
Debaran ternanti-nanti result kali ini lebih daripada biasa. Manakan tidak, loading time satu-satu page mengambil masa yang lama. Yang lebih penting, ada satu subjek saya fail semasa mid semester hari tu.
Imbauan proses belajar masa final subject Pharmacoepidemiology & Pharmacoeconomics memang menakutkan. Belajar dalam kekhuatiran. Mampukah lulus ni. Ya Allah bantulah aku.
Namun, bila memandang rakan-rakan yang lain yang lebih terbeban, menginsafi hakikat diri bahawa ujian yang Allah timpakan atas aku lebih kecil berbanding mereka.
Andai fail, itu menempa padah. Reseat satu subjek bermakna lambatlah 2-3 bulan bekerja.
Alhamdulillah, setelah menanti dengan penuh debar, alhamdulillah saya lulus semua subjek. Terima kasih atas doa ibu, keluarga dan teman-teman semua.
Saya mendapat 4 Arif dan 5 Bijak. Perjuangan belum selesai untuk mencapai pointer yang saya idamkan. Saya mengakui bahawa semester ni mencabar kerana saya punya masalah peribadi.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan menganggap bahawa setiap ujian ada rahmat dari-Nya, saya gagahi jua melangkah.
Kepada para juniors scorelah awal-awal ya, dah final year ni, susah untuk mengekalkan ataupun menaikkan pointer.
Ya Allah, Alhamdulillah.


15 comments:
mendapat A- untuk pharm prac, PT, PBL dan nutrition. yang B untuk subject2 lain itu dia B combo B, B+, B-
anonymous sapa ni...gaya bahasa macam kenal je...hehe..anonymous lulus sume?alhamdulillah...
Alhamdulillah smua lulus..
cepatnya result uia kuar..
kami yg hbs xm awal pun still xkuar result..
moga2 lulus semua jugak.. InsyaAllah..
*debaran tahap maksima* =S
aku menyesal sem1 ak 2.xx... terlambat solah bg nasihat...hehe
memang uia dah tetapkan 2 minggu lepas exam mesti dah boleh cek...kira lecturers teruk jugak la nak mewrite semua answer script..
ada pensyarah muda pagi exam, malam dah boleh tahu markah..semangat betul
tak kisah pun lah pointer ni...asalkan attitude,pointer bagus tapi attitude takde, tak pandai kerja berpasukan tak boleh juga...soft skill kena develop juga untuk kerja...
pointer rezeki masing2, banyak faktor menyumbang..tapi dah ada kelebihan untuk score tu, jangan sia-siakan...
result mmg penting, tp yg lebih penting, kite da cube sehabis baik, yg lain terserah pd DIA, DIA lebih tahu..=)
tahniah sbb berjaya score 4 Arif 5 Bijak! (tertanye2 jap, result yg Anonymous sebut tu, result solah or result dia sndiri? dan2 je sama 4A 5B?)
samela.. sy pun risau sgt2 fikir result sem lepas, sbb mase tu jugakla diuji dgn terlalu byk masalah peribadi. slama ni paling "teruk" pn dpt, B. tp xm sem lepas, buat kali pertamanya terasa macam ade kemungkinan repeat satu paper ni. midterm xm ok je, tp final mcm xleh jwb. tp tgk result, alhamdulillah sbjk yg sy bajet lulus je pn dh cukup tu, x sangka leh lak dpt B+. shukur..
walaupun course saya xla hebat macam course pharmacy, tp nak kata subjek2 saya sng, pun x jugak rasenya.. sbb kalau sng, nape ade je kwn2 yg repeat beberapa subjek? hmm.. jd kesimpulannya x kiralah sci stream atau bukan, masing2 ada tahap kepandaian sndiri.. n masing2 pun boleh nk ubah utk improve diri jd pandai..
apepun, yg dah sudah, biarkan jela berlalu. nak menyesal pun dah xde makna. sama2lah kita pandang ke depan, berjuanglah untuk dptkan yg lbh baik untuk sem terakhir nanti, inshaAllah ^_^
p/s: to wirdiana~ result uia mmgla (kena) keluar awal, sbbnya cuti pun x lama. xkanla nk masuk sem baru tapi result sem sebelumnya x keluar2 lagi =D
:: asif, terlalu pnjg mengarang ::
syabas solah....
result tu bukanlah tak penting...
setelah segala usaha dan upaya dicurahkan, mesti semua org nak hasil keputusan yg baik kan???
bila dh dapat, terasa berbaloi dgan usaha yg dilakukan...
cuma, jganlah terlalu taksub untuk mendapat markah dan cgpa yg tggi...
bak kata dr razak, yg penting adalah prosesnya, bukannya resultnya...
smile :-)
tula pasal...result ni ikut oranglah...apa target anda? jika sampai target, alhamdulillah, jika tidak, itu maknanya something wrong di mana-mana..kena koreksi...
result penting untuk kebanyakan pelajar. tapi untuk teman-teman farmasi, yang penting, your skills, your knowledge..insyaAllah semua dah terjamin kerja..so, don't sad sangat...
Allah s.w.t mahukan kita menjadi mukmin yang profesional...usaha dulu...kalo dah tak dapat..itu maksudnya kurang usaha...
Saya salutelah ada sorang kawan saya tu...Dia sanggup cari saya sampai lubang cacing nak tanya tentang benda yang dia tak faham...punyalah dia usaha untuk menguasai ilmu..
Yang nak sambung master, atas 3 itu satu kemestian untuk mencerahkan peluang..yang nak terus phd, tu kena first class lah...
Target saya nak mengekalkan pointer sedia ada..itu pun dah mencabar..sama-samalah kita mencari ilmu kerana Allah..itu lagi-lagilah tunjangnya sepertimana yang dipesan oleh imam Al-Ghazali
to honeyz:
owh.. sbb ktorg warga uitm dpt result 10 dec ni..
harap sgt3 semuanya lulus.. =S
eh... uia cuti smp bila?
~to wirdiana
uia cuti sampai esok. hari isnin bermulalah semester akhir di UIAM insyaAllah
Assalamualaikum...
ko cek pkul bape sol? knape ko ckp lame?
ak cek skjp je da kua? kalo cek kul 4 tu mmg la line bz kot, haha...
bau ingt nk jd 'penjenayah' lg, tp tibe2 dpt hidayah(petunjuk), x jd plak kali ni, haha...
::Guess::
~to guess
waalaikumussalam.insaflah jadi penjenayah...ingat hang joker, ak batman ka?
cek sehari selepas, tapi tetap lambat. Tengok connection jugak rasanya. Rezeki hang la tu. Alhamdulillah
~solah..
awal btol bukak sem.. =)
uitm start kelas 4 jan..
ada masa lagi 1 bulan utk bercuti! yeay3! =)
*sdg bercuti d negeri kebanggaanmu*
Post a Comment