9.5.10

Tips: Berlindung daripada Syaitan

Dalam usaha mengubah diri ke arah kebaikan, pasti ada musuh-musuh yang tidak senang dengan penghijrahan kita dari wilayah gelap ke wilayah cahaya. Siapakah musuh tersebut? Tidak lain dan tidak bukan dialah syaitan.

Siapakah syaitan?

Untuk menentang musuh, kita kena terlebih dahulu kenal dengan musuh kita. Betul tak? Menurut Ibn Jarir at-Tabari, "Sebenarnya, kalimah syaitan lazim digunakan oleh orang Arab dalam percakapan yang merujuk kepada setiap pembangkang daripada golongan jin, manusia, haiwan dan segala sesuatu."

Nah, ketuanya Iblis tapi syaitan itu boleh menjadi sesiapa sahaja yang membangkang. Itu termasuklah golongan manusia dan jin.

Setiap manusia ada qarin (jin yang mendampinginya)

Setiap manusia ada disertai oleh qarin. Ini bertepatan dengan Hadis Muslim no. 2814:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun daripada kalian melainkan telah diutuskan kepadanya qarin (pendamping) daripada kalangan jin.

Para sahabat lantas bertanya: termasuk Nabi juga?

Jawapan Nabi: "Ya, cuma Allah telah membantuku menyebabkan ia masuk Islam, maka ia hanya menyuruhku melakukan kebaikan".

Cara Berlindung

Dah jelas difirmankan oleh Allah dalam surah al-A'raf ayat 201:

"Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."

Selain itu:

1) Memperbanyakkan berta'awwuz. (A'uzubillahiminassyaitonirrajim)
2) Menjaga wuduk
3) Mengamalkan ayat kursi
4) Membaca keseluruhan surah al-Baqarah
5) Mengucapkan tahlil (lailahaillAllah)
6) Membaca doa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w daripada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a. (al-Baihaqi)

"Allahumma inni A'uzubika Minassyaitonir Rajim, Wanafkhihi, wahamzihi, wanafthihi"

Bermaksud: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan yang terkutuk, daripada penyakit gila yang ditimbulkannya, daripada godaannya dan hembusannya.

2 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamulaikum,

Bukanlah susah juga nak menghalang diri daripada godaan syaitan. Rasulullah S.A.W dah berpesan, supaya kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah. Walaubagaimanapun huraian saudara saya kira memudahkan lagi pemahaman pembaca tentang bagaimana cara yang lebih spesifik.

Setiap amalan (e.g membuang air, solat, memandu kereta, keluar rumah) yang dimulakan dengan nama Allah dan taawuz akan membantu menghindarkan daripada gangguan syaitan.

Wallahualam

Salahuddin Harith on May 10, 2010 at 11:34 AM said... [Reply to comment]

Waalaikumussalam

terima kasih atas perkongsian karl

sebenarnya amalan-amalan tersebut telah digariskan dalam kitab Rahmatan lil a'lamin dan tafsir al-Muharrar al-Wajiz

saya berkongsi agar kita dapat berusaha berlindung daripada syaitan..

terima kasih karl sekali lagi

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template