20.7.09

Students Learning Time...Retorik atau Realiti?



Gah tersergam bangunan Fakulti Farmasi. Seni bina moden disulam gaya tradisi menggamit para pelajar memulakan semester baru. Ruang tengah bak pusat membeli belah memang mengujakan. Itu belum lagi tiba waktu rembulan beraksi. Pencahayaan lampu yang terang benderang menjadikan fakulti ini seakan Forbidden City.

Semua penuntut teruja. Derap kaki ke kelas di atur tersusun demi menuntut ilmu memaju ummah. Biar putih tulang, jangan berat tulang. Itu prinsip yang terngiang mengetuk pintu akal agar cakna. Dewan kuliah berkerusi oren sehangat semangat menelaah ilmu. Jangan lupa yang di tahun akhir. Auditorium menawarkan kerusi empuk buat mata-mata yang mengantuk.

"Fakulti akan melaksanakan Students Learning Time. Ini bermakna anda, anda dan anda semua perlu membuat persediaan 1 jam sebelum dan 1 jam selepas menghadiri kuliah," pesan bertanak-tanak para pensyarah.

Seusai seminggu, bagaimanakah tahap keberkesanan usaha murni ini? Konsep mudah mahu memacu kesarjanaan minda, namun sejauh mana pelajar-pelajar merealisasikannya? Tepuk dada tanya diri.

p/s: Terkadang ber'facebook' dan ber'YM' pun berjam-jam.

3 comments:

Hamba_Tuhan on July 23, 2009 at 10:46 AM said... [Reply to comment]

AssaLamualaiKuM...hai org sane...
hehe...



http://nawfaltimur.blogspot.com

Salahuddin Harith on July 23, 2009 at 11:24 PM said... [Reply to comment]

waalaikumussalam..hai orang sini..
hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

ak dari awal lg mmg x stuju ngan bnde ni..
terlalu idealistik, x practical, dan mengarut pon ade.
cube bayangkan:
klas satu ari biase full 8-4, which means ade 6 klas shari.
ok, 1 jam bef n 1 jam seblom.
mknenye ko kne study 6 jam mlm tu utk klas ari tersebut dan 6 jam lg utk hari esoknye!!!
weh, ingt ktorg robot ke, xyah tido, xyah mkn xyah wat mende len slain study...
hmm... tah pape la mmbazer mase pkkan bnde bengong camtu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template