1.2.10

Susu dibalas Tuba

Mari merenung sebentar. Adakah kita mempunyai sahabat tetapi sahabat itu tidak menganggap kita sebagai sahabatnya. Kita sudah menghargai dia, caring, sharing, tapi dia sukar untuk menghargai kehadiran kita dalam hidupnya. Pernahkah anda berasa begitu?

Sebagai manusia, kita suka diberi dan sukar memberi. Kita suka orang ingat birthday kita, bagi hadiah kepada kita dan orang caring tentang kita. Dalam bersahabat, apabila kita berbuat baik, kita inginkan imbalan. Iaitu, kita mahukan sahabat kita membalas perbuatan baik tersebut.

Saya tidak terkecuali. Sebagai manusia saya terasa dengan tindak-tanduk manusia yang tidak tahu berbudi bahasa, meskipun kita berbuat baik dengan mereka. Saya terkesan sehingga Justify Fullterfikir, Dah dia ni tak menghargai aku, buat apalah aku nak susahkan diri menghargai dia.

Tapi saya silap. Saya lupa teori ukhuwwah. Ukhuwwah itu dibina atas dasar iman. Dan dari keimanan membuahkan keikhlasan. Dengan keikhlasan, kita tidak mengharapkan sebarang imbalan. Lagipun, kita hanya menggunakan anggota badan yang Allah kurniakan untuk berbuat kebajikan. Untuk siapa? Untuk sahabat yang kita sayang, yang kita kasihi kerana iman.

Allah datangkan saya satu situasi yang mudah untuk dijadikan muhasabah. Kawan saya tetap tegar mencuba menegur rakan sebiliknya meskipun seolah-olah tidak berbalas sapaannya itu.

Kepada yang merasakan diri tidak dihargai sahabatnya, pesanan ini amat membantu insyaAllah

"Hubungan kamu dengan sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kepada Allah SWT. Kamu tidak mengharapkan balasan daripada sahabat kamu atas kebaikan kamu. Tetapi kamu mengharapkan balasan Allah SWT atas kebaikan kamu. Hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT”

p/s: Salah satu daripada golongan yang mendapat naungan pada hari kiamat ialah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah. Moga-moga kita tergolong dalam golongan ini, Amin.

11 comments:

Mar on February 2, 2010 at 9:38 PM said... [Reply to comment]

al-Furqaan:20 "Dan Kami jadikan sebahagian kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan TuhanMu Maha Melihat"

Anonymous said... [Reply to comment]

Ye Solah, memang perlu bersabar dgn sahabat..Tp tgklah sejauh mana kemudaratan sahabat itu kpd kita.. Kalau sampai tahap memijak kepala kita, menganiaya dan mengambil kesempatan kpd kita, mungkin perlu juga kita bertindak sesuatu yg mampu mengubah situasi penganiayaan ini.. Jgn biarkan diorang yg suka mengambil kesempatan itu terus mengambil kesempatan.. Bukan ke ada hadith nabi jugak yg pasal pilihlah sahabat yg baik/soleh??? Maksudnya jgnlah berkawan dgn shbt yg toleh la kan???

Salahuddin Harith on February 3, 2010 at 10:02 AM said... [Reply to comment]

to mar n anonymous

sifat sabar merupakan sifat mahmudah...yang sukar dipraktikkan kecuali orang yang kuat imannya. Orang yang bersabar itu akan diberikan ganjaran pahala.

Firman Allah dalam surah an-Nahl,96:

"Dan Kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala, menurut apa yang mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya..

benar anonymous kita kena mengambil tindakan untuk muslehkan kembali keadaan.

Ini bertepatan dengan konsep hijrah yang ketiga, hijratul a'mil yakni hijrah pemulauan..iaitu manusia perlu dipulaukan, ditinggalkan, kerana kejahatan yang mereka lakukan..contohnya, mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan, disyariatkan kita untuk memulaukannya jika ada maslahat dan faedah dalam pemulauannya.

Sahabat-sahabat Rasulullah berukhuwwah atas dasar iman..ingat tak kisah Sahabat Kaab bin Malik yang dipulaukan kerana lambat menyertai perang Tabuk..itu membuktikan pemulauan umat Islam terhadapnya atas dasar iman...tapi apabila Allah menurunkan ayat al-Quran memaafkan Kaab, umat Islam terus gembira dan mengucapkan tahniah...subhanallah, tinggi ukhuwwah para sahabat...moga kita berjaya bersahabat ke arah tersebut.

