1.3.10

Perkahwinan Impian

"Jemputlah datang, I punya wedding dengan my crush,". ujar penuh teruja Zati sambil menyerahkan kad perkahwinan kepada kawannya, Sufi.

Sufi melirik penuh minat kad eksklusif itu. Di atas perut tapak tangannya ialah kad Walimatul Urus berlatarkan warna emas. Tulisannya Papyrus bersaiz 18 bersepuh perak berbau cendana.

Belum puas terpesona dengan muka depan, Sufi menyelak halaman dalam. Bola matanya membesar. "Ooo Cyberjaya Lodge Resort, ni mesti Wedding of The Year." kata Sufi.

"Haah. I mesti buat grand. Yela, it's once in a lifetime. You jangan tak datang pula. Doorgift dia memang takkan menghampakan punyalah. You have to wear toxedo or baju melayu sepersalinan tau. Tema dia hitam, putih or gold." terang Zati senafas.

"Whoa. Manalah I nak cari baju tu. Anyway, I try ok. I'm sorry, who is your husband-to-be?"

"Syafiq. Ala pakwe I yang tinggi tu. I rasa kita pernah dinner kat Victoria Station sekali."

"Ooo, Syafiq. I ingatkan you dengan Shahmi. Anyway, congratz."

"Shahmi it's a long story bro. Now, Syafiq is my perfect crush. Thanks for the wish. Datanglah kul 2 p.m. I and Syafiq akan arrive."

Perkahwinan Impian

Kebanyakan pasangan inginkan perkahwinan mereka diingati sebagai Wedding of The Year. Ini menyebabkan pembaziran berlaku secara berleluasa. Sehinggakan tujuan menghebahkan perkahwinan bertukar menjadi perkahwinan yang heboh.

Yang dijemput pula, rata-rata orang-orang kenamaan, berpangkat, glamour, yang jiran-jiran setaman lupa pula hendak dijemput. Orang-orang kenamaan ni nanti, menjaga badan, menjaga kesihatan sehingga lauk-pauk masa kenduri tidak dijamah. Ini menjadi satu sumber pembaziran.

Terang-terang dalam al-Quran Allah berfirman bahawa orang-orang membazir ini merupakan saudara kepada musuh manusia yang nyata syaitan.

Tapi kita lupa. Kita lupa perkahwinan itu ibadah. Mana mungkin ada keberkatan dalam perkahwinan yang penuh dengan pembaziran. Penuh dengan pergaulan bebas lelaki perempuan. Dilatari mula dengan muzik-muzik melalaikan.

Yang menyedihkan, kita lupa ibadah fardu yakni solat. Sering, solat Zohor dan Asar menjadi mangsa kerana kegilaan berkenduri. Mana taknya, lepas satu persalinan, pengantin bertukar kepada persalinan yang lain. Lepas gaya Inggeris, bertukar ke gaya Hidustan, bertukar ke gaya Melayu dan macam-macam lagi.

p/s: Perkahwinan itu ibadah demi melengkapkan separuh lagi agama dan beberapa lagi tujuan murni yang lain. Jangan nodai tujuan perkahwinan dengan pembaziran dan kekufuran.

Renunglah dengan akal yang dibimbing wahyu.

7 comments:

Maryam on March 1, 2010 at 2:27 PM said... [Reply to comment]

kena ubah waktu kenduri ke waktu pagi sahaja kut... :) biar waktu zuhur sudah tamat.

husnaizzati on March 1, 2010 at 9:31 PM said... [Reply to comment]

betol....selain dari tue,skrg nie ramai suka letak hantaran tinggi sngat..kalu yg ada degree,paling rendah rm10ribu..huhu...ingat nk jual anak kot..biarlah perkahwinan itu mudah,ringkasa dan tak membazir..baru barakah..insyaAllah

Salahuddin Harith on March 2, 2010 at 7:03 AM said... [Reply to comment]

to maryam abu ahmad
betul2..saya cadangkan akad nikah dilakukan awal sehari atau pada malam hari sebelum kenduri...biar pengantin dapat berehat dan berkenduri pada sebelah pagi seawal kul 11 pagi sampai zohor....

to husnaizzati
tu satu hal lagi, angka 8888 la, 9999 la, tapi bila fikir balik, tahap beribu bagi hantaran itu ada rasionalnya, cuma janganlah melampau hingga membebankan pihak lelaki...

