Rasulullah s.a.w ibarat seutas tali yang menghubungkan bumi dan langit. Sebarang permasalahan penduduk bumi, mereka merujuk kepada baginda. Apabila baginda tiada, bumi seperti hilang serinya.
Saidina Umar, kerana sedih dengan kewafatan Nabi berucap dengan penuh kontroversi di khalayak ramai:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak wafat, sehingga Allah swt menghancurmusnahkan semua golongan munafikin!"
Abu Bakar, sahabat nabi yang ulung terdengar suara Umar. Beliau keluar dari rumah Aishah dan menenteramkan Umar. "Bertenanglah wahai Umar, berhentilah daripada bercakap."
Kemunculan Abu Bakar menyebabkan beliau mendapat tumpuan khalayak ramai. Mereka ingin mendengar dari sahabat karib kekasih Allah itu.
Abu Bakar membaca firman Allah (Ali-Imran 144):
"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
Orang ramai terpana seolah-olah mereka tidak tahu bahawa ayat tersebut sudah ada, kecuali setelah dibacakan oleh Saidina Abu Bakar. Demikianlah Abu Bakar berjaya menenteramkan umat Islam kerana kewafatan baginda.
Rasulullah begitu sayangkan umatnya
Dalam keadaan uzur, Rasulullah saw masih memikirkan umatnya. Pintu rumah baginda bertentangan dengan pintu masjid. Maka, Rasulullah saw dapat menyaksikan umat Islam mendirikan solat.
Pada pagi yang hening, Abu Bakar dan para sahabat sedang berdiri dalam saf untuk menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba, kelihatan Rasulullah saw di ambang pintu dengan wajah yang manis.
Abu Bakar berundur untuk memberi ruang kepada Rasulullah saw menjadi imam. Namun, Rasulullah saw memberi isyarat agar diteruskan solat berimamkan Abu Bakar, kerana baginda masih uzur.
Rasulullah saw berbisik di dalam hati: "Apa akan berlaku kepada umatnya setelah kewafatannya kelak?" Baginda tersenyum kerana puas dengan apa yang dilakukan oleh para sahabat.
p/s:
Lihat, Rasulullah saw begitu memikirkan umatnya. Oleh itu, sempena Maulidur Rasul tahun ini, yakni esok, mula perbanyakkan Selawat atas junjungan besar Muhammad SAW setiap hari.
Allahumma Solli A'la Muhammad, Waa'la Ali Muhammad.

3 comments:
bangga menjadi umatnya ;)
iklan skit;)jom teka disini dan menang sehingga 10 pound!
ya, Rasulullah ini manusia mulia ketua para anbiya...semasa Israk dan Mi'raj, baginda imamkan seluruh nabi di Baitul Maqdis.
Insan ini agung, sehingga Bahira seorang pendeta di Syam, membenarkan baginda meskipun baginda belum dilantik menjadi Rasul..
Allahumma Solli Ala Muhammad
dimana kan kucari ganti
serupa dengan mu....
Insan yang agung ini masih mampu memikirkan keadaan umatnya walaupun ajalnya telah dekat....
sengguh mulia hatimu wahai insan bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH...tiada siapa y dpt m'gntikn tmptmu...
Post a Comment