Tanggal 14 Julai (Selasa) ini bakal memperlihatkan pertentangan 1 lawan 1 antara dua parti iaitu UMNO dan PAS. Pilihanraya kali ini dilihat sebagai satu perayaan demokrasi kerana berbondong-bondong manusia bertandang ke wilayah yang tidak begitu popular di dada akhbar ini. Dan kerana kelambakan jumlah manusia di Manik Urai, harga makanan melambung dan ada penduduk kampung yang sanggup tinggal di rumah saudara mereka untuk disewakan.Metodologi kempen yang berteraskan politik matang amat dipuji kerana kedua-dua pihak mengeluarkan kenyataan tidak akan menyerang peribadi calon masing-masing. Yang cuba diketengahkan ialah dasar dan hala tuju perjuangan parti.
BN dilihat sebagai under dog kerana selepas 4 PRU sebelum ini, BN hanya menang sekali dengan majoriti yang kecil yakni 53 undi. PRU ke-12, baru-baru ini memperlihatkan PAS menang dengan majoriti 1352undi. Daripada data yang diperoleh, ada pengundi atas pagar yang kelihatan.
Persoalannya, bagaimana BN sebagai under dog berjaya memenangi hati pengundi di Manik Urai? Pada pendapat saya, BN seharus memainkan isu-isu domestik berbanding isu-isu nasional.

Penduduk kampung yang bergantung kepada peruncitan, perladangan dan perternakan ini memerlukan bantuan untuk menyalurkan hasil-hasil mereka. Namun, perlu diingat pada masa yang sama, mereka-mereka ini mahukan pegangan bebas.
Maksudnya, mereka mahukan kawalan sendiri terhadap apa yang mereka lakukan. Usaha BN menziarah rumah ke rumah merupakan satu usaha yang baik untuk menerangkan aspirasi kerajaan. Namun, status under dog di Manik Urai perlu selaras dengan kempen yang diadakan. Penduduk Manik Urai tidak memerlukan sangat pembangunan infrastruktur yang tidak membawa faedah secara langsung kepada penduduk.

Terserahlah kepada pengundi yang 50% berada di lingkungan umur bawah 40. Golongan atas 40 seperti sudah ada satu sentimen bahawa itulah parti yang mereka pilih sejak layak bergelar pengundi. Dan perlu juga diingatkan, lebih 3000 pengundi yang perlu balik pada 14 Julai (hari bekerja) untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.
Makanya, tunggu dan lihat 14 Julai ini. Saya merasakan, sukar untuk BN menembusi kubu PAS ini setelah melihat rentetan kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini.
Makanya, tunggu dan lihat 14 Julai ini. Saya merasakan, sukar untuk BN menembusi kubu PAS ini setelah melihat rentetan kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini.

6 comments:
salam...maaf tanya,anta sokong PAS or bn ye?...harap sudi menjawab,.
syukran...
@Anonymouswaalaikumussalam
ana seorang yang neutral. mana calon yang lebih bertakwa ana sokong.
erm,mcm tu ye?..betul jga ..tpi,bukankah agenda keseluruhan perjuangan oleh sesebuah parti itu perlu d titik beratkn?...brkenaan prinsip yg di pegang n yg di bawa?
@Anonymoussaya amat bersetuju dengan agenda keseluruhan perjuangan perlu dititik beratkan. dan prinsip yang dipegang dan dibawa oleh sesuatu parti.
pada segi yang lain, kita harus menitikberatkan bagaimana penterjemahan pemahaman prinsip parti, agenda perjuangan dan pegangan parti pada calon-calonnya.
saya memilih yang bertaqwa, kerana itu ajaran baginda S.A.W.
semasa baginda S.A.W sakit, baginda tercinta menolak orang yang paling tinggi taqwa nya untuk menjadi imam. siapa lagi kalau bukan khalifah pertama Saidina Abu Bakar R.A.
Alhamdulillah, ana setuju memilih yang bertaqwa sebagai imam or dalam erti kata lain sebagai pemimpin la kan...
ok, soalan ana senang jer, akhi pernah dengar tak "tahaluh siasi"?
so, bagaimana memilih yang lebih bertaqwa dapat diaplikasikan dalam hal ini?
bagaimana jika calon bukan Islam bertanding dengan calon Islam, tetapi dalam situasi (Parti A bertahluh siasi dgn Parti B) menghantar calon non-muslim tetapi bermatlamat bersatu ke arah Islam, & Parti C dengan calon Islam yang pastinya calon Islam lbh bertaqwa dr bukan Islam kan, but Calon ini dari parti yang penuh nasional nya...
adakah kita perlu menyokong yang bertaqwa iaitu parti C yg beragama islam or calon non-muslim itu???
Emmm mungkin soalan ni bukan la ditanya pada org yang arif dalam bidang ini, but what is your opinion?
maaf ana suka mengkaji, so bila akhi mencetuskan idea, ana sekadar bertanya... as a good researcher, we should think a lots right?
is it too high?... so sorry.
ok wassalam, teruskan berfikir =)
satu perkongsian:
LALANG NEUTRAL
Lalang meliuk kanan bertari di kiri
Sopan takzim angin sepoi membuai
Sekali menyapa ke kanan dia mengurai
Sekali menjemput gemalai dia ke kiri
Lalang setia tidak sekali tegak sangah
Haram melawan jauh menahan
Disambut hemah sapaan si angin kanan
Dirai hormat jemputan sang angin kiri
Wajib neutral mendamai kiri dan kanan
Namun seketika tiba monsun menderu
Kuat menarik teguh akar di tanah
Lalang akur
Nyata hujah monsun mantap mencabar
Gagah menyentap pasak sang akar
Saat akur pada monsun bersilih
Sang Lalang perlu wajib memilih
Sedar sang lalang akan hakikat kerdil
Berdiri di tengah belum tentu adil
Saat hujah terpasak alim
Berlaku neutral hukumnya zalim
Post a Comment