13.12.09

Shit!


Alhamdulillah, tahmid dan takbir dipanjatkan kepada Allah, Tuhan yang penuh dengan sifat kesempurnaan-Nya. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Andai sifatnya bertambah, maka pastilah Allah itu ada kekurangannya.

Ini merupakan entri ke-100 blog Aku Ori bukan Fotokopi. Terima kasih atas sokongan kalian. Pada detik ini 56 bloggers dan 89 rakan facebook mengikuti perkembangan di blog ini. Setiap hari, secara purata, 40-50 orang pembaca akan menjadi tetamu. Terima kasih semua. Hadirlah kembali.

Shit

Berbalik kepada entri Shit. Tajuk entri bukan sekuel Shit nukilan sasterawan negara Shahnon Ahmad. Bukan juga tentang klasifikasi najis. Apatah lagi tentang bagaimana proses pembentukan najis.

Tetapi, untuk menundukkan diri sendiri dan pembaca yang cakna ke bangku muhasabah tentang dosa. Ya, dosa.

Dosa ini saya analogikan sebagai shit. Shit itu najis atau bahasa kasarnya taik. Cuba bayangkan jika kita melakukan dosa, dan dosa itu taik.

Taik tu melekat membusuk di tubuh kita. Agak-agak mudah ke Allah nak terima doa kita? Agak-agaknya, selesa tak nak berjalan di atas muka bumi Allah ni? Pastilah manusia jijik untuk mendekati kita.

Jawapannya sudah pasti tidak. Kita seharusnya bersuci terlebih dahulu, mandi, menghilangkan ain dan sebagainya. Begitulah dengan dosa. Dosa perlu dicuci dengan siraman air taubat.

Taubat

Taubat ini umpama tapak bangunan perubahan. Tanpa tapak yang 'solid' bangunan yang dibina pasti runtuh menyembah bumi.

Bertaubat hukumnya wajib. Ini disebut di dalam al-Quran dalam surah an-Nur: 31

"Dan bertaubatlah kamu keseluruhannya kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu mendapat keuntungan"

Allah itu maha Pengampun. Usah berputus asa dalam mencari keampunan Allah. Bacalah kisah seorang pembunuh bersiri 100 orang itu, namun masih masuk syurga Allah. (rujuk Sahih Bukhari: 3211)

Jenis-jenis dosa

Terkadang ada yang menganggap bahawa diri dia tidak melakukan dosa. Maka saya senaraikan dosa-dosa kecil dan besar buat muhasabah diri.

Dosa-dosa Besar


Dosa-dosa Kecil


Syirik kepada Allah


Mencuba-cuba merasa minuman keras

Berputus asa dengan rahmat Allah/membunuh diri


Bercakap-cakap perkara yang tidak berfaedah

Berasa aman dengan ancaman Allah


Melihat aurat yang bukan mahram

Menderhaka kepada orang tua

Berterusan tidak melakukan amalan-amalan sunat muakkad (di sisi Imam Hanafi)


Berzina


Melepak di kaki lima jalan

Memutuskan tali silaturrahim

Merokok


Takabbur, sombong dan ujub


Bersentuh kulit dengan yang bukan mahram

Membunuh


Melihat atau membaca bahan lucah

Berjudi



Minum arak



Meninggalkan solat



Meragui kebenaran al-Quran dan as-Sunnah



p/s: Bersama renungkan. Dosa itu najis dan taubat penyucinya. Usah putus asa mencari keampunan dan redho Allah.

4 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Solah, ko amek dari mane contoh dosa besar & kecil tu?
Mencuba minum arak = dosa kecil?
hmm... bkn minum setitik pon kire haram ke?

::Guess::
(pertama kali ak soal soalan serius kat ko kot! haha)

Salahuddin Harith on December 14, 2009 at 2:23 AM said... [Reply to comment]

~to anonymous
saya hanya merujuk table artikel dr. fadzilah kamsah, yang penting arak itu haram...seperti yang disebut jelas dalam al-Quran.

Anonymous said... [Reply to comment]

solah tgk peha aku tadi.ciss

Salahuddin Harith on December 14, 2009 at 2:42 AM said... [Reply to comment]

~to anonymous
huhu..tula aku tegur awat seksi sangat ni...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template