
Alhamdulillah, Allah memberikan tenaga yang mencurah-curah untuk saya bersekang mata menulis sedikit ulasan mengenai buku yang baru sahaja saya habis baca iaitu Karya Nan Indah oleh Faisal Tehrani. Bersekang mata kerana badan masih panas setelah beriadah tatkala kerajaan gelap menguasai langit. Sultannya, sang bulan, gah bersemayam memancar sinar.
Dengan payah saya cuba menghabiskan buku ini. Sampai ke kelas pun, saya membimbit buku ini bersama. Ada yang menegur. "Solah, ambil bahasa Malaysia ke? Bukan Bahasa Melayu Kerjaya kita tidak perlu ambil?", "Nak jadi penulis ke?", "Orang lain sibuk baca Drugs Info dan BNF (British National Formulary), dia boleh baca buku pantun." Dan, ada yang menegur, "Bukan Faisal Tehrani, penulis yang mempunyai unsur-unsur Syiah ke?"
Senyum segaris dipamer. Hiasan muka menebar rasa senang. Sedekah percuma ni, detik hati. Buku ini secara tidak sengaja saya beli. Manakan tidak, hendak ke bengkel penulisan 'senior' saya ini, beratus-ratus harganya. Buku yang tidak sampai RM30 ini apalah sangat. Lagipun, saya memang lemah dalam penulisan.
Buku ini mengajar tentang aspek-aspek seperti niat untuk menjadi penulis, mendapatkan idea, melahirkan rasa, menyulam falsafah dan fikrah, menghidupkan cerita, mencipta watak, gaya bahasa yang harus digunakan dan pelbagai lagi.
Saya tertarik dengan kata-kata Faisal Tehrani bahawa untuk menjadi mahir dalam penulisan, bukanlah dapat dicapai dalam masa sehari. Beliau pun mengakui ada perbezaan novel-novel dan cerpen-cerpen beliau yang terdahulu dan sekarang. Terdapat 9 contoh cerpen yang dikepilkan bersama dalam buku ini untuk bimbingan para pembaca budiman.
Saya amat tertarik dengan cerpen Talang dan Kerana Manisnya Epal. Gaya bahasanya segar, latar, isu, fikrah dibawa dengan kuat sehinggakan, pembaca terkesima.
Buat mereka yang ingin memahami aspek-aspek penulisan kreatif, sila-silalah dapatkan buku ini.


4 comments:
skrg mmg susah nak dapat penulis yang betul2 kreatif dan berkualiti..ada satu novelis agak baru dari indonesia, penulisan dia sgt kreatif dan modern...rasa agak glemer gak skrg, andrea hirata, baca ar tetralogy novel dia...sgt best n boleh bg bnyk inspirasi kpd sape2 yang suka menulis cam solah...
i did love to read 'Kerana Manisnya Epal'. The story is quite facsinated as it took place somewhere in Canada if i'm not mistaken. But the way the author expressed specific names of apple is really unforgottable. 1 thing is, the main character- is she i think, should not make non-Muslim as their step-father supposedly. I refer it from Quranic verse and if i'm mistaken, please anybody correct me..
Solah,
Bila cuti nanti nak pinjam n baca. Lama dah tak melawat popular book store di KB Mall.
FYI, blog saya dah berkubur sebab tak renew domain name. Ada masalah sikit dengan webhosting provider.
Sekarang menumpang di http://abufaris.byethost31.com/.
Harap dapat point link lama abufaris ke url baru.
Thanks for sharing the book of course..
boleh2..buku2 yang hari tu pun tinggal je kat batu kurau..
tak dibawa ke sini..sebab nanti susah nak angkut pula...dah nak grad..
ok dah tukar url...
thank you.
Post a Comment