11.5.10

Tips: Hidup Mudah dan Tenang


Seronoknya apabila hidup kita dalam keadaan tenang. Jika selalu berfikir, kesihatan kita akan terjejas. Bukan tidak boleh berfikir, tapi jika terlampau berfikir, kita akan mensia-siakan masa dan peluang yang terbentang luas di hadapan kita. Jadilah kita umpama pepatah, kuman diseberang laut kelihatan, gajah di depan mata tidak pula.

Rancang dengan Apa yang Ada

Pernah dengar lagu Nowseeheart? "Rancang dengan apa yang ada ditangan, Bukan yang kita angan-angankan?". Malah cerdik pandai mengingatkan: "Beradalah di tempat kamu berada."

Maknanya, hidup dan beradalah pada hari ini dan sekarang. Jangan dikhuatir hari esok yang belum pasti. Jangan dihantui hari semalam yang telah berlalu

Yang pentingnya, rancang dan susun jadual kehidupan kita, kerana kegagalan untuk merancang, bermakna kita merancang untuk gagal atau istilah yang lebih popular "Fail to Plan is Plan to Fail". Iya kan?

Hidup umpama membaca sebuah buku yang tebal. Sabar dan jangan dilangkau-langkau dalam membacanya. Bacalah mengikut helaian dan setiap patah kata. Terkadang, kita boleh menggunakan pengalaman dan ilmu, yang sudah kita baca pada halaman sebelumnya untuk tindakan kita sekarang.

Nah, inilah antara rahsia ketenangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Mereka amat produktif kerana tidak gelisah dengan perkara yang tidak pasti. Mengapa saya katakan mereka produktif? Kerana kelangsungan dakwah mereka sampai kepada kita generasi kini. Allahumma Solli Ala Muhammad!

Usah difikirkan sangat masa depan yang dikawal oleh Tuhan. Inilah hikmahnya mengapa Allah rahsiakan Qada' dan Qadar daripada pengetahuan manusia. Supaya hamba-hambaNya dapat hidup tenang tanpa diganggu sedikitpun tentang pengetahuan masa hadapan.

Life make it simple

Akhirnya, life make it simple. Tenanglah dan hiduplah dengan mudah. Usah bebankan diri anda dengan perkara yang tidak pasti. Gunakan masa sebaiknya sekarang. Anda di masa depan ialah apa yang anda usahakan sekarang!

1 comments:

Anonymous said... [Reply to comment]

tapi, mcm mana ya saya nak berubah? sy tau, sy mesti baca doa byk2.. mesti yakin dgn ketetapan yg Allah sudah tentukan.. jadikan doa "allahumma inni 'auzubika minal hammi wal hazan........(smpai habis)" dgn tekun stiap kali solat. sbb sy ni pemikir dan perisau.sy slalu takut utk mhadapapi ms depan.sy amat brharap sy dpt berubah satu hari nt.insyaAllah!!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template