9.2.10

Pengalamanku: Interview SPA

Tuk. Tuk. Tuk. Pintu berwarna coklat itu kuketuk. Kemudian, daun pintu dikuak dan langkah kakiku diatur ke dalam bilik yang sederhana besar itu. Kumendongakkan kepala dari posisi yang sedikit menunduk sebentar tadi. Kelihatan dua orang penemuduga berpakaian kemas duduk di hadapanku. "Assalamualaikum," aku memecah keheningan.

Salah seorangnya menggamit untuk kumemberikan fail dan resume. Lantas aku memberikan dokumen tersebut. "Silakan duduk.". Arahan dituruti dan aku duduk dalam keadaan bersedia untuk ditemuduga.

Penemuduga SPA

P: Salahuddin ya. Apa maksud Salahuddin?

S: Pembela agama.

P.: Nama ayah awak Haris @ Harith.

S: Satu sin satu tha.

P: What do your father do? Is he working?

S: My father had passed away when I was 15 years old.

P.: Ooh, it was quite sometime. What do your mother do? Who take care of you?

S: My mother is a house wife and she and my siblings take care of me.

Penemuduga membelek resume ku.

P: A good SPM result. All 1. Tak sikit sangat ke satu saja dapat?

Senyum kuukir. (Nak respon, tak tau)

P: What was your secondary school?

S: Kolej Islam Sultan Alam Shah, KISAS, Kolej Islam Klang. (KIK juga dikenali, seperti biasa)

P: An elit school. Good teachers, good performance.

S: Saya bersyukur diberi peluang belajar di sekolah sebegitu.

P: Apa yang awak sertai diuniversiti?

S: Saya menyertai pertandingan pantun, sukan seperti badminton dan bola tampar.

P: Ini saya tengok ada Majlis Perwakilan Pelajar.

S: Saya hanya calon. Tewas kepada kawan saya sebentar tadi Azwadi.

P: Ooh. Azwadi. Nampaknya dia lebih hebat daripada awak.

S: Orang memilih dia.

P: Tak mengapa. Penglibatan awak itu sudah bagus. Apa yang awak faham dengan konsep 1 Malaysia?

S: 1 Malaysia merupakan gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri kita, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dengan mendahulukan pencapaian dan mendahulukan rakyat, atau dalam BI, People First, Performance Now.

P: Ya. Tapi bagaimana jika situasinya begini. Ada sedang memberi ubat kepada pesakit, kemudian datang pesakit mengadu yang servis lambat dan dia sudah menunggu lama. Bagaimana anda mahu mentransformasi servis sebegini?

S: Saya yakin dan percaya setiap masalah boleh diselesaikan jika punca masalah dikenalpasti. Setelah diselidiki punca, barulah dilakukan transformasi. Cadangan saya agar diadakan sistem yang sistematik untuk mengurangkan masa menunggu. Gunakan sistem nombor, tempat menunggu yang selesa dan sebagainya.

P: Saya suka jawapan awak yang kita harus mengenalpasti punca. Sepatutnya awak menerangkan tentang punca sebelum terus kepada cadangan. Be creative!

S: Baik. (Baru tahu betapa berteraburnya idea. Hehe)

P: Awak pernah makan McDonald?

S: Saya sudah tidak ke sana sejak pemboikotan (ada ke perkataan ni?) barangan Yahudi kerana penyerangan Israel terhadap Baitul Maqdis pada Januari 2009.

P: Mengapa awak memboikot McD? Apa lagi jenama lain yang perlu diboikot?

S: Walaupun CEO McD merupakan Melayu Islam, bumiputera, namun ada peratusan saham yang memerlukan wang dialirkan kepada Amerika Syarikat. Jenama lain seperti Sara Lee, Ambi Pure, dan juga Intel. Namun, kebanyakan komputer menggunakan processor Intel, meskipun ada processor AMD dan sebagainya. Untuk ini, kita seharusnya memboikot mengikut kapasiti kita. Sebagai Muslim, kita perlu memboikot demi mengambil berat tentang keadaan umat Islam yang lain. (Terasa ekonomi+islamik jawapan ni.)

P: KFC bagaimana?

S: CEO KFC meminta umat Islam negara ini membantu dan menyokong beliau, supaya beliau dapat membeli keseluruhan syer milik Amerika Syarikat.

Penemuduga KKM (Dia ni pegang fail sijil kokurikulum)

P: Awak masuk kuiz ni. Ada keratan akhbar. Apa kuiz ni sebenarnya?

S: Kuiz Farmasi Kebangsaan. Semua Fakulti Farmasi dari IPTA dan IPTS seluruh negara menyertai pertandingan ini. Kuiz berkisar tentang akademik.

P: Ni, awak menyertai program orang asli. Apa aktiviti yang anda lakukan?

S: Kami mengajar fardu ain, memasak untuk mereka dan melakukan 'medical checkup'. Selalunya, orang asli tidak mempunyai masalah berat badan. Kebanyakan mereka merokok, jadi kami menyediakan khidmat kaunseling berhenti merokok.

