6.5.10

Usah Jemu Melakukan Kebaikan


Dia ni kan tak tau berterima kasih langsung. Orang buat baik, boleh dia buat muka seposen. Malaslah aku nak tolong dia lagi. Monolog Azuwin.

Kebaikan dibalas kebaikan

Kenyataan di atas selalu terdetik dalam hati kebanyakan daripada kita. Seringkali kita terluka dengan orang-orang yang tidak pandai berterima kasih meskipun kita sudah membuat kebaikan. Orang-orang sebegini menyebabkan hati kita lesu dan jemu untuk melakukan kebaikan dan kebajikan.

Saya tidak terkecuali dalam hal ini. Saya tercari-cari apa sebenarnya makna disebalik ujian Allah ini. Akhirnya, alhamdulillah, saya ketemu jawapannya. Sifirnya sama: buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.

Contohnya, si A selalu bertanya khabar, menolong dan berbakti kepada si B. Tapi si B tak pula begitu. Tapi si A lupa, si C sering bertanya khabar, menolong dan berbakti kepada si A. Subhanallah, janji Allah itu benar.

Contoh lagi, seorang pekerja yang ikhlas bekerja dan menganggap Allah is his CEO. Dia tak bodek-bodek untuk naik pangkat, naik gaji dan sebagainya. Meskipun begitu, Allah balas keikhlasannya, kebaikannya dengan anak-anak yang berjaya, berpangkat besar, isteri yang solehah dan sebagainya.

Rumusan

Allah Maha Adil. Allah takkan sia-siakan kebaikan hamba-hambaNya yang ikhlas melakukan kebajikan. Kebaikan itu ibarat bola getah yang kita baling ke dinding, dan dia akan memantul kembali kepada kita.

Usah jemu melakukan kebaikan meskipun tidak mendapat penghargaan. Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, sedikit sekali hamba Allah yang bersyukur meskipun Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah.

Lihat! Allah tidak berhenti memberi biarkan manusia tidak tahu bersyukur. Jadi, siapalah kita sebagai manusia untuk jemu memberi.

Teruskan memberi dan berbakti, kerana yang memberi akan merasa ketenangan jiwa dan kebahagiaan andai ikhlas bertakhta.

3 comments:

zaini_jb on May 7, 2010 at 3:55 PM said... [Reply to comment]

"Usah jemu melakukan kebaikan meskipun tidak mendapat penghargaan. Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, sedikit sekali hamba Allah yang bersyukur meskipun Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah."

setuju2! :)

MU'ALLIMAH on May 7, 2010 at 10:22 PM said... [Reply to comment]

bismillah,
teringat kata2 saiyidina 'ali KWJ..lebih kurang cenggini intinya;

"andai kau ras lelah melakukan kebaikan,ingatlah bhw kepenatan itu akan hilang tapi pahalanya kekal, dan andai kau rasa seronok kerana melakukan kejahatan,ingatlah keseronokan itu akan hilang tapi dosanya berkekalan"

setuju juge..! :)

Salahuddin Harith on May 8, 2010 at 6:23 AM said... [Reply to comment]

to zaini jb atau ex-roommate

ini bertepatan dengan pesanan Dr Aidh Abdullah al-Qarni: kalau kita nak fikirkan penghargaan orang terhadap kita, kita akan jadi gila

to faqirah ilAllah

terima kasih atas perkongsian yang menyentuh daripada saidina ali

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template