25.12.09

Kereta Mewah Lambang Status?


"Wow, Honda Accord! Baru kerja dah boleh beli." lafaz Diana dengan teruja.

"Haahlah. Mantop tahap petala. Mesti lucky punyalah siapa yang kahwin ngan dia. Mewah, kaya, handsome. Perfect crushlah orang kata." balas Izyan.

Dialog yang selalu kita dengar. Terkadang saya naik bosan. Nak taknak, saya kena dengar. Lubang telinga tutup dengan tangan pun dengar. Hakikatnya, masyarakat memandang status seseorang melalui jenis kereta.

Kalau kereta Kancil tu, susahlah nak dibuat menantu. Kalau kereta Honda City ke, Lancer Evo ke, bercahaya terus kedua-dua belah mata bakal mak mertua.

Saya melihat ramai lepasan universiti yang terburu-buru menunjuk kemewahan sebelum mengukur baju di badan sendiri. Lupakah mereka kereta mewah itu comes together with other expenses. Minyak, road tax, insurance dan penyelenggaraan. Dah lupa ke?

Lebih teruk lagi, kereta mewah itu tetap tak dapat terbang untuk lepas dari traffic jam. Baru sahaja saya tersenyum tengok Brabus terperangkap kat Kuala Lumpur sebab jam.

Orang Perak menglamourkan ungkapan "bior pape asai bergaye" yang bermaksud, biar papa asal bergaya. Ungkapan ini patut didelete terus masuk dalam recycle bin. Pehtu tekan delete lagi. Biar pupus ditelan zaman.

Status kemewahan sepatutnya bukan dilihat melalui kereta. Tetapi kemewahan harta dikira melalui bagaimana bersedianya anda untuk menghadapi setbacks dalam hidup.

Dari awal, anda seharusnya peruntukkan 10% dari income anda untuk simpanan. Nasib baiklah kerajaan potong siap-siap 11% KWSP. Kalau tak, mesti ramai yang papa masa dah bersara.

Dan, jangan lupa tanggungjawab kita sebagai anak. Hulurlah 10% juga secara tetap setiap bulan untuk meringankan beban ayahanda bonda. Tidaklah nanti, membayar ansuran kereta mewah, sampai berfikir dua tiga kali untuk memberi sedikit wang kepada ayah dan ibu.


p/s: Ingatlah, kadar kemewahan dikira melalui betapa banyak simpanan anda bukan jenis kereta anda!

5 comments:

Mahkota Damai IM6 said... [Reply to comment]

Artikel yang bagus...

Kau tertinggal satu point:
Tahap kemewahan diukur kepada berapa banyak wang yang diperuntukkan untuk berbakti di jalan Allah dan kepada orang lain yang memerlukan....

Anonymous said... [Reply to comment]

bagus la entri ni sol, ak hrp ade sambungan.
ak tau ko saje buat short & simple spy org x jd malas nk bace.
bg parents 10% je? hmm... x mcm sket ke? haha

::Guess::

Anonymous said... [Reply to comment]

kalo ak da jd millionaire nnt nk bli la kete dlm gambo tu sjibik! haha

::Guess::

Salahuddin Harith on December 26, 2009 at 8:57 PM said... [Reply to comment]

kepada anonymous

point itu benar, semakin banyak kita memberi, semakin ditambah rezeki kita...itu mungkin boleh saya nukilkan dalam entri ajaibnya amalan bersedekah...ibarat kisah betapa yakinnya Saidina Ali dan sedekah buah delima yang melibatkan sahabat Abu Hurairah..

kerana itu saya meletakkan point menghulurkan jua untuk ibu bapa...untuk mengignite amalan bersedekah paling utama, di antara manusia ni ialah kedua ibu bapa jua...

bagaimanapun, benar apabila kita memberi kita akan rasa bahagia dan mewah hati mewah iman..menurut perspektif kewangan yang saya faham begitulah, kadar kemewahan diukur melalui simpanan...

to guess
terima kasih atas sokongan
short n simple saya belajar dari sahabat saya..tapi biar pembaca dapat 'something'..10% tu nampak sikitkan, tapi better dari nothing..kalau lebih lagi bagus...

hang nak beli kereta tu masa millionaire, dah tak keluar kot..keluar kereta lebih eco friendly.. =)

Anonymous said... [Reply to comment]

tul tu..ramai budak2 keluar u ni berlagak.. bahkan zaman student pun dh banyak pakai kete..huhu pikirlah sendiri

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template