P: Seperti yang anda tahu, orang asli banyak mengamalkan ubat-ubatan herba. Bagaimana anda nak memastikan mereka makan ubat-ubatan yang selamat?

S: Dalam perkara ini, konsep 'give and take' harus dilakukan. Yang mana ubat-ubatan herba yang merbahaya, kita nasihatkan mereka untuk berhenti mengambilnya. Yang mana ubat herba yang menunjukkan keberkesanan, kita boleh lakukan penyelidikan untuk dikomersialkan.

S: Method untuk menasihatkan mereka untuk berhenti dari mengambil herba yang merbahaya, kita menyampaikan maklumat melalui penterjemah yang mengetahui bahasa kita dan bahasa ibunda orang asli. Semasa menerangkan kita boleh menggunakan alat bantu.

P: Di mana anda hendak mendaftar sebagai seorang PRP.

S: (Zass, soalan RoPR la pulak) Di Kementerian Kesihatan Malaysia, di Putrajaya.

P: Awak tahu bangunan apa kat depan Pusat Matrikulasi UIAM kat Petaling Jaya?

S: Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

P: Ha. Sebelah bangunan tu, ada Bahagian untuk Pendaftaran Farmasi. Awak mohon kat Lembaga Farmasi. (Pharmacy Boardlah Solah). Awak kena tahu tempat nak daftar ni, kalau tak awak sama sahaja macam orang yang jual ubat kat Kampung Baru dan Chow Kit.

S: Baik.

P: Ok, Salahuddin.

S: Ok. Terima kasih.

Aku berjabat tangan dengan kedua-dua penemuduga dan keluar dari bilik tersebut.

Kesimpulan

Kesempatan ini, saya nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibunda yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan saya untuk interview ini.

Terima kasih jua buat rakan-rakan yang membantu dan memberikan inspirasi.

Inilah temuduga yang cukup syarat dan pelik. Pelik? Yalah, semua yang diinterview boleh dikatakan 100% dapat kerja.

Kepada yang bakal ditemuduga esok selamat berjaya.

Terima kasih baca entri yang panjang ni. =)

17 comments:

rijalnaif on February 9, 2010 at 10:00 PM said... [Reply to comment]

haha...solah, xperlu glamourkan aku dalam interview ko...haha

Amir on February 10, 2010 at 12:17 AM said... [Reply to comment]

seramnya aku dengar... waaa...

Anonymous said... [Reply to comment]

slm.nk tny ni..bahasa yg digunakn, sama mcm kt ats ke? mostly BM n juz a lil bit Eng?

azwadi kamarudin on February 10, 2010 at 7:20 AM said... [Reply to comment]

biar saya jawab soalan anonymous.... ye untuk kami, mostly in BM... actually it depends on your interviewer gak... ada sesetengah interview, separuh sesi BM dan separuh sesi lagi dia nak test BI kita pulak... so, be prepared with both languages la..dun worry...

Salahuddin Harith on February 10, 2010 at 7:46 AM said... [Reply to comment]

to azwadi
tak payah diglamourkan, pun sudah glamour...bukankah anda 'hot'?

to amir
tak seram mana, sebab pergi interview sekali dengan rakan-rakan sekelas, semua bersedia sekali, memberi semangat, memberi inspirasi, rasa kuat pula..lagipun, penemuduga baik-baik. Macam sembang kedai kopi ada gelak-gelak dan muka diorang murah senyuman...

to anonymous
SPA ni kebanyakannya BM, apabila ditanya dalam BI, jawablah dalam BI, tapi selalunya perkenalkan diri dalam BI. Tak silap saya, markah BI, sebanyak 5%.

to azwadi
in english please...

Amir on February 10, 2010 at 11:02 AM said... [Reply to comment]

Solah, bakal pharmacists diinterview masa tahun akhir ke? kenapa tak masa dah graduate?

Salahuddin Harith on February 10, 2010 at 3:30 PM said... [Reply to comment]

to amir, haah masa tahun akhir...interview ni hanya cukupkan syarat, bila dah dapat transkrip yang ada gred semua pelajaran, spa dan kkm akan proses untuk menentukan tempat kita buat prp..

kalau ada pelajaran tak lulus, kkm tak boleh nak proses penempatan lagi, walaupun interview spa dah pergi.

spa hanya berkuasa melantik sebagai pegawai, tapi, kkm yang menentukan penempatan

wirdiana on February 11, 2010 at 12:19 AM said... [Reply to comment]

Alhamdulillah..
selesai sudah "interview cukup syarat" itu..
akan dijadikan panduan..
harap2 dapat soalan sama nanti.. =)

~td g konvoi iluvislam.. jmp ur schoolmate.. imran koyube..

Ridzuan Digital4All on February 13, 2010 at 10:40 AM said... [Reply to comment]

Tahniah!

