29.11.09

1st anniversary Max InvestSave

Max InvestSave merupakan produk yang baik untuk anda melabur bukan sahaja kerana fleksibilitinya, malah kerana tiada caj untuk setiap nilai pelaburan.

Jika anda melabur di Public Mutual, maka anda akan dikenakan caj sebanyak 5%++. Namun, suka saya mengulangnya di sini, Max InvestSave tidak mengenakan apa-apa caj!


Bagi yang memerlukan pengenalan kepada produk pelaburan ini, sila klik entri saya bertajuk Max InvestSave.

Untuk memberikan ganjaran kepada semua para pelabur, Max Invest Save menawarkan 30% bonus tambahan kepada para pelabur yang melabur minima RM1000 sebelum 13/12/2009.

Apa yang dimaksudkan dengan bonus tambahan 30%? Kakanda, dinda, kira ini jawab hamba.

Jika anda melabur RM1000, maka anda telah membeli lebih kurang 1000 unit Max InvestSave. Dengan bonus 30%, anda mendapat 300 lagi unit tambahan. Menarik bukan? Secara nilai wangnya, anda telah untung RM300 pada hari pertama anda melabur!

Selain 30% bonus tambahan, anda akan mendapat baucer diskaun BP healthcare setiap tahun selama 5 tahun berturut-turut (untuk akaun aktif). Dan anda akan mendapat permainan Octo (sementara stok masih ada).

Bagi mereka yang belum melabur di dalam produk ini, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 6.98% setahun jika anda membuka akaun Max InvestSave sebelum 31 Disember 2009.

6.98%
!
Itu semestinya lebih tinggi daripada kadar inflasi* sebanyak 4-5% setahun. Ini memberikan Max InvestSave satu lagi kelebihan.


p/s: Selamat hari raya eidul Adha...dan selamat menguruskan kewangan dengan bijak.

*Inflasi akan menyebabkan nilai wang semakin berkurang. Jika dulu dengan RM1.00 anda boleh membeli 4-5 biji kuih, sekarang RM 1.00 anda hanya mendapat 3 biji kuih.

(Kenapa pula contoh kuih ni? Hehe. Saya belum bersarapan. Terasa untuk makan kuih-muih pula pagi ni)

1 comments:

badmd on September 24, 2010 at 11:37 PM said... [Reply to comment]

salam , sangat bersetuju.Sebab itulah saya membuka 2 account untuk 15 dan 20 tahun serta 3 akaun untuk anak anak selama 15 tahun , selain berlandaskan syariah , pulangannya diambil dari highest point of return sepanjang tempoh tersebut.pendek kata , insyallah persediaan untuk anak anak , waktu bersara dan selepas bersara dlm perancangan
terima kasih kerana berkongsi maklumat

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template