1.6.10

Obesiti: Kurangkan Karbohidrat Terproses

Piramid Makanan Malaysia
Obesiti atau kegemukan secara mudahnya berlaku kerana kalori yang diambil (daripada makanan) berlebihan daripada tenaga yang digunakan untuk aktiviti harian.

Penambahan sebanyak 500 kalori sehari selama 1 minggu akan menyebabkan peningkatan berat badan sebanyak 1 kilo. Bermakna, 1 kilo = 3500 kalori. Jika anda mahukan penurunan berat badan, kurangkan 500 kalori sehari selama seminggu. Maka, berat badan anda akan berkurang sebanyak 1 kilo.

Punca Obesiti

Antara punca obesiti yang dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ialah tabiat rakyat Malaysia yang kerap makan di restauran-restauran pada lewat malam dan awal pagi. Di bandar-bandar, kedai-kedai mamak nasi kandar menjadi pilihan. Di kampung-kampung, gerai-gerai kecil terutamanya yang menawarkan hiburan karaoke dipenuhi pengunjung.

Namun kita terlepas pandang tentang salah satu daripada punca obesiti iaitu makan Karbohidrat Terproses.

Apa itu karbohidrat terproses?

Makanan yang dibuat daripada tepung yang diproses. Contohnya: Donut, biskut, kek, roti dan lain-lain.

Keburukan Karbohidrat Terproses

Tepung yang diproses kurang mengandungi vitamin, mineral, omega-6 yang diperlukan oleh tubuh.

Mengapa Cepat Lapar?

Kenapa apabila seseorang makan roti, sekejap sahaja dia berasa lapar?

Ini kerana, makanan yang diproses ini akan melepaskan glukos (gula) ke dalam darah secara pantas. Apabila tinggi kandungan gula, mereka rasa bertenaga. Namun, apabila kandungan gula berkurang, mereka keletihan, kelaparan, murung dan sebagainya.

Justeru, mereka memerlukan perangsang seperti coklat, kopi, teh, kuih-kuih manis dan sebagainya.

Baru Saya Faham

Dulu semasa di universiti, rakan sekelas saya yang membina badan ada berpesan, kurangkan makanan karbohidrat terproses. Ambil makanan yang dimasak, seperti nasi dan lauk-pauk. Saya tidak faham kenapa pada waktu itu. Sekarang, baru saya faham. Kenapa kena kurangkan makan donut, roti, biskut dan sebagainya.

Ambillah karbohidrat sebanyak 50-55% untuk keperluan tenaga anda. Untuk memudahkan anda, anggapkan separuh pinggan nasi sebagai 50%.

Semoga anda mendapat berat badan yang ideal!

9 comments:

ZR on June 1, 2010 at 8:51 AM said... [Reply to comment]

kuih-muih, donut sewaktu dgn ye bukan shj mengandungi karbohidrat terproses..tetapi gula yg tinggi...

Anonymous said... [Reply to comment]

hai..boleh tak sy nak tahu..kenapa org yg mengalami obesiti dan kencing manis disuruh mengambil nasi yg sedikit?

Salahuddin Harith on October 23, 2011 at 6:38 PM said... [Reply to comment]

@Anonymousorang yang mengalami masalah obesiti ialah mereka yang mempunyai Body Mass Index lebih daripada 30. Untuk mengurangkan berat badan, pengambilan makanan perlu dikurangkan. Makanan ruji di Malaysia ialah nasi. Dengan mengurangkan saiz hidangan nasi, ini dapat membantu mengurangkan berat badan.

bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, pengambilan nasi boleh menyebabkan kenaikan paras gula dalam darah. Paras gula yang tidak normal akan menyebakan komplikasi seperti rabun, masalah saraf dan lain-lain.

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalammualaikum..owh..tp sy x faham lg knp dlm piramid makanan menunjukkn nasi perlu diambil "lebih banyak", buah-buahan "banyak" dan seterusnya..sdgkan nasi tu akan sebabkan kegemukan(mungkin sy xfhm bacaan piramid makanan ni)..heheh..by the way sy suke bace blog awak ni,lagi-lagi bab kesihatan..TQ

Salahuddin Harith on October 25, 2011 at 5:40 PM said... [Reply to comment]

@Anonymouswaalaikumussalam..

pada asasnya, kita akan menambah berat badan sekiranya pengambilan kalori yang berlebihan daripada keperluan kalori harian.

setiap 1gm karbohidrat= ~4kcal
setiap 1gm protein= 4 kcal
setiap 1gm lemak= 9kcal

apa-apapun, karbohidrat tetap makanan asas kerana itu, saiz hidangannya lebih tinggi. tanpa karbohidrat, badan akan jadi lemah dan kurang tenaga kerana inilah sumber utama tenaga dalam badan.

buah-buahan dan sayur boleh ditidakkan kalorinya. jadi tidak perlu risau tentang penambahan berat badan.

tentang kesihatan ni, salah satu bidang tugas saya. terima kasih.

Anonymous said... [Reply to comment]

owh fahamlah sy serba sedikit..ok terima kasih atas penerangan itu..sy harap awak boleh bg lg banyak maklumat pasal kesihatan..semoga awak berjaya dlm bidang awak..Terima Kasih =)

Salahuddin Harith on October 26, 2011 at 1:49 AM said... [Reply to comment]

@Anonymoussama-sama, terima kasih atas doa

Unknown on July 19, 2012 at 11:21 PM said... [Reply to comment]

good info lah

Anonymous said... [Reply to comment]

adakah kandungan kabohaiderat berkurangan apabila nasi yang direbus dan dibuang kanjinya sebelum dikeringkan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template