hantaran itu nak digunakan untuk kenduri pihak perempuan juga...moga generasi ibu ayah akan datang ambil cakna benda ni...

microglia on March 2, 2010 at 7:32 PM said... [Reply to comment]

hantaran sy, 5-6K. inshaALLAH. berkuatkuasa mulai Nov 2010. kerja pun inshaALLAH dah ada masa tu + gaji PRP pn dah masuk, inshaALLAH.jadi, tak la nak bergantung sepenuhnya pada duit hantaran..kesian kat pihak lelaki..

tp, mungkin wali-wali saya tak setuju...

p/s: x sabar nk tgk praktikaliti semua 'suggestion' solah dlm walimah dia!

Anonymous said... [Reply to comment]

...alhamdulilllah...:)...aku perasan la kan, ramai ppuan kate,antara sbb kenape lelaki xnk kawin or lambat nk kawin or takut propse lamaran sebb xbersedie, xder komitmen..blablabla n bla, smpai mengatekan lelaki ni penakut, tp korang tau x sbb ap sebenar?...sbb takut dgn hntaran yg berlimpah ruah, contoh...hantaran 9000++, (xkan nk hutang kot yg nie) + duit kenduri (xkn nk mintak mak bapak kot,..15000++ la palin skit ak bole letak kt cnie, barang2 hantaran, xmain la beb alquran2 nie, nk branded sket, padini ke blablabla.....), + pastu xkan bakal lelaki nk bawak kete iswara kot,msti la standard sket, paling koman VIOS la beb, kalu x kne kutuk org kg, klau xpn mertue tu sendirik, (ap nie keje bagus2..iswara jer...blablabla)...tapi xper beb, sbb cinte nyer pasal, sumenyer abg sanggup lakukan, haaa..last2 (dlm setahun 2 jgk la onset dier), hidup penuh hutang piutang, rumah tangge mule retak sbb duit (dlm kajian, duit adlh sbb utame umah tangge goyah kt mesia nih)...bile ajak kongsi duit untuk beli barang, mcm2 alasan la bagi...ni kan tggjawab abg..blablabla...

konklusi nyer aku bole bagi....., bakal2 isteri kne la phm time bile suami xder duit (xkan suami nk ngaku xder duit kot)..korang lagi arif la tntg pasangan korang, n bakal sumai pun, kne la brani dlm meyatakan kebenaran..tp bia la berhemah('kita kne berjimat skit skrg, bole kan2 smbil seyum, jgn bagi muke masam mcm kambing sbb da tertahan dgn beban2..etc)..ataupn sblm kawin lagi jgn la buat2 kaye walaupun sndiri mkn burger jer tiap2 hari time bile, sbb blanje awek nyer pasal kt pizza blablabla...

..kite kne tau gak, dieorag ske kite sbb aper, mmg sbb hati atau duit...mudah2an hidup kite sekeluarge pnuh dgn kebahagian dan terlepas dari hipokrit semate2..
(pndangn nie adalah pndagan peribadi gua, brdasarkan ape yg gua lihat kt mhkamah syariah skrg, kalu saper2 kurang senang gua mintak maaf ampun byk2 k..mgkn xsume org yg macam nie,ikhlas untuk mnjadi teman sehati sejiwe... tapi kite kne paham n paham n phm n jgn buat2 xphm)...salam..

Andalusia said... [Reply to comment]

to anonymous di atas: kalo awal2 lagi dah cari yg 'high maintenance', nasib nya nampaklah di kemudian hari.. ramai je lagi yg tak macam tu. moralnya, kena pandailah cari. bab keluarga, haruslah yang sekufu, insyaAllah kurang masalah. semoga bertemu dgn yg paling terbaik untuk anda.

Shuk on May 14, 2010 at 3:44 PM said... [Reply to comment]

maaf kalau komen saya xberkaitan sgt dgn tjuk post nih. realiti zaman sekarang kebykannya meletak syarat yang kdg2 xmampu di pihak lelaki..kadang2 bila adat diutamakan, hajat untuk mendirikan rumahtangga pun terbantut..perlukah nak tggu harta kita bertimbun, kerja bergaji besar..baru orang nak terima hajat kita?..kalaulah harta boleh bagi kebahagian..jodoh oh jodoh..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Berubah Meskipun Payah Copyright © 2009 Community is Designed by Bie Blogger Template