Assalamualaikum. Moga-moga Allah tidak palingkan hati kita setelah diberikan nikmat iman dan Islam yang begitu lazat. Amin. Begitu pentingnya hati ini, sehingga antara doa yang disunnahkan untuk dibaca di dalam tahiyyat akhir ialah:"Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati, Tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan ketaatan-Mu dan jihad di atas jalan-Mu"
Kekadang kita melakukan kebajikan, kita mengharapkan manusia berterima kasih. Namun, lupakah kita, kesemua manusia ini merupakan ciptaan Allah s.w.t. Begitu sedikit hamba-hambaNya yang bersyukur, sedangkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah terlampau banyak untuk dihitung. Siapalah kita jika nak dibandingkan dengan Allah s.w.t, untuk mengharapkan terima kasih manusia.
Cuba kita fikir sejenak. Andai ditukar bebola mata kita dengan bayaran sejuta ringgit. Sanggupkah? Jika ditukar nikmat kaki dan tangan dengan selembah emas. Ada berani? Begitulah, nikmat Allah yang tidak terhitung.
Lakukanlah kebajikan selagi ada peluang. Janganlah mengharapkan ucapan terima kasih dari manusia. Malah, ada antara bijak pandai berkata:
Sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa.
Firman Allah dalam surah an-Nisa':114
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barangsiapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar."
Moga-moga Allah sentiasa lorongkan hati kita untuk melakukan kebajikan. Buatlah apa sahaja selagi benar untuk Tuhan.


2 comments:
Ikhlas itu duduknya jauh dalam hati,
tersembunyi, sukar nak dicari...
Rahsianya hanya Allah dan empunya diri yang tahu...
Allahuakabar....
sudah diberitahu bahawa ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu yang hitam diwaktu malam yang gelap...
konsep istikhlas juga boleh diguna pakai...fake it, till u make it
Post a Comment