29.5.10

Kad Kredit Konvensional Haram?

Perfectly optimized page
Apa khabar semua? Sudah lama saya tidak mencoret perihal kewangan. Kali ini, saya tergerak untuk membicarakan tentang kad kredit. Nampak macam topik yang bosan, tapi tidak sebenarnya. Percayalah, tatkala anda mula kelihatan matang dan sudah bekerja, ejen-ejen kad kredit akan mula mencari anda. Jangan pula anda rasa glamor macam artis pula masa tu. Rimas adalah.

Kad kredit atau wang plastik ni memang banyak kelebihannya. Anda pasti maklum, bahawa anda tidak perlu lagi membawa sejumlah wang yang besar ke mana-mana, membeli secara online dengan mudah dan pelbagai lagi kemudahan yang ditawarkan oleh kad kredit ini.

Mari sama-sama memahami konsep jual beli dan caj-caj di sebalik kad kredit. Di sini, saya khususkan kepada konsep dan caj-caj kad kredit konvensional.
Justify Full
1) Acquirer Fee.

Acquirer=bank, Merchant=penjual.

Caj ini dikenakan oleh Acquirer kepada Merchant mengikut kepada pembelian pembeli.

Contoh:

Anda beli Sony PSP RM1000 menggunakan kad kredit. Acquirer (Bank) hanya membayar RM975 kepada Merchant (Kedai Sony) kerana Acquirer Fee ialah (2.5%).

2) Grace Period

Pemegang kad kredit diberikan tempoh masa selama 20-25 hari bagi menjelaskan hutang dan faedah yang dikenakan apabila menggunakan kad kredit kepada bank.

3) Bayaran minima

Pemegang kad dibenarkan membayar minima 5% daripada pembelian.

Contoh:

Anda menggunakan kad kredit sebanyak RM1000 pada bulan tersebut. Sebelum Grace Period, anda hanya perlu bayar minima 5% daripada RM1000 iaitu sebanyak RM50.

4) Faedah

Faedah kad kredit akan dikenakan terhadap baki hutang berdasarkan pengiraan bulanan selepas grace period.

Contoh:

Faedah tahunan=18%, Faedah bulanan=18/12 = 1.5%

Anda beli Sony PSP yang berharga RM1000 tadikan? Kemudian sebelum grace period tamat, anda bayar RM50 (5%). Maka bakinya ialah RM950. Selepas grace period, anda akan dikenakan faedah sebanyak RM14.25 (1.5%). Jadi, RM950 menjadi RM964.25.

5) Had kredit

Ditentukan oleh pengeluar kad (bank) berdasarkan status kewangan pemegang kad. Perasan tak ada kad kredit platinum dan sebagainya?

6) Yuran tahunan

Dikenakan kepada pemegang kad kredit bagi penggunaaan kad kredit tersebut.

Bagaimana kad kredit konvensional ini haram?

1) Haram sekiranya anda gagal membayar keseluruhan hutang semasa grace period. Kerana wujudnya unsur riba. Anda mungkin memandang remeh hal riba. Namun, riba ini seakan-akan anda melancarkan perang dengan Allah s.w.t. Sanggupkah anda?

2) Haram secara total berdasarkan kaedah Sadd az-Zara'i iaitu menutup jalan haram daripada berlaku. Lagipun, kad kredit Islam sudah banyak di pasaran. (Fatwa daripada Mazhab Syafi'e)

Kita Umat Islam

Telah banyak kad kredit Islam yang dikeluarkan oleh Bank Islam, BSN dan sebagainya. Sebagai orang Islam, gunalah perkhidmatan kad kredit sebegini. Sesungguhnya agama Islam itu, tidak akan menganiayai penganutnya. Yakinlah.

Jual Beli Berkat, Keluarga Selamat, Dunia Akhirat!

19 comments:

Syahrir bin Zaini on May 29, 2010 at 4:42 PM said... [Reply to comment]

Alternatif lain ialah dengan menggunakan KAD DEBIT.

Banyak pilihan bank yang menyediakannya. Contohnya seperti maybank, public bank.

Yang bagusnya, kad debit pun boleh guna untuk transaksi online. Boleh daftar akaun paypal dengan kad debit.

Anonymous said... [Reply to comment]

OK trime kasih solah.

tp ble x wat lg 1 post psl kad kredit Islam plak, camne ble jd halal plak?

::Guess::
(hehe, lame dah x komen)

Mohd Muzani Hasbullah on May 29, 2010 at 10:25 PM said... [Reply to comment]

Tu diaa..pakar ebay dah beri pandangan tuh hehe

Salahuddin Harith on May 30, 2010 at 10:19 AM said... [Reply to comment]

@Syahrir bin Zaini
saya bersetuju dengan penggunaan kad debit

1) memang kad debit dah ada fungsi visa dan mastercard
2) kuranglah berat beg dompet..hehe

cuma, kad debit tersebut haruslah dibuat daripada akaun Islamik, al-Wadiah, al-Mudharabah dan sebagainya.

