31.5.10

Kad Kredit Bank Islam

Kad kredit Bank Islam
Setelah kita mengetahui bahawa kad kredit konvensional mempunyai unsur riba yang menyebabkannya haram, alternatif yang ditawarkan ialah kad kredit yang dikeluarkan oleh perbankan Islam seperti Bank Islam, BSN (al-Aiman), AmBank (Al-Taslif) dan sebagainya.

Bagaimanakah konsep jual beli di sebalik kad kredit bank Islam ini?

Secara asasnya, kaedah (Bai') jual beli dalam perbankan Islam terbahagi kepada 6 iaitu:

1) Murabahah (Harga Tambah)
2) Salam (Jualan Tempah)
3) Istisna' (Tempah Buatan)
4) Inah (Belian Semula)
5) Sarf (Tukaran Wang)
6) Tawarruq (Belian Pelbagai Pihak)

Kebanyakan kad kredit perbankan Islam menggunakan konsep jual beli (Bai' al-Inah) iaitu (beli dan kemudian jual kembali).

Prosedur konsep jual beli (Bai' al-Inah) kad kredit Bank Islam:

1) Bank menjual aset kepada pemohon kad kredit dengan harga tertentu.
(Contoh harga aset: RM10,000).

Sekarang, pemohon kad kredit sudah mempunyai aset dengan membeli daripada bank.

2) Pemohon kad kredit membeli aset tersebut secara ansuran.

3) Kemudian, pemohon kad kredit menjual kembali aset tersebut kepada pihak bank dengan harga yang lebih rendah. (Contoh harga lebih rendah: RM8000)

4) Bank membeli dengan bentuk tunai dan memasukkan wang itu (RM8000, dalam contoh ini), ke dalam akaun khas yang dibuka untuk pemohon kad kredit tersebut.

5) Bank menyediakan kad yang nilainya bersandarkan wang yang terdapat dalam akaun khas tersebut. (RM8000, dalam contoh ini)

6) Sekiranya pelanggan membuat pembelian menggunakan kad kredit itu, bank membayar kepada penjual dengan menggunakan wang yang terdapat dalam akaun khas pelanggan.

Faham tak? Secara mudahnya, kad kredit perbankan Islam seperti kad kredit Bank Islam:

1) Mirip kepada kad debit.
2) Tidak ada caj kewangan terkumpul (compounding finance charge)
3) Berlandaskan konsep Syariah yang bebas dari unsur Riba dan Gharar (keraguan, kesamaran)
4) Menerima jual beli dengan penjual HALAL sahaja
5) Penghapusan yuran tahunan kad kredit dengan minimum 12 transaksi setahun
6) Caj Lewat Bayar serendah 1% ke atas baki tertunggak. (Kad kredit bank konvensional 1.5%)
7) Tiada Yuran Pendaftaran/Penyertaan

Banyakkan kelebihan kad kredit Bank Islam? Usah ragu-ragu lagi, pilihlah produk perbankan Islam.

Jika orang bukan Islam pun sedar hakikat ini, kenapa anda yang Muslim masih memilih kad kredit konvensional?

Rujukan


1) UZAR, 2009. Murabahah: Teori, Aplikasi, & Isu Dalam Perbankan Islam Semasa.
2) Mohamed Sulaiman & Aizuddinur Zakaria, 2010. Jejak Bisnes Rasul.
3) http://bankislam.com.my

p/s: Kad kredit Bank Islam telah bertukar dari menggunakan konsep Bai' al-Inah kepada konsep Tawarruq (Belian Pelbagai Pihak). Secara mudahnya, kedua-dua konsep lebih kurang sama. Perbezaan hanya pada siapa yang menjual aset kepada pemohon kad kredit.

8 comments:

TamingSari on May 31, 2010 at 3:32 PM said... [Reply to comment]

hmm..susah skit nk byg kn mcm maner prosesnyer...jadi ap kebaikan pggunaan kad kredit scare Islam ngn yg xgune kad kredit lgsung..especially..untuk umur2 cm kite skrg ni..?

Salahuddin Harith on May 31, 2010 at 3:56 PM said... [Reply to comment]

jika susah untuk bayangkan bagaimana, hanya:

1)pilih kad kredit perbankan Islam kerana tiada riba

Kelebihan kad kredit

1)Masih boleh membeli barang jika tiada wang @ tidak cukup wang
2)Mendapat mata dan rebat, contoh seperti kad kredit cimb Islamic yang bekerjasama dengan Petronas
3)Membeli secara online: tiket kapal terbang, tiket bas, ebay, mudah.com
4)Tidak perlu membuat pertukaran wang di negara asing, gunakan kad semasa mahu membeli barang.
5)Tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah yang besar.

ZR on May 31, 2010 at 5:02 PM said... [Reply to comment]

skrg menggunakan al taslif...ambank

TamingSari on May 31, 2010 at 5:09 PM said... [Reply to comment]

ow..ic...trimas2

Anonymous said... [Reply to comment]

good info.. terima kasih banyak2

Anonymous said... [Reply to comment]

kalao status saya masih lg pekerja sementara/kontrak di sektor kerajaan boleh mohon x kad kredit nih..

Anonymous said... [Reply to comment]

en solah...mana entri baru...lama dah sunyi sepi ni...exam tak habis lagi ke?,tak sabar nak tunggu entri baru drpd en. solah.

Anonymous said... [Reply to comment]

boleh saya tahu, apakah bentuk aset yg dijual drpd bank kpd pemohon? knp bank membeli kembali aset itu dgn harga yg lebih rendah? tq

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template