9.7.09

Transformasi PPSMI bersifat Glokal

Pengumuman pemansuhan PPSMI oleh YAB Timb. Perdana Menteri yang juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran merupakan suatu langkah yang bersifat glokal. Glokal ialah perkataan gabungan global dan lokal. Mengapa? Transformasi ini seperti mengharapkan pelajar-pelajar sekarang yang bakal menerajui negara mapan dalam kedua-dua bahasa. Bahasa Malaysia sebagai alat komunikasi lokal dan bahasa Inggeris sebagai bahasa perdagangan.

3 teras transformasi ini mudah. Pertama, mengembalikan sistem pendidikan sains dan matematik ke bahasa ibunda masing-masing di sekolah rendah untuk memapankan pemahaman. Yakni, Sekolah Melayu menggunakan Bahasa Malaysia, Sekolah Cina menggunakan bahasa Tionghua dan Sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.

Kedua memantapkan bahasa Inggeris dengan 12 langkah. Antara langkahnya ialah, mewujudkan makmal bahasa. Menurut seorang language consultant, makmal bahasa is next to nothing kerana daripada pengamatannya, makmal bahasa boleh digantikan dengan makmal komputer dan pembelian software-software yang berupaya memapankan bahasa Inggeris ini.

Dan teras yang ketiga ialah memartabatkan bahasa Melayu dengan memperkasa tatabahasa dan seni bahasa di kedua-dua institusi sekolah primer dan sekunder.

*Pada pendapat saya, penekanan terhadap kesusasteraan Inggeris dan Melayu harus seiring. Jika, kesusasteraan Inggeris diperkenalkan seawal tahap 2 di sekolah rendah, kesusasteraan Melayu yang lebih mudah juga seharusnya diperkenalkan di sekolah rendah.

Jangan nanti, kerana terlampau memperkasa bahasa Inggeris wujud satu dogma bahawa apabila berbahasa Melayu itu tarafnya rendah berbanding dengan bahasa Inggeris.

Mungkin pengumuman semalam tidak dapat memuaskan hati semua pihak, namun, yang seharusnya diberi penekanan sekarang ialah sama-sama berganding bahu untuk melaksanakan perancangan ini. Jangan hanya pandai mengkritik, namun, apabila kerajaan memerlukan bantuan, pengkritik-pengkritik ini hanya berdiam diri. Sama-samalah bekerjasama untuk kebaikan generasi Malaysia.

3 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

hidup Malaysia!! kerajaan da mansuh PPSMI bermula 2012...
tp bg ak, lmbt sgt tu (2012). kenapa masa nak laksana dulu hny ambk masa 6 bulan je???

FarisPharmacistMuslim on July 13, 2009 at 7:51 AM said... [Reply to comment]

ntahla...mcm bukan pemansuhan...tp penangguhan pemansuha...kl nak mansuh 2012..nape nak umum dari skrg...

Salahuddin Harith on July 14, 2009 at 10:14 AM said... [Reply to comment]

pada pendapat saya, mungkin 2012 itu seperti terlalu lama...namun, jika mahu dimansuhkan serta-merta, mungkin akan memberi bebanan kepada pelbagai pihak untuk melaksanakan sistem yang baru.

Selepas pelbagai kajian dan perjumpaan dilaksanakan, saya pasti masa yang ada digunakan untuk memantapkan persediaan untuk sistem yang baru.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template