Salahuddin Harith on May 30, 2010 at 10:22 AM said... [Reply to comment]

@AnonymousInsyaAllah, saya akan menerangkan konsep jual beli bagaimana kad kredit Islamik ini pada waktu yang lain. Teruskan menyokong produk perbankan Islam.

Saya faham, ada isu berkenaan perbankan Islam terikut-ikut dengan sistem perbankan konvensional. Namun, berilah ruang dan masa kepada perbankan Islam bertapak kukuh dengan menyokongnya. Lagipun, ramai pakar ekonomi sudah terbuka mata mereka dengan perbankan Islam yang tidak sekular.

Salahuddin Harith on May 30, 2010 at 10:23 AM said... [Reply to comment]

@Mohd Muzani Hasbullahitulah pasal,pakar ebay ni, kena ajar apa itu ebay dan estrakkan kat blog dia..hehe

musafir kehidupan on May 31, 2010 at 9:37 AM said... [Reply to comment]

Salam...Erm,walaupun tak pernah pegang kad kredit, tapi info ni pasti bermanfaat~Tapi nak tanya, kalau simpan duit kat bank lama,kan ada faedah tu...apa hukum dia yer?

Salahuddin Harith on May 31, 2010 at 2:42 PM said... [Reply to comment]

@musafir kehidupan
lihat pula kepada akaun bank jenis apa?

adakah al-wadiah atau al-mudharabah?

jika bukan akaun yang berlandaskan konsep Islamik, musafir perlu:

1) tutup akaun tersebut
2) ambil wang simpanan tanpa faedah sahaja, dan masukkan ke akaun Islamik (seperti al-Wadiah dan al-Mudharabah
3) Kira jumlah faedah dan sedekahkan tanpa mengharapkan sebarang pahala.

Rasullullah bersabda:

Sesiapa yang mengumpulkan wang haram dan kemudian bersedekah dengannya (membuat kebajikan) maka tiadalah sebarang ganjaran kebaikan buatnya. (direkodkan oleh al-Hakim)

Menurut Fatwa Kontemporari dari Dr Yusuf al-Qaradhawi: cara terbaik menguruskan hasil riba atau bunga di bank konvensional adalah dengan menyedekahkan harta itu tanpa mengharapkan sebarang pahala.

harap musafir faham

musafir kehidupan on June 1, 2010 at 10:35 PM said... [Reply to comment]

Syukran untuk penerangan..faham3X...
InsyaAllah akan lakukannya..

Syahrir bin Zaini on June 6, 2010 at 12:12 PM said... [Reply to comment]

Boleh lihat blog saya berkaitan Kad Debit Maybank

http://syahrirfarmasi.blogspot.com/2010/06/panduan-menggunakan-kad-debit-maybank.html

Izza Alias said... [Reply to comment]

Kad debit ada kait dengan riba sekiranya kad debit daripada bank konvensional, jadi pastikan kita buka akaun dengan perbankan islam pastu dapat kad debit yang selamat daripada riba - dr. zaharuddin

cuba dengar di sini (pasal kad debit pada masa 40:32)
http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/bicara_muamalat/BM%2020120222.mp3

Anonymous said... [Reply to comment]

Every weekend i used to go to see this website, as i wish for enjoyment, as this
this web site conations genuinely fastidious funny information too.


Feel free to visit my webpage; promoting clickbank products

Anonymous said... [Reply to comment]

I am really enjoying the theme/design of your web site.
Do you ever run into any internet browser compatibility
issues? A few of my blog visitors have complained
about my website not working correctly in Explorer but looks great in Chrome.
Do you have any recommendations to help fix this issue?


My web page; More Tips

Anonymous said... [Reply to comment]

Hello, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just curious if you get
a lot of spam remarks? If so how do you reduce it, any plugin
or anything you can suggest? I get so much lately it's driving me insane so any assistance is very much appreciated.

Here is my blog: http://wikipediarevolution.com/w/index.php?title=User:EusebiaM2

Anonymous said... [Reply to comment]

Why visitors still use to read news papers when in this technological globe all is available
on net?

Here is my web-site ... click through the following page

Anonymous said... [Reply to comment]

I blog quite often and I genuinely thank you for your information.
Your article has truly peaked my interest.

I'm going to take a note of your blog and keep checking for new details about once a week. I opted in for your RSS feed too.

Stop by my site :: seo google ranking

Anonymous said... [Reply to comment]

Right away I am going away to do my breakfast, once having my breakfast coming yet again to
read additional news.

Feel free to surf to my blog post: best Search engine optimization company

Anonymous said... [Reply to comment]

This is really interesting, You're a very skilled blogger. I've joined your feed and look forward to seeking more of your magnificent
post. Also, I've shared your website in my social networks!

Feel free to visit my homepage - search engine optimization is

Anonymous said... [Reply to comment]

yea superb exercise :D

My page - privat Versichert

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template