, keperluan ialah sesuatu yang perlu untuk memudahkan kerja seharian atau apa sahaja. Tetapi jika anda membeli untuk impress rakan-rakan dan keluarga, itu adalah satu kemahuan.

Jika jawapannya yes. Tanya soalan susulan, “do I need it now?”. Kat sinilah amalan procrastination (berlengah) dibenarkan.

Contoh: Anda penggemar Baskin Robbin. Tidak perlulah anda makan tiap-tiap minggu ais krim ni, sebab satu scoop berharga sekitar RM8. Tunggulah 31 haribulan, anda boleh campur pelbagai jenis perisa (itupun kalau anda suka pening-pening lalat lepas makan, maksimum 3 perisalah nasihat saya) dengan mendapat 31% diskaun.


Don’t over your Budget

Beli ikut kapasiti anda. Jangan sebab teruja dengan fungsi-fungsi tambahan, anda sanggup makan maggi selama sebulan dan hutang keliling pinggang. Teliti keperluan anda dan selarikan dengan budget. Jangan terpedaya dengan fungsi-fungsi tambahan yang terkadang membuang duit.

Untuk yang mahu berjimat, seperti pelajar perubatan dan sewaktu dengannya, anda boleh beli PDA user interfacenya windows mobile 6.1 atau 6.5. Beli yang kapasiti bateri bertahan lama. PDA menggunakan banyak tenaga bateri. 1.5 hari sudah cukup baik untuk penggunaan kerap. Beli PDA dengan skrin yang cukup besar untuk anda lihat.

Kamera, gps, hsdpa, wifi, itu adalah fungsi tambahan. Yang penting, PDA tersebut ada windows mobile supaya compatible dengan software medical dan lain-lain software.


Research, research and research

Saya mengambil masa berbulan-bulan survey PDA ini. Layarilah laman web, baca forum-forum mengenai model PDA tersebut, tanya rakan-rakan yang menggunakan PDA, alami sendiri PDA ditangan anda dan sebagainya.

Secara mudah, fakta tentang PDA ni yang basic, anda perlu tahu. Nanti taklah menyesal membelinya. Bagi yang suka menaip mesej, anda akan menghadapi kesukaran untuk berSMS panjang-panjang apabila menggunakan PDA.


Lagi Pesanan

Saya syorkan anda membeli di PDA Expert di Low Yat Plaza Kuala Lumpur. Banyak kelebihannya. Anda akan mendapat software free sebanyak mana yang anda mahu. Upgrade windows 6.1 ke windows 6.5 juga free.

Untuk pengetahuan anda, satu software dicaj RM30 di tempat lain. Betapa untungnya anda apabila membeli di sini. Layanan dia juga baik dan cawangannya terdapat di Penang dan Johor Bharu.

Bagi yang ada pertanyaan silakan bertanya, yang mana saya boleh berkongsi, saya kongsikan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template