Alhamdulillah, saya diizinkan Allah untuk menjadi tetamu di 2 tanah haram. Setelah menarik diri beberapa kali untuk ke sana, akhirnya, Allah pilih saya jua. Subhanallah, saya terfikir, meski banyak mana pun duit kita, atau kita tidak mampu untuk ke sana, jika Allah izinkan dan pilih kita, kuasa dan perancangan Allah itu amat tak terjangkau dari kuasa dan perancangan manusia.
Dalam rombongan umrah kali ni, saya ditemukan dengan seorang pekerja di Petronas. Meskipun beliau seorang yang kaya dan muda, namun sifat mudah bergaul dan tinggi budi amat saya puji. Dia berpesan, "Jika nak tunggu waktu senggang dengan urusan dunia ni, sampai bila pun tak habis-habis.". Saya mengangguk tanda mengiakan. Manusia tidak mampu memupuk 2 cinta. Biar cinta Allah memimpin cinta-cinta yang lain.
Dalam rombongan umrah kali ni, saya ditemukan dengan seorang pekerja di Petronas. Meskipun beliau seorang yang kaya dan muda, namun sifat mudah bergaul dan tinggi budi amat saya puji. Dia berpesan, "Jika nak tunggu waktu senggang dengan urusan dunia ni, sampai bila pun tak habis-habis.". Saya mengangguk tanda mengiakan. Manusia tidak mampu memupuk 2 cinta. Biar cinta Allah memimpin cinta-cinta yang lain.
Inilah gambar-gambar di Madinah al-Munawwarah.
1) Di pasar Kurma.
Kurma yang terbaik ialah Kurma Ajwa. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang makan pagi dengan 7 butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir pada hari itu" (Shahih al-Bukhari)
Kurma ajwah ni, ada yang dari bumi Madinah ada yang tidak. Pastikan anda membeli kurma yang ditanam di Madinah.
2) Halaqah al-Quran di Masjid Nabawi.
InsyaAllah, anda akan berpeluang memperbetulkan bacaan anda dengan tuan guru. Indahnya, semua orang yang berbeza warna kulit, duduk bersama membaca ayat-ayat Allah. Dan, mereka ini bersatu atas tauhid kepada Allah jua.
3) Air zam-zam
Ada yang sejuk dan ada yang tidak. Tepuk dada tanya selera. Doa yang dianjurkan untuk kita semasa meminumnya ialah: Allahumma inni asaluka i'lman nafia' warizqan wasia' washifaam min kulli dain. Sahabat baginda, Abu Zar al-Ghifari hidup hanya dengan minum air zam-zam untuk beberapa lama.
4) Kilang al-Quran
Di sinilah, al-Quran dicetak untuk dijual dan diwakafkan di masjid-masjid terutamanya Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi. Hanya pihak muslimin dibenarkan melawat dan anda akan mendapat satu al-Quran percuma yang diwakafkan oleh pemerintah Arab Saudi.
5) Di Taybah Universiti Bersama Rektor
Taybah juga nama lain bagi Madinah. Lawatan sambil belajar yang disambut penuh semangat ukhuwwah. Sudah menjadi satu kemestian bagi orang Arab untuk melayan tetamu dengan penuh mesra. Yang masalahnya, saya tak mampu nak makan sebanyakmana orang Arab makan.
6) Bukit Uhud
Pahala solat jenazah digambarkan sebanyak bukit uhud ini. Bukit Uhud ini sepanjang 7 km. Besarkan?
7) Masjid Jumuah
Masjid pertama Rasulullah menunaikan solat Jumaat berkiblatkan Masjidil Haram.
8) Masjid Nabawi
Rindu akan masjid ini. Nak melangkah kaki keluar daripadanya terasa berat. Solat disini pahalanya 1000 kali ganda dari masjid lain kecuali Masjidil Haram
9) Masjid Quba
Pahala solat dua rakaat di masjid ini selepas mengambil wuduk dan bermusafir dari rumah, ialah sama seperti menunaikan satu umrah.
10) Mimbar Rasulullah
Ma baina baiti wa mimbari raudatam mirriyadhil jannah. Apa di antara rumahku dan mimbar ku, taman di antara taman-taman syurga. Kerana itulah orang ramai berebut-rebut untuk solat di raudhah. Solat di antara mimbar dan rumah Rasulullah memang 'feel' dia lain.
11) Dari Perkuburan Baqi'
Perkuburan Baqi' ni ialah kubur ahli Bait, Ummahatul Mukminin dan para sahabat Rasulullah. Perkuburan ini dibuka selepas waktu subuh dan asar.
Ya Allah, aku memohon supaya kubisa menjejakkan kaki ke 2 tanah haram-Mu lagi. Ameen.













2 comments:
salam..alhamdulillah,bro diberi kesempatan utk menjejakkan kaki ke tanah suci..sangat jeles sebab saya tak mampu lagi nak pergi ke sana..insyaAllah kalau ada rezeki,saya akan pergi nanti..terima kasih kerana berkongsi ilmu tentang tempat dan sejarah ringkas tempat2 yg telah dikunjungi..
semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah..
to husnaizzati
terima kasih selalu lawat sini dan doa anda...Ya Allah permudahkan jalan husnaizzati untuk menziarahi Baitullah di Mekah.Amin
Post a Comment