Detik 845 pagi aku tiba di hospital. Kelihatan sanak saudara sudah berlinang air mata. Aksi tersebut terang lagi bersuluh menandakan keadaan abang yang sudah nazak atau sudah tiada. Aku bungkam.
Jam 1140 pagi, kakakku dan aku dipanggil ke ICU untuk melihat ujian bagi mengesahkan 'brain death' abang. Kesemua ujian memang sayu untuk dipandang, kerana hasilnya jelas abang sudah tiada. Doktor melepaskan segala alat bantuan dan membiarkan jantung abang berhenti berdegup.
Begitulah, akhirnya abang pergi jua bertemu Ilahi. Sebelum maghrib, jenazah dikuburkan. Alhamdulillah, urusan memandikan, mengkafankan, mensolatkan, dan menguburkan abang dipermudahkan.
Teringat semasa zaman sekolah dulu semasa kelas Tafsir oleh Ustaz Saidin. Ustaz ini tegas orangnya. Semua pelajar dikehendaki menghafal ayat quran yang kami belajar tafsirnya. Jika tidak, alamat rambut kena tariklah jawabnya. Namun, ada hikmahnya. Sehingga sekarang saya ingat lagi mafhum ayat tersebut. Alhamdulillah.
Antara ayat yang kami hafal ialah ayat yang begitu besar maknanya iaitu dari surah al-Baqarah 155-157.
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar.
(iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada TUHAN mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.
Nah! Biarpun kita diuji dengan kehilangan jiwa, kita harus sabar dan redha. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Perancangan Allah penuh dengan hikmah.

Pahala Sebesar Bukit Uhud
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sanak saudara, sahabat dan kenalan Allaharyam Ahmad Perdous Hasan atas segala pengorbanan dan doa kalian.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesiapa yang menghadiri jenazah seseorang Muslim dalam keadaan iman & ihtisab, hingga disolatkan ke atasnya,hingga selesai dikebumikan maka baginya pahala 2 qirat, setiap satu qirat sebesar bukit Uhud, sesiapa yang menghadirinya hingga disolatkan kemudian dia pulang sebelum dikebumikan baginya satu qirat pahala. (al-Bukhari)
Terima kasih, semoga Allah membalas pengorbanan kalian.
Kepada sahabat-sahabat rapat saya, Bro. Azwin, Bro. Shahmin, Bro. Azwadi dan Bro. Muzani, terima kasih atas keprihatinan anda yang saban hari bertanya perihal abang saya. Terima kasih atas doa kalian. Terima kasih jua buat sahabat-sahabat yang lain.
Sama-samalah kita berdoa اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
"Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sejahterakanlah dan maafkanlah beliau'

Terima kasih sekali lagi.

4 comments:
takziah untuk awk sekeluarga...moga roh abg awk dicucuri rahmatNya-amin
Al-Fatihah...
salam...innalillahiwainnailahirojiun...semoga bro dan family dikurniakan kesabaran dan ketabahan yg tinggi...insyaAllah..salam takziah...
Al-Fatihah untuk arwah..moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...amin..
Takziah jugak buat kuarga awak..
Al Fatihah... Semoga roh arwah perdous akan bersama2 mereka yang diampunkanNya dan beriman di sisiNya...
Post a Comment