Anonymous said... [Reply to comment]

salam...keluarga awak memang ada bakat dalam pantun ye?

Anonymous said... [Reply to comment]

mintak jasa baik saudara untuk berikan tips menghasilkan pantun yg baik dalam pertandingan, boleh?:)

Fia on March 9, 2010 at 9:18 PM said... [Reply to comment]

Salam.
Hi, sy baru follow blog awk. Thanks for sharing your interview with us. Sy dari UiTM, and my interview is tmr. Wish my friends and I luck. :)

ザ-sylver- S on May 8, 2010 at 11:04 AM said... [Reply to comment]

1malaysia tu soalan wajib ke ape?
nway,time kasih sbb share..So , ape result die?

Salahuddin Harith on May 8, 2010 at 3:53 PM said... [Reply to comment]

to sylver shooter

1 Malaysia tu memang isu yang hangat untuk diperkatakan time bulan feb sebab dia merangkumi KPI dan sebagainya..mungkin juga ketandusan isu nasional semasa waktu tersebut.

sekarang isu model ekonomi baru mungkin mengambil alih, isu keselamatan pengguna internet dan beberapa lagi isu nasional yang lain. isu politik kurang diberi penekanan tapi eloklah diambil tahu..

alhamdulillah, kami semua dah dapat kerja sebagai pegawai farmasi U41..akan mula berkhidmat pada ogos...

Salahuddin Harith on May 8, 2010 at 3:58 PM said... [Reply to comment]

to anonymous

macammana pulak anda tahu saya bergiat dalam pantun?

untuk menghasilkan pantun yang baik, sukar untuk diterangkan dalam satu entri...tapi secara mudahnya, fahamilah dengan syarat-syarat pertandingan dan berlatih bersungguh-sungguh untuk mencuri mata sebanyak mungkin

pembacaan sastera lama dan mendengar lagu-lagu melayu klasik juga penting untuk menambah kosa kata

keluarga saya tidak bergiat dalam pantun...saya seorang yang terlepas ke arena ni..=)

rxh@wmj on July 15, 2010 at 10:56 PM said... [Reply to comment]

DISINI PENGALAMAN AKU INTERVIEW JUGAK
Aku pernah kerja kerajaan dulu,sewaktu aku temuduga dulu sebenarnya soalan dia senang saja,tak ada yang susah susah,dulu orang yang telah dipanggil temuduga sepatutnya memang dah dapat DAH.tapi tak tau lah kenapa penemuduga SPA sekarang banyak cekadak mana diorang pergi belajar diploma ke sijil ke?soalan macam expert,aku rasa dia sendiri kalau kena tanya yang kita expert sekarang ni dia pun biol jugak.Sebenarnya yang nak kena bertahan itu ialah resilient kita sewaktu bekerja, bukan soalan merapu diaorang tu,waktu mula aku kerja gomen saja aku dah rasa rimas dan resah sama ada aku boleh bertahan lama kerja tu.namun oleh kerana membosankan, sekitarannya membosankan,failnya buruk-buruk,berabuk pulak tu! orangnya tak memberi motivasi langsung.sukan jauh sekali,masa itu aku muda umur 20 tahun.Aktif sukan.Tak berapa kira sangat jumlah wang gaji yang sangat sedikit tu.Aku belah kerana jiwa aku tak serasi dengan tugas yang aku rasa macam biol aje tuh!bosan gila!Aku mintak kerja bank boleh cakap orang putih senang dapat.gaji lipat kali ganda fuh joli katak aku.kasut adidas kalau tak silap mau 8 pasang mula tahun pertama tu! 2nd year beli scrambler.tahun ketiga tunang tahun keempat umur 24 tahun kawin yeehaaaa!Anak 4 org,3 masuk U semua buat degree,(UTM,UKM,UITM) ikut susunan lah tu.Yang keempat tingkatan 1,dulu dapat 4A1B boleh lah tahan tapi tak pergi asrama emak dia sayang.kalau nak bandingkan Gaji mati aku kalau kerja gomen dgn gaji aku sekarang lebih aku 1000 ringgit itu tak campur overtime aku dapat lebih kurang 1900 ringgit, jumlah lebih kurang 5 ribu ringgit, sebab gaji mati aku 3100 ringgit.Campur EPF lagi banyak kerja sekarang,sebab jumlah terkumpul EPF sekarang sudah satu ratus sembilan puluh ribu lebih. cuba engkau bandingkan.sebab itu aku nak kau semua ambil iktibar buat perbandingan pandang dihujung sana tu apa yang kau orang hendak lepas tu rancang insyaallah tuhan yang akan tolong tunjukkan laluan,engkau ikut laluan dia hati hati dan sabar jangan menyimpang. Insyaallah.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
thanks sbb share..
sy bkal di inter view..27 0ct 10 ni..heheheeh~~
dr ape yg sya bce bleh tahan soalan dieorg nih..cam seram jer...moga dipermudahkan untuk saya...amin...pray for me too...~~~heheheheheh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template