Anonymous said... [Reply to comment]

Berdakwah?mudah berkata tentang amalan baik. tetapi susah diri sendiri hendak menunjukkan contoh yang baik. seringkali kita mengharapkan kebaikan dari orang lain. tetapi bagaimanakah sikap kita terhadapt orang lain. kita seringkali merasakan diri kita dari orang lain. ini keranan kita sering melihat keburukan kita.tetapi tidak melihat keburukkan diri kita sendiri. kita lihat kebaikan diri kita.lepas tu tengak keburukan orang lain. alamat jadi syok sendiri jawabnya.

tengok sahaja

TamingSari on February 4, 2010 at 12:20 PM said... [Reply to comment]

hehe...mcm menarikjer..

aku pnah dgr satu kate2 nie,rujukan aku time aku rase 'pelik'..hehe... lebih kurang mcm ni la bunyinyer...

apbl kite ingin berteman, jgnlah kerana kelebihannye, sbb mgkn satu kelemahan, kite mgkin akn mnjauhinya...

andai kite ingin berteman, jgnlah kerana kebaikannye,sbb kerane mgkn dgn satu keburukn, kite akan mmbencinye...

andai kite ingin shbt yg satu jgn kerane ilmunye, kerana pbile die buntu kite mgkn akn mmfitnahnye...

andai kite ingin seorg kwn, jgn sbb sifat cerienye krn andi die xpndai menceriakan, kite mgkn akn menyalahinye...

andai kite ingn brshbt..trimelah die seadenyer, krn die seorg shbt yg hnye mnusia biasa, jgn dihrpkan semunyna smprna sbb kau jg tidak smpurna. xder yg bese2 mnjadi satu smpurna tp brshbtlah krn Allah fillah...

BUT...keep mending ur behaviour, dat important..:D

..so, konklusi, pk postive berpada2 pk negative jgn skali..;D peace! :D

Salahuddin Harith on February 4, 2010 at 12:49 PM said... [Reply to comment]

to tengok sahaja

asif, saya kurang mengerti ayat saudara/i secara keseluruhan. namun, apa yang saya faham, memang sukar untuk menjadi baik dan kekal terus baik.

Tentang dakwah, apabila kita pegang title Mukmin, kita sudah automatik menggalas tugas daie. Ayat al-Quran telah menjelaskan bahawa "Kuntum Khairo ummatin Ukhrijat linnas, ta'muruna bil ma'ruf, watanhauna a'nil munkar"

Konsep Islah Nafsak Wadu' Ghairak juga perlu diaplikasikan. Iaitu seiring membaiki diri dan mengajak orang lain.

to Taming Sari

benar. berukhuwwahlah kerana iman, saling lengkap melengkapi, saling sinergi..ukhuwwah perlukan pengorbanan. dan kemanisan ukhuwwah lahir daripada pengorbanan.

Anonymous said... [Reply to comment]

amboi taming sari..anda tergolong dalam golongan mana tu.

senangnya manusia berkata-kata
ayat manis nak sentiase
sedarkah kita, kita ni golongan mana
janganlah nak rasa kita superior je

p/s:janganlah kita syok sendiri.rasa kita ni best n baik

Salahuddin Harith on February 5, 2010 at 1:07 PM said... [Reply to comment]

to anonymous

penjagaan hati kena berterusan, sebab hati ni sentiasa menjadi rebutan para malaikat dan syaitan...insyaAllah sama-sama ya kita perbaiki diri...

TamingSari on February 5, 2010 at 6:47 PM said... [Reply to comment]

hehe...kite ad 2 konsep dlm kehidupan nie, ad realism n ader idealism...semestinyer due2 bersangkut paut, without idealism, there will be no realism...to a man is his own opinion...tanpe nasihat manusia akan lupe krana nasihat itu adlh untuk ingat mengingati...kalau kite bagi nasihat yg betul walaupun die ad kekurangan, ambik je yg baik n buang yg keroh, kalau nk tgu sume orang jadi wali Allah, baru nk stat dakwah, baik kite sume ramei2 lompat masuk neraka, kerana sesungguhnye the first step is the hardest..kalau kite xmampu ambik langlah yg pertame, bile lagi n siape lagi?, its either u be a hero for your own cause or u can be a common man in the path of iman...

p/s: aku just share pndapat n pandangan, kalu ko xleh nak accept..up to you, again..to a man is his own opinion..:) peace!

(tamingsari + shahir)

.:: MuJahiDaH ::. on February 5, 2010 at 11:13 PM said... [Reply to comment]

Entry tentang sahabat kat blog ni lg best drp blog saya... huhu...

Thanx atas p'kongsian... rasanya semua pernah ada mslh dgn sahabat. Walaupon, kdg2 hnya b'punca drp hal yg kecil. Kdg2 terasa amat pedih bile mengenangkannya. Pepon utk m'jernihkan hub p'sahabatan, mengalah lah salah satu penyelesaiannya.. buat ape nak b'masam muka kan? ukhwah itu indah kalau segala2nya hnya krn Allah...

Anonymous said... [Reply to comment]

Taming sari
satu nasihat saya. untuk hasil terbaik janganlah hanya pandai berkata-kata tentang. amalkan sekali kata-kata anda.jangan jadi sahabat yang menggunakan sahabat lain.tangan yang memberi lebih baik daripada tangan menerima.di situlah ujian keimanan. sama ada benar-benar ikhlas atau tidak. sekiranya benar-benar ikhlas lillahitaala. adakah anda tergolong dalam golongan sanggup berkorban?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template