15.7.09

Kendur Semangat Menulis Blog?

Alhamdulillah, untaian syukur dipanjatkan kerana Allah memberikan kesempatan untuk mencoret sedikit selepas sibuk memulakan tugas sebagai Final Year. Entah mengapa hari-hari awal semester ini, diri terasa di wilayah keterasingan. Ah, usaikan sahaja. Berbahagialah dengan apa yang ada. Moga-moga dengan banyak bersyukur, Allah akan memudahkan jalan hidup dan mengurniakan rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka.

Dewasa ini, dunia penulisan blog terutamanya rakan-rakan Rx seperti hilang taringnya. Hanya bahasa sepi yang melatari dimensi penulisan. Tidak pula dibuat kajian mengapa. Sebelum menapak jauh, mari kita balik ke pangkal. Apakah objektif kita menulis blog? Pernah seorang rakan apabila di'tag', kenapa anda menulis blog? jawapannya "saja gedik-gedik".

Apabila kita menulis, kita mempunyai amanah dalam proses humanisasi. Ya, humanisasi yang merupakan proses memanusiakan manusia. Buang angan-angan untuk menjadi glamor. Lempar khayalan untuk menjana pendapatan. Karya seharusnya murni dan mempunyai rasa supaya pembaca menghubungkait artikel dengan kehidupan mereka. Lihatlah penulis-penulis agung., bukan intuisi mereka untuk menjana pendapatan.

Secara tuntas, 3 aspek penulisan yang mendapat tempat ialah agama, politik dan sejarah. Mengapa? kerana 3 aspek ini tidak lari daripada hubungkaitnya dengan kehidupan manusia. Maka, sebarang penulisan harus ada hubungannya dengan aspek-aspek ini.

Moga-moga semakin ramai yang menulis blog yang berinformasi dan bersifat humanisasi. Tingkatkan kualiti kurangkan kontroversi.

2 comments:

Mocha Ghost on July 15, 2009 at 7:28 PM said... [Reply to comment]

Jangan putus asa. Jadikan blogging sebagai wacana percambahan fikiran. Insyallah, di redhaiNya.

farhanyamin on July 15, 2009 at 9:27 PM said... [Reply to comment]

haiyoh... termakan cili sgt tau :P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template