"Apa gunanya jika membaca al-Quran kalau tidak faham," lontar si murid. "Bacalah, nanti perlahan-lahan ustaz akan ajar maknanya," pujuk ustaznya.
Diturutkan kata-kata ustaz, murid itu istiqamah membaca al-Quran. Hari bersilih hari. Bulan bersilih bulan. Lama-kelamaan jemu hadir tanpa diundang. Bertamu bersarang di benak kalbu.
"Baik. Ustaz akan menyuruh kamu melakukan perkerjaan yang lebih bermakna," ujar Ustaz.
Kuntuman senyuman mekar di bibir murid.
Ustaz pun menyerahkan sebuah raga yang kotor kepada anak muridnya. "Nah, kamu ambil raga ini! Cedok air sungai untuk kolah surau kita," pesan si ustaz.
Ni mesti ada udang di sebalik batu ni, detik hati si murid. Dengan cepat dia mencedok air sungai untuk memenuhkan kolah surau. Tapi usahanya sia-sia belaka. Belum sampai ke kolah, air di dalam raga sudah tiada. Masakan tidak, air mengalir keluar dari celah- celah raga tadi. Berkali-kali dia mencuba namun kegagalan yang ditemui.
"Ustaz, ni lagi useless tahap giga. Raga ni kena ganti dengan timba, baru penuh air kolah tu," ujar si murid sambil jari telunjuk dihala ke arah kolah.
Ustaz tersenyum. "Menimba air dengan raga samalah seperti membaca al-Quran tetapi tidak tahu maknanya."
"Maksud ustaz, sama-sama tidak berfaedah?" tanya si murid.
"Bukan. Sama-sama ada faedahnya," pintas ustaz.
"Cuba kamu lihat raga yang kamu guna tadi. Memula kotorkan? Tetapi lama-lama menjadi bersih," jelas ustaz.
"Haahlah," jawab murid, pendek.
"Ha, begitulah juga hati apabila membaca al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun, tidak mengerti makna, namun hati itu dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan," jelas ustaz.
Murid tersebut mengerti. Pengajaran yang tidak mungkin dilupakan. Dia tahu bahawa setiap amal soleh itu tidak akan sia-sia. Pasti ada hikmah yang tersirat.


3 comments:
disamping boleh menyirami perjalanan pelajar itu, menyuburkan pokok2 disekitarnya.
nak bace camner kalau xreti kan??
kije dok melepak n merempit jerk..
Betapa agung kalam-Nya,
hinggakan Umar yang keras hatinya menjadi luluh cair tika mendengar ayat-ayat suci kalam Allah...
Subhanallah...
Sgt rugi jika kita tidak ambil kesempatan menghayati keindahan Islam melalui Kitab yang Agung itu...
Post a Comment