18.2.10

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Alhamdulillah, mari panjatkan kesyukuran kepada Allah, kerana dikurniakan dua nikmat terbesar, iman dan Islam. Ada yang apabila dikatakan nikmat iman dan Islam ini besar, masih tertanya-tanya, benarkah? Iman dan Islam ini seolah-olah hadiah oleh Allah kepada kita. Hadiah ini, jika tidak dijaga, kita tidak dapat rasa betapa signifikannya kepada kehidupan manusia.

Islam ini disebarluas oleh baginda Muhammad S.A.W. Antara intipati yang sering kita dengar dalam khutbah baginda Rasulullah ialah:
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU
Namun begitu, khutbah baginda yang penuh pesanan menjadikan saya terpanggil untuk dikongsi di dalam blog ini. Marilah sama-sama menghayatinya.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s: Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad

Ya Rasulullah, Kami Merinduimu.

7 comments:

kuyam on February 18, 2010 at 6:06 PM said... [Reply to comment]

sangat merindui Rasulullah....

mknace unlimited on February 18, 2010 at 6:09 PM said... [Reply to comment]

artikel yang bagus..

Umie on February 18, 2010 at 6:21 PM said... [Reply to comment]

thanks sb sebarkan artikel ni...

Anonymous said... [Reply to comment]

Time kasih krn berkonsi ilmu...

Salahuddin Harith on February 19, 2010 at 7:33 AM said... [Reply to comment]

to kuyam, mknace, umie, myrol92

sama-sama...

Khutbatul al-Wida' ini dilakukan di Padang Arafah

Khutbah ini begitu menyentuh jiwa dan merupakan 'khulasah' (intisari) daripada seluruh isi kandungan al-Quran.

Anonymous said... [Reply to comment]

setelah Nabi saw telah wafat? adakah rasul juga ikut wafat?

Salahuddin Harith on September 8, 2011 at 1:02 AM said... [Reply to comment]

@AnonymousNabi Muhammad s.a.w ialah khatimul anbiya' wal mursalin (bermakna, penutup bagi sekalian nabi dan rasul)

Terdapat ramai Nabi yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Namun, hanya 25 daripada mereka yang diangkat sebagai Rasul.

Tugas Nabi dan Rasul berbeza. Rasul wajib menyampaikan apa yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepadanya, manakala Nabi tidak wajib menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w. ialah Nabi dan Rasul. Maka, jika baginda wafat. Nabi dan Rasul juga wafat.

Moga Allah merahmati